Monday, July 06, 2015

[Mumble Monday] Blog Yang Paling Cantik

Salam dan hai kepada para readers semua...

Gerangan blog siapakah yang cantik itu.?? Adakah blog itu secantik para-para sakura pelakon yang ada di Malaysia ini.?? Kejap, macam mana pulak aku boleh kaitkan kecantikan blog dengan kecantikan manusia.?? Kenapa pulak semua ayat-ayat berbentuk pertanyaan dijadikan sebagai asas kepada perenggan pertama dalam entri kali ni.??

Wah, banyak betul persoalan yang tiba-tiba wujud di perenggan pertama tadi. Namun macam mana pun, aku dengan gembiranya ingin mengumumkan bahawa persoalan diatas tadi boleh korang abaikan. Yeayyyy, mesti korang semua gembira kan sebab tak payah nak pikir-pikir jawapan untuk persoalan dekat atas tadi. Takpe-takpe, korang semua tak perlu nak berterima kasih dekat aku.
Cantik tak bunga ni.?? (takde kene mengena dengan entri ni.)

Adoiii, dah makin sesat aku bawak hala tuju entri ni, lebih baik aku bawa kembali entri ni ke pangkal jalan atau ke jalan yang lurus. Cerita yang sebenarnya macam ni, seperti mana korang sedia maklum, aku baru sahaja kembali ke dunia blog ni selama seminggu. Jadi untuk mengembalikan zaman jahiliah kegemilangan blog ni, aku perlu melakukan upacara memanggil semangat.

Banyak lah aku punya upacara memanggil semangat, takde maknanya semua tu. Aku kena lah rajin berblogwalking ke blog orang. Mempromote alamat rumah blog aku dekat chatbox dan ruang-ruang komen blog orang. Namun, sepanjang aku singgah ke blog-blog yang ada, aku dapati ada sesuatu yang ganjil. Okay, bukan lah ganjil pun, cuma aku pelik je.

Aku pelik, macam mana korang punya blog cantik sangat. Kalau masa dulu, blog-blog yang ada dekat Malaysia ni, banyak yang guna template yang sedia ada je. Tapi sekarang tu diaaa, punya lah canggih-manggih blog nya. Macam-macam rupa ada, sampai aku tak sure sama ada itu blog atau pun website. Macam mana korang cantikkan blog korang.?

Ada tak sapa-sapa yang sudi menghulurkan sedikit ilmu untuk cantikkan blog.? Aku pun nak jugak cantikkan blog aku ni. Dah lah blog ni guna template biasa je, naik menyampah pulak aku. Amboi-amboi, suka-suka je aku nak menyampah blog sendiri. Kalau dah tak suka, tukar jelah rupa blog ni, kan senang. Okay, aku nak sambung blogwalk lagi, nak pergi tanya macam mana korang buat blog korang tu..

P/s : Ye, aku tau entri ni tak bagitau blog sapa yang paling cantik. Korang jangan lah marah pulak ye..hehehe

4 comments:

Fara Queen said...

Hi Tuan Blog, selamat datang kembali ke dunia blog. Haha. setuju sangat dengan entri ni, memang semua blog sekarang cantik2, kita pulak jenis tak reti nak edit cantik, tak kreatif orang kata. Anyways, bagi Fara personally tak penting sangat cantik, yang lagi penting is blog kemas, so kena susun widget2 kat sidebar tu dengan kemas, pastu entri2 mesti lah menarik. :) kalau blog cantik tapi takde entri menarik pon tak seronok jugak, mesti orang masuk sekali je blog kita :)

Najmi Nawawi said...

Kan. Ingat ak kasi hadiah kat saya ke. Haha. Gurau. Selama berpuasa.

Arpiiz said...

@Fara Queen : Betul2, kalau dapat buat entry menarik, baru lah dapat buat orang stay lama dekat blog kita.

Arpiiz said...

@Najmi Nawawi : Hehehe, nak hadiah kena tunggu masa hari jadi.. Selamat Berpuasa jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...