Showing posts with label masalah. Show all posts
Showing posts with label masalah. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

[Tutorial Thursday] Cara keluarkan hidden file

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku rasa korang mesti pernah guna pendrive korang nak ambil benda macam lagu atau gambar, tapi sebaik sahaja korang masukkan pendrive korang tu, tiba-tiba pendrive korang tu menjadi kosong. Korang tak dapat jumpa benda yang korang nak cari tu. Bukan setakat benda yang korang cari tu je, tapi semua benda dalam pendrive tu seolah-olah tidak pernah wujud.

Aku selalu kena benda macam tu, biasanya terjadi selepas aku menggunakan pendrive itu di Cyber Cafe yang tak lah begitu Cyber sangat. Bila aku guna dekat komputer aku, abis semua data aku hilang. Tapi bila tengok dekat properties pendrive tu, masih ada lagi datanya. Jadi kalau korang pun ada masalah macam yang aku kena ni, kat sini aku tunjukkan cara untuk betulkan.

Pergi ke Start >> All Programs >>  Accessories >> Pilih Command Prompt
- Atau cara yang lebih senang, korang tekan Start dan dekat kotak search tu korang taip cmd, kemudian korang pilih lah Command Prompt tu.

Pergi ke My Computer
- Korang tengok pendrive korang tu dekat drive yang mana, kalau macam aku punya (E:)

Taip E: (atau drive mana yang korang nak)
- Tekan enter dan korang nampak dekat command prompt tu akan tunjuk E:\>

Sekarang taip attrib -h -r -s /s /d E:\*.*
- Dan tekan enter lagi, korang akan perasan yang benda kelip-kelip tu turun ke bawah. Korang tunggu sampai jadi macam ni.

Tengok dekat pendrive korang tu
- File atau data yang disorokkan tu dah boleh nampak.

Sebelum
Selepas
Scan virus dekat pendrive korang tu sebab biasanya virus akan menyorokkan file sebenar dan menjadikan file tadi sebagai shortcut. Tapi seeloknya korang scan jelah semua pendrive yang masuk dekat komputer korang tu. Sebab kalau virus dah masuk dalam komputer, entah apa lah jadi untuk jangka masa yang lama.

P/s : Masa first time aku kena jadi macam ni, aku terus format sebab tak tau nak buat apa..huhuu

Monday, August 24, 2015

[Mumble Monday] Dimana dia, internet saya...

Salam dan hai kepada para readers semua...

Malam itu hujan lebat berserta angin bertiup kencang, kilat sabung menyabung dan kelihatannya malam itu aku akan tidur lena sebab kesejukan. Tapi malangnya malam tu aku tak nak tidur. Dah kenapa pulak aku tak tidur masa tu.? Sebab aku leka sangat mengonlinekan diri aku sampai tak ingat dunia. Masa aku sedang bersengkang mata itu lah, dengan secara tiba-tiba, tanpa notis pemberitahuan awal bunyi guruh yang sangat kuat kedengaran.

Aku terkejut, tapi bukan sebab bunyi guruh tu. Okay lah, macam tipu pulak kalau tak terkejut dengar bunyi guruh kuat. Aku terkejut lah sikit, tapi apa yang membuatkan aku terkejut ialah kerana aku nampak dan aku perasan yang lampu pada modem aku tidak menyala. Kenapa mesti lampu modem aku tidak menyala.? Korang faham tak, kalau lampu modem tak menyala maknanya takde internet lah..huhuhu

Itulah kejadian yang paling menakutkan dalam hidup aku.. Hahahaha, mengada-ngada lah aku ni. Baru takde internet dah cakap tu benda paling menakutkan. Tapi betul lah, sebab masa sebelum tu aku tengah baca cerita seram. Bila takde internet, tak dapat lah aku nak tengok gambar anak kucing yang comel untuk  menghilangkan ketakutan aku. Jadi pada malam itu, terpaksalah aku tidur sambil membayangkan cerita-cerita seram yang aku baru lepas baca tadi..

Nasib baik lah esok paginya lampu modem tu menyala balik. Mungkin modem tu terkejut kot bila dengar bunyi guruh kuat sangat.. Ni aku nak tanya dekat korang, kalau lah korang tak dapat internet, berapa lama korang boleh bertahan dan apakah yang korang akan buat sepanjang internet tu takde.? Hmm, pendek pulak benda yang aku nak bebelkan hari ni. Takpelah, kalau panjang-panjang pun korang jugak yang bosan kan.

P/s : Aku pernah tak dapat internet selama 3 hari, masuk hari ke-4 aku kena pergi cyber cafe sebab tak dapat tahan lagi..

Sunday, August 23, 2015

[Story Sunday] Aku menangkap idea.

Salam dan hai kepada para readers semua..

Huhuhuhu, hari ini aku malas nak buat story. Aku takde idea nak tulis story. Aku tak tau nak tulis story tentang apa. Jadi, aku nak mintak tolong dekat korang, boleh tak korang bagikan idea korang dekat aku.? Tak kisah lah apa-apa idea pun, nanti aku boleh buat story untuk entry-entry akan datang. Haish, dekat mana lah aku nak cari lombong idea ni.??

Haa, aku dah nampak ada satu idea menyorok kat tepi semak tu. Korang duduk diam-diam tau, takut idea tu lari pulak. Okay, sambil tu aku nak story lah pengalaman aku menangkap idea ni. Idea ni ada macam-macam jenis, ada yang jenis jinak dan ada jugak yang jenis liar. Kalau idea yang jenis jinak ni ada banyak, kadang-kadang bersepah, cuma nak amik atau tak je.

Tapi kalau idea liar ni, cuma kadang-kadang je korang boleh nampak tau. Contohnya macam idea yang aku nampak dekat semak tadi lah. Cara untuk tangkap idea pulak ada macam-macam jenis, tapi bagi aku cara yang paling aku suka gunakan ialah guna umpan tajuk. Mula-mula, aku letakkan tajuk dekat dengan idea tu. Tak kisah apa-apa tajuk pun, tajuk tentang sebatang pen pun boleh.

Lepas dah letak tajuk tu, kita cuma perlu tunggu je sampai lah idea tu datang makan tajuk tu. Semasa idea tu leka makan tajuk yang aku bagi, masa tu jugak lah aku semakin hampir untuk menangkap dia. Aku boleh tangkap idea tu masa dia tengah makan atau pun aku tunggu sampai idea tu kenyang. Kalau macam idea yang ini, aku nak tangkap masa dia tengah makan.

Akhirnya, aku dah dapat tangkap idea ni dan sekarang boleh lah aku buat story dekat entry ni. Korang mesti dah tak sabar nak tengok idea yang macam mana aku berjaya tangkap kali ni kan.? Hehehe, korang bersedia lah kerana aku akan tunjukkan dekat korang yang idea ini mesti akan membuatkan korang terpegun sehingga terkaku ketika membacanya...

Alahai korang, rupanya idea yang aku tangkap tadi idea merepek merapu. Aku lupa nak cakap dekat korang yang idea liar ni pun kebanyakannya idea jenis merepek je. Aku mintak maaf lah ye sebab korang terpaksa membaca entry yang penuh dengan ketidak masuk akalan ni. Eh, kalau korang nak cari idea, korang buat macam mana ye.??

P/s : Fuuh, puas betul aku dapat merepek dalam entry ni..hahaha

Thursday, August 20, 2015

[Tutorial Thursday] Cara cari telefon hilang

Salam dan hai kepada para readers semua..

Pernah tak korang menghadapi masalah, okay semua orang pernah ada masalah. Tapi masalah yang aku maksud kan ialah masalah lupa tempat letak telefon. Dan lagi teruk lagi masalah tu bila telefon tu dalam keadaan mode silent. Haa, mesti ada yang pernah menghadapi situasi seperti itu kan.?? Kalau ada, tahniah aku ucapkan kerana korang bertuah membaca entry ini.

Hari ni aku nak share kan dekat korang cara untuk cari telefon korang yang hilang disebabkan salah letak atau pun telefon tu pergi menyorok sendiri. Aku dah biasa dah kena situasi macam tu, tapi dulu lah sebab dulu aku suka letak telefon aku merata-rata. Sekarang ni aku dah ada tempat khas, jadi takde lah bersepah-sepah telefon aku tu.

* Bukak Google Play dekat dekstop atau laptop browser korang.
* Pergi ke Android Device Manager atau pun korang klik je dekat tulisan warna biru tu.
* Login guna akaun Gmail yang korang gunakan dekat dalam telefon korang tu.
* Pilih 'Ring'.

Selepas itu, telefon korang akan berbunyi selama 5 minit dan dalam masa itu boleh lah korang cari dekat mana telefon tu pergi menyorok. Aku dah try tadi dan ianya memang menjadi, walaupun aku dah silent kan telefon aku, tapi boleh jugak berbunyi lepas aku klik 'Ring' tadi.

Selain itu, kalau korang rasa yang telefon korang dicuri atau tercicir dan hilang ke. Korang boleh guna cara yang sama macam dekat atas tadi untuk mengesan dan siap tengok dalam Google Map dimanakah letaknya telefon tu. Kalau tak silap aku ada fungsi format telefon, jadi bila telefon tu kena curi, korang boleh lah buang semua data-data korang yang ada dalam telefon tu.

P/s : Tapi kalau telefon tu dah off, rasanya tak boleh buat apa kot..

Wednesday, August 19, 2015

[Wordless Wednesday] Patah hati

Salam dan hai kepada para readers semua..

Kalau tangan patah pun tak boleh menaip.

Jadi kalau korang nak betulkan kusyen hati, korang letak jam je.

Eh-eh, bila dah patahkan baru nak pulangkan.

Kalau tak bawah hati tu ke hospital, mesti dah hancur lebur.

Lain kali kena dengar cakap otak, baru lah tak patah hati.
P/s : Sesiapa yang ada dalam situasi ni, aku harapkan korang bersabar lah ye.

Tuesday, August 18, 2015

[Mumble Monday] Mana pergi entry hari Isnin.??

Salam dan hai kepada para readers semua...

Huhuhu, ada sesiapa nampak tak entry hari isnin aku.?? Sepatutnya dari malam tadi dia keluar dekat blog ni. Tapi entah kenapa aku tak nampak jugak kelibat dia sampai lah ke hari ni. Aku dah tanya dekat entry-entry lain, tapi dorang cakap yang hari last sekali dorang pernah nampak masa 2 hari lepas. Tapi 2 hari lepas entry hari isnin masih lagi dalam bentuk draft..

Hahahaha, kalau ikut kan aku nak je merapu lagi panjang. Namun atas faktor waktu dan kekangan masa yang menghantui diri ini, aku cuma mampu merepek sebanyak itu je. Macam mana lah aku boleh lupa nak post kan entry tu semalam. Tengok, dah kena buat entry lain untuk bagitau dekat para pembaca yang setia menanti untuk membaca topik apakah yang akan aku bebelkan hari ini.

Amboi, berangan ada orang tunggu entry aku. Tak tau lah tu berangan tahap apa. Okay, masa untuk cerita sebenarnya ye. Macam ni, aku dah sediakan entry Mumble Monday untuk minggu ni, tapi oleh kerana kesilapan teknikal, aku lupa nak post kan entry tu. Jadi entry tu masih lagi dalam bentuk draft, dan bila masih lagi dalam bentuk draft, maka tak dapat lah entry tu nak keluar dekat blog ni.

Makanya, di hari Selasa yang indah ni aku post kan lah lagi satu entry Mumble Monday yang lain sebab aku nak bebelkan pasal benda yang terjadi malam tadi. Entry yang patutnya keluar semalam tu, aku set kan untuk dia keluar minggu depan lah pulak. Okay, cuma itu je benda yang aku nak bebelkan dekat sini untuk entry hari ni.

P/s : Siapa rajin kirakan ada berapa banyak perkataan entry dalam entry ni..??

Thursday, August 06, 2015

[Tutorial Thursday] Cara letak widget follow untuk blogspot.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Okay, ni ada satu cerita sikit macam mana boleh terhasilnya tutorial kali ni. Mulanya macam ni, semalam aku saja lah godek-godek blog ni, kononnya nak tukar lah apa yang patut. Sekali buang sana, buang sini, terbuang lah widget Follow tu. Haa, menggelabah lah aku ibarat cacing kepanasan, lepas tu aku nak letak lah balik widget Follow tu, tapi tak jumpa pulak.

Namun setelah beberapa purnama aku mencari, okay lah sebenarnya tak sampai sejam pun aku cari dan akhirnya aku jumpa jugak kat mana widget Follow tu menyorok. Korang tau tak berapa gembiranya aku apabila aku menemui widget tu, aku hampir-hampir menitiskan air mata tanda kegembiraan. Err, ni entry tutorial or entry merapu ni.?? Okay, sambung balik tutorial aku.
Aku tak nak guna Google+ Followers tu sebab cuma orang yang ada Google+ je yang boleh add.
Mula-mula korang pergi je dekat bahagian Layout tu dan korang tekan lah Add a Gadget tu dan nanti akan keluar lah pop-up skrin yang menunjukkan pelbagai jenis widget untuk blog korang. Kemudian korang pilih pulak More Gadgets dekat bahagian kiri skrin tu. Selepas itu, korang scroll je ke bawah, dan korang akan nampak disitu lah widget Followers menyorok.
Haa, tekan dekat More Gadgets tu.

Tengok, dekat bawah sekali dia menyorok.
Sebenarnya aku tak sure kalau ada orang nak guna tutorial ni atau tak, kalau bermanfaat untuk orang lain bagus lah, tapi kalau takde pun boleh juga buat tambah aku punya entry.hahahaha. Jadi, sampai disini sahaja entry tutorial untuk minggu ni, nak kena cari bahan untuk entry minggu depan ni, kalau tak entah tutorial mengarut apa yang aku bagi korang baca.

P/s : Kalau dulu widget Followers tu ada dekat bahagian Basic, sekarang dah tukar pulak

Monday, August 03, 2015

[Mumble Monday] Mintak maaf sangat-sangat dekat korang ye..

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hohohoho, korang baca tak tajuk dekat atas tu.?? Korang dah baca kan..?? Bagus2, sebab masa aku taip ayat ni, aku belum tau apa tajuk untuk entry ni, jadi maknanya....... Err, aku sendiri tak tau apa maknanya yang aku ingin tersurat atau tersiratkan. Disebabkan tajuk entry ni masih belum ada, aku tak tau nak story apa dekat entry ni..

Haa, aku baru dapat idea nak cerita apa dekat korang semua. Macam ni, aku nak mintak maaf dekat korang semua sebab minggu lepas aku memang tersangat lah bizinya, walaupun aku sebenarnya tak tau apa benda yang aku buat. Apa yang aku ingat, minggu lepas aku menduduki peperiksaan dunia akhir semester, mungkin sebab tu aku jarang online kot.??

Oleh kerana kesibukan aku study (eleh, mana ada study sangat pun...) itu lah menyebabkan aku jarang sangat blogwalk dekat blog korang. Jadi, sekali lagi aku memohon maaf kepada mereka yang telah datang dan komen ke blog aku, tapi aku pulak tak datang jenguk blog korang tu. Aku harap korang jangan lah berkecil hati lalu memendam perasaan sehingga perasaan itu bertukar dendam...

Amboi, aku tak rasa korang akan sampai berdendam dekat aku sebab aku tak datang blog korang je kan.?? Jadi disini aku mahu memberi kesempatan kepada korang yang membaca entry ini. Ya, anda yang sedang membaca ini, tahniah saya ucapkan kerana anda telah terpilih untuk memenangi.... Okay, cukup2 lah mengarut tu, nanti makin melarat pulak..

Jadi dekat entry ni aku nak mintak korang tinggal kan alamat blog korang dekat ruangan komen itu supaya mudah untuk aku blogwalk dekat blog korang. Bukannya aku malas nak cari dekat chatbox tu, tapi aku saja je nak menyusahkan korang untuk copy link blog korang and paste kan dekat sini.hahahaha. Tak sangka jahat betul aku ni..

Aku fikir sapa2 yang letak link blog dia dekat entry ni, aku nak masukkan dalam bloglist aku, memandangkan aku pun takde bloglist lagi. Bila nak blogwalk je, harapkan chatbox tu je. Sebab tu aku nak letak bloglist pulak. Okay, sampai disini sahaja benda yang aku nak bebelkan. Kalau ada benda lain yang aku nak bebelkan, aku akan masukkan dalam entry minggu depan pulak ye..

P/s : Hehehe, agak-agaknya entry kali ni dapat banyak komen tak.??

Thursday, July 16, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Remove Write Protection

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku dah pernah buat entry tentang cara untuk buang write protection dekat kad micro SD. Walaupun ada orang yang berjaya mengikut tutorial tu, tapi masih ada juga yang gagal. Hehehe, suka-suka aku je cakap orang gagal, mungkin kena guna cara lain kot. Jadi dekat sini aku tunjukkan cara yang mungkin berjaya, sebab aku pun tak try lagi buat cara ni..

Cara ni memerlukan korang untuk masuk ke dalam registry. Apa itu registry..? Registry ialah tempat simpanan data (database) untuk OS Windows. Ia mengandungi semua jenis maklumat dari segi system, hardware dan juga program yang kita install. So, korang jangan pandai2 nak main uba-ubah dekat tempat ni. Okay, teruskan kepada tutorial kita.

Klik dekat Start Menu korang dan taip regedit dekat dalam ruangan Search for programs and files. Korang akan jumpa macam dalam gambar ni.

Tekan butang Enter. Registry Editor akan terbuka. Dekat bahagian kiri tu, ada ikon komputer dan bawah nya ada banyak folder kan. Okay, korang cari folder berdasarkan urutan dibawah ni.

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies 

Sampai korang jumpa nama ni, WriteProtect .

Kalau korang jumpa benda tu, korang right click dekat benda tu dan pilih Modify.

Sekarang, korang mungkin akan nampak nilai yang ditulis tu disetkan kepada nombor 1. Nombor 1 bermaksud yang korang nak kad atau pendrive korang di write protect kan. Jadi, korang tukarkan no 1 tadi kepada nombor 0. Nombor 0 bermaksud yang korang tak nak gunakan write protect, lepas tu tekan lah butang OK.

Tutup Registry tadi dan cabut pendrive atau kad SD korang. Lepas tu korang pasang balik, dan tengok, menjadi tak cara tu. Kalau menjadi, tahniah lah aku ucapkan. Tapi kalau tak menjadi jugak, aku cadangkan korang tengok dekat website ni, dia ada banyak cara untuk menghadapi masalah write protect ni.
>> How to fix write protection

P/s : Kalau menjadi lah cara ni, korang bagitau aku ye. Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2015, maaf zahir dan batin.

Tuesday, July 14, 2015

[Tech Tuesday] Benda Yang Kena Tahu Sebelum Membeli Komputer

Salam dan hai kepada para readers semua...

Membeli komputer sebenarnya bukan lah satu tugas yang mudah, dengan pelbagai jenis komputer yang keluar pada masa kini, korang mesti nak pastikan yang pembelian korang itu berbaloi. Jadi nanti takde lah rasa macam menyesal sebab dah terbeli komputer yang low specs. Bila dah tersalah beli, takkan korang nak beli lagi komputer yang baru kan.? Lebih baik korang teruskan pembacaan korang..

Dalam entry ni aku akan bagitau tips-tips yang perlu diambil kira kalau korang nak pregi beli komputer. Kalau korang ikut je tips-tips ni, insyaAllah yang korang dapat membeli komputer yang sesuai dengan kehendak pasaran korang. Bila dapat beli komputer yang sesuai, takde lah rasa macam menyesal kan.? Betul tak.??

Nampaknya kucing ni pun tengah cari komputer apa yang sesuai..

Dekstop atau Laptop ?
Untuk mereka yang tak tau, laptop sebenarnya lebih mahal jika dibanding kan dengan dekstop. Laptop mempunyai bateri dan ia boleh dibawa kemana-mana. Disebabkan kelebihannya itu lah yang membuatkan harga laptop menjadi tinggi jika dibandingkan dengan dekstop. Jadi, korang kena lah pilih sama ada korang nak beli laptop atau dekstop.

Pilih processor yang sesuai.
Processor boleh diibaratkan sebagai otak komputer. Kalau korang nak komputer korang tu laju bila buka program atau software, atau pun korang tak nak tunggu komputer korang lambat sangat hidupnya, korang kena lah pilih processor yang kuat. Macam mana korang nak tau processor tu kuat atau tak, korang tengok lah pada bahagian speeds dan core processor tersebut. Makin laju speeds dan banyak core, makin kuat lah processor tu.

RAM simpanan data sementara.
Random Access Memory (RAM) pulak boleh mempengaruhi berapa banyak program yang korang bukak dalam satu masa. Kalau RAM tu rendah, korang mungkin cuma dapat bukak satu fail je dalam satu masa, tapi kalau RAM besar pulak, korang boleh lah bukak lagu sambil buat kerja dan tengok video. Kalau korang pilihr RAM, korang tengok yang 1GB keatas tau, sebab bawah 1GB tu dah kira rendah dan kecik sangat tu.

Hard Drive atau memori komputer
Setiap komputer memerlukan tempat simpanan data, kalau takde tempat simpan data macam mana komputer tu nak simpan fail-fail lagu dan gambar korang kan. Jadi, sama macam dekat atas tadi, makin besar saiz hard drive tu, makin bagus lah dia..

Graphic Card untuk proses gambar.
Ini cuma tambahan je, tapi kalau boleh korang cari lah komputer yang mempunyai graphic card. Sebab dengan graphic card ni, dia boleh memproses gambar dalam komputer tu dengan lebih cantik. Tapi aku rasa komputer sekarang semuanya dah ada graphic card, jadi korang tak payah risau lah pasal ni.

Okay, cuma itu je tips yang aku nak share kan. Aku harap dapat lah membantu buat sesiapa yang tengah mencari komputer tu. Sebenarnya aku pun tengah pikir nak cari komputer baru, sebab tu aku buat entry ni supaya aku tak lupa benda apa yang aku kena tengok sebelum beli.

P/s : Korang rasa aku perlu buat semua perkataan inggeris kekal atau tukar kepada bahasa melayu.?

Thursday, July 09, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Ubati Sakit Kepala

Salam dan hai kepada para readers semua..

Sakit kepala....
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita mengalami sindrom Aeskruji Furangpa, atau lebih dikenali sebagai sakit kepala. Okay sebelum korang teruskan pembacaan korang yang baru nak khusyuk tu, biar aku bagitau korang yang nama sindrom kat atas tadi tu hanya lah rekaan aku semata-mata. Aku pun tak tau kenapa boleh tulis perkataan yang tidak membawa sebarang makna didalam kehidupan aku dan juga korang.
Ni bukan sakit kepala, ni kepala yang sakit.

Tapi yang pasti, korang semua pernah kena sakit kepala kan.?? Okay, kalau macam tu korang memang bertuah sebab aku buat entry ni. Dalam entry ni aku akan dedahkan rahsia-rahsia alam tentang cara untuk mengubati sakit kepala ini. Hahaha, banyak lah rahsia alam nya. Tutorial kali ni ialah macam mana nak hilangkan sakit kepala. Cara-cara yang aku bagitau ni berdasarkan pengalaman aku, setiap individu mempunyai kesan yang berbeza.

Langkah Satu
Minum air masak.
Kebiasaannya aku akan minum dalam 2 ke 3 cawan air masak, kemudian aku tunggu dalam masa 10 minit. Selalu nya sakit kepala yang aku alami akan berkurangan. Tapi kalau tak kurang jugak, korang baca langkah seterusnya..

Langkah Dua
Melihat pemandangan yang menenangkan.
Korang tanya dekat mana nak cari pemandangan yang menenangkan.? Korang jangan risau, dizaman serba maju ni, korang cuma perlu menaipnya sahaja di google dan korang pilih lah gambar pemandangan mana yang menenangkan korang.

Langkah Tiga
Tidur sebentar bersama kitkat
Haa, cara ni selalunya menjadi. Ini langkah final aku kalau aku dah sakit kepala sangat. Selalunya selepas aku bangun, aku akan segar dan sakit kepala aku hilang tanpa dapat dikesan.

Langkah Empat (tambahan)
Makan Panadol atau ubat yang berkenaan
Aku jarang buat cara ni, tapi kalau dah bangun tidur pun still sakit kepala. Kena jugak lah telan panadol 2 bijik. Korang jangan pulak makan ubat batuk ke or ubat gigi ke time sakit kepala, nanti lain pulak yang jadinya.

Okay, cuma itu je tutorial kali ni. Aku mintak maaf kalau ada sesiapa yang cuba ikut cara aku ni tapi masih lagi tak hilang sakit kepalanya. Kalau sakit kepala korang tu berterusan, aku cadangkan korang pergi klinik untuk check, takut korang kena migrain pulak.

P/s : Aku pun dari tadi sakit kepala, so lepas ni nak tido lah..

Monday, July 06, 2015

[Mumble Monday] Blog Yang Paling Cantik

Salam dan hai kepada para readers semua...

Gerangan blog siapakah yang cantik itu.?? Adakah blog itu secantik para-para sakura pelakon yang ada di Malaysia ini.?? Kejap, macam mana pulak aku boleh kaitkan kecantikan blog dengan kecantikan manusia.?? Kenapa pulak semua ayat-ayat berbentuk pertanyaan dijadikan sebagai asas kepada perenggan pertama dalam entri kali ni.??

Wah, banyak betul persoalan yang tiba-tiba wujud di perenggan pertama tadi. Namun macam mana pun, aku dengan gembiranya ingin mengumumkan bahawa persoalan diatas tadi boleh korang abaikan. Yeayyyy, mesti korang semua gembira kan sebab tak payah nak pikir-pikir jawapan untuk persoalan dekat atas tadi. Takpe-takpe, korang semua tak perlu nak berterima kasih dekat aku.
Cantik tak bunga ni.?? (takde kene mengena dengan entri ni.)

Adoiii, dah makin sesat aku bawak hala tuju entri ni, lebih baik aku bawa kembali entri ni ke pangkal jalan atau ke jalan yang lurus. Cerita yang sebenarnya macam ni, seperti mana korang sedia maklum, aku baru sahaja kembali ke dunia blog ni selama seminggu. Jadi untuk mengembalikan zaman jahiliah kegemilangan blog ni, aku perlu melakukan upacara memanggil semangat.

Banyak lah aku punya upacara memanggil semangat, takde maknanya semua tu. Aku kena lah rajin berblogwalking ke blog orang. Mempromote alamat rumah blog aku dekat chatbox dan ruang-ruang komen blog orang. Namun, sepanjang aku singgah ke blog-blog yang ada, aku dapati ada sesuatu yang ganjil. Okay, bukan lah ganjil pun, cuma aku pelik je.

Aku pelik, macam mana korang punya blog cantik sangat. Kalau masa dulu, blog-blog yang ada dekat Malaysia ni, banyak yang guna template yang sedia ada je. Tapi sekarang tu diaaa, punya lah canggih-manggih blog nya. Macam-macam rupa ada, sampai aku tak sure sama ada itu blog atau pun website. Macam mana korang cantikkan blog korang.?

Ada tak sapa-sapa yang sudi menghulurkan sedikit ilmu untuk cantikkan blog.? Aku pun nak jugak cantikkan blog aku ni. Dah lah blog ni guna template biasa je, naik menyampah pulak aku. Amboi-amboi, suka-suka je aku nak menyampah blog sendiri. Kalau dah tak suka, tukar jelah rupa blog ni, kan senang. Okay, aku nak sambung blogwalk lagi, nak pergi tanya macam mana korang buat blog korang tu..

P/s : Ye, aku tau entri ni tak bagitau blog sapa yang paling cantik. Korang jangan lah marah pulak ye..hehehe

Friday, July 03, 2015

[Facts Friday] Fakta tentang Sleep Paralysis

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Pernah tak korang menghadapi situasi dimana korang sedang berada di alam barzakh mimpi, tiba-tiba korang terbangun. Tapi masa korang bangun tu, korang rasa yang badan korang tak boleh bergerak, cuma mata saja yang terbuka. Kalau korang pernah kena situasi tu, tahniah aku ucapkan kerana korang telah melalui keadaan sleep paralysis atau pun lumpuh ketika tidur.

Dalam erti kata yang sebenarnya, sleep paralysis ni bermaksud lumpuh sementara ketika mahu tertidur atau semasa bangun tidur. Aku dah pernah kena banyak kali, so nak share lah sikit beberapa fakta tentang sleep paralysis ni.

Terperangkap dalam badan
Ini lah apa yang dirasai oleh ramai orang, korang sedar akan keadaaan sekeliling tapi anggota badan korang tak dapat bergerak sedikit pun. Jadi korang rasa macam terperangkap dalam badan sendiri.

Lagi menakutkan dari mimpi ngeri
Kalau dalam mimpi ngeri, korang masih lagi boleh percaya yang korang akan bangun. Tapi cuba bayangkan bila korang dah bangun, dan korang tak dapat nak bergerak lagi. Takkan korang nak percaya yang korang nakbangun lagi sekali kan.

Berlaku ketika nak tidur dan nak bangun.
Semasa kita nak tidur, badan dan minda kita akan berhenti secara berperingkat, sama juga masa nak bangun. Sleep paralysis ni berlaku apabila badan kita yang dah tidur dulu tapi minda belum lagi atau minda kita yang sedar dulu dan badan kita masih tidur lagi.

Boleh menghasilkan halusinasi
Ya, ketika sleep paralysis ni lah korang akan berdepan dengan segala jenis halusinasi. Korang akan terasa macam ada benda yang memerhatikan dan yang lagi teruk, korang akan rasa ada benda yang menghempap badan korang. Halusinasi ni terjadi sebab minda kita masih lagi diantara mimpi dan sedar, jadi benda yang dalam mimpi akan ditunjukkan di dunia realiti.

Tak boleh paksa untuk bangun
Sebenarnya korang boleh bangun, cuma tak boleh paksa. Ada yang cakap goyangkan ibu jari kaki atau jari tangan korang, tapi apa yang sebenarnya ialah korang cuma kena tunggu sahaja sampai lah sistem badan korang berfungsi dengan elok semula.

Okay, cukup lah fakta yang aku bagi tu. Aku ada banyak cerita yang aku nak share tentang topik ni, tapi mungkin aku akan tuliskan dalam entri lain. Jadi, kalau dulu korang pernah rasa kena hempap dan korang salahkan jin yang hempap, baik korang pergi mintak maaf dekat jin tu cepat.heheheh

P/s : Dah lama tak kena benda ni, rasa macam nak lagi pulak..

Thursday, July 02, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Buat Username Untuk Facebook Page

Salam dan hai kepada para readers semua...

Blog sapa kat sini yang dah ada Facebook Page.?? Kalau ada, sila komen kat ruangan komen bawah ni, dan untuk sesiapa yang takde pulak, korang kena komen jugak dekat tempat komen tu. Korang tak tau nak komen apa.?? Ala, korang tulis lah apa-apa je yang berkaitan dengan entri ni.

Okay, kepada sesiapa yang baru buat Facebook Page, cuba korang tengok dekat link atas tu. Korang tak tau nak tengok macam mana.? Aishh korang ni, tengok guna mata lah.hehehe, jangan marah ye.
Macam ni, mula-mula korang pergi bukak Facebook Page korang dan tengok link dekat atas browser korang tu. Kalau dia tulis "facebook.com/id412321431..etc" tu maknanya Facebook id korang jenis default punya, so tak best lah kalau nak share Facebook link korang guna URL yang berjela panjang tu.

Jadi, cara nak buat nya senang sahaja. Tapi sebelum tu, ada syarat-syarat dan pantang larang yang perlu korang patuhi, kalau korang langgar juga pantang ni, nanti korang akan diganggu oleh makhlus halus yang benama nyamuk malam ni. Syaratnya ialah, page korang tu mestilah sudah mempunyai like sebanyak 25 dan keatas, kalau 25 sipi-sipi mungkin boleh lepas kot. Itu syarat yang Facebook bagi ye, bukan aku saje-saje.

Korang dah sedia ye nak buat Facebook Page URL korang punya sendiri, jadi korang follow je steps aku tulis ni.

Steps 1
Korang pergi dekat link ni.. facebook.com/username
Klik dekat gambar ni kalau nak tengok lagi jelas

Steps 2
Korang pilih page mana yang korang nak tukarkan tu dan bila dah pilih, korang tulis lah kat ruang kosong bawah tu "www.facebook.com/url_link_yang_korang_nak"

Steps 3
Tekan button Check Availability tu dan tengok kalau-kalau nama yang korang pilih tu dah pernah guna atau belum.

Dah siap dah, cuma itu je yang korang perlu buat. Senang je nak buatnya, sebab aku sekali baca tutorial je dah dapat. So korang mestila dapat buat jugak kan, korang semua kan bijak-bijak belaka.hehehe

Okay, sampai sini je tutorialnya dan kalau korang ada nak mintak apa-apa tutorial, korang bagitau je ye. Nanti aku akan try cari dan try buat (aku takde idea nak tulis tutorial apa untuk minggu depan ni.huhuhu).

Source tutorial : Create a Username for a Facebook Page


Monday, June 29, 2015

[Mumble Monday] Laptop atau komputer ??

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hello guys, ingat lagi tak kat blog ni.? Well, kalau tak ingat, takpe lah, sebab salah aku jugak.. Selalu sangat mengabaikan tanggungjawab aku sebagai owner kepada blog ni. Kesian blog ni, ditinggalkan oleh tuannya sendiri, kejam betul tuan blog ni kan. Sampai hati dia membiarkan blog ni kelaparan dan sendirian tanpa tempat tinggal. Hahaha, apa benda lah yang aku merepek ni.

Okay, sebenarnya macam ni cerita untuk entri malam ni. Aku tengah dalam dilema wanita kerana sejak kebelakangan ni aku sering terfikir, agak-agaknya perlu tak aku beli sebuah komputer baru.?? Tapi aku dah ada laptop, buat apa nak beli komputer pulak.?? Okay, ni hujah-hujah yang aku akan ke selatan utarakan dalam entri ni.

Hujah pertama
Laptop yang aku ada sekarang ini tidak mampu untuk menanggung game-game yang ada dipasaran sekarang. Game-game terkini memerlukan spesifikasi yang tinggi, malah lebih tinggi dari bangunan KLCC. Aku nak jugak merasa main game Assasin Creeds yang terbaru tu, or main game Final Fantasy 13 tu. Ni tak, dapat install pun cuma dapat tengok cutscene je. Bila masa main je, terpaksa lah menyediakan tahap kesabaran yang tinggi berhadapan dengan lag or crash yang berlaku.

Hujah kedua
Komputer rumah aku tu dah rosak, jadi apa salahnya kalau aku beli sebijik komputer dan mendermakan kepada family aku untuk gunakan. Takde lah sedih sangat aku terngok dorang terpaksa main handphone yang kecik skrinnya tu.

Hujah ketiga
Err, aku tak dapat pikir pulak untuk hujah ketiga ni. Boleh tak kalau korang pikirkan untuk aku, yakin kan aku untuk beli sebuah komputer. Korang gunalah apa cara pun, yang penting dapat buatkan aku untuk beli komputer baru.

Satu-satunya benda yang menghalang dan menjadi sebab paling kuat membuatkan aku tak jadi beli komputer ialah pasal duit. Bukannya aku tak berduit, cuma aku risau kalau tiba-tiba aku perlu gunakan duit tapi duit tu dah habis untuk komputer tu.

P/s : Aku plan nak beli high-end computer, tapi tak sure lagi.hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...