Sakit kepala....
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita mengalami sindrom Aeskruji Furangpa, atau lebih dikenali sebagai sakit kepala. Okay sebelum korang teruskan pembacaan korang yang baru nak khusyuk tu, biar aku bagitau korang yang nama sindrom kat atas tadi tu hanya lah rekaan aku semata-mata. Aku pun tak tau kenapa boleh tulis perkataan yang tidak membawa sebarang makna didalam kehidupan aku dan juga korang.
Ni bukan sakit kepala, ni kepala yang sakit. |
Tapi yang pasti, korang semua pernah kena sakit kepala kan.?? Okay, kalau macam tu korang memang bertuah sebab aku buat entry ni. Dalam entry ni aku akan dedahkan rahsia-rahsia alam tentang cara untuk mengubati sakit kepala ini. Hahaha, banyak lah rahsia alam nya. Tutorial kali ni ialah macam mana nak hilangkan sakit kepala. Cara-cara yang aku bagitau ni berdasarkan pengalaman aku, setiap individu mempunyai kesan yang berbeza.
Langkah Satu
Minum air masak.
Kebiasaannya aku akan minum dalam 2 ke 3 cawan air masak, kemudian aku tunggu dalam masa 10 minit. Selalu nya sakit kepala yang aku alami akan berkurangan. Tapi kalau tak kurang jugak, korang baca langkah seterusnya..
Langkah Dua
Melihat pemandangan yang menenangkan.
Korang tanya dekat mana nak cari pemandangan yang menenangkan.? Korang jangan risau, dizaman serba maju ni, korang cuma perlu menaipnya sahaja di google dan korang pilih lah gambar pemandangan mana yang menenangkan korang.
Langkah Tiga
Tidur sebentar
Haa, cara ni selalunya menjadi. Ini langkah final aku kalau aku dah sakit kepala sangat. Selalunya selepas aku bangun, aku akan segar dan sakit kepala aku hilang tanpa dapat dikesan.
Langkah Empat (tambahan)
Makan Panadol atau ubat yang berkenaan
Aku jarang buat cara ni, tapi kalau dah bangun tidur pun still sakit kepala. Kena jugak lah telan panadol 2 bijik. Korang jangan pulak makan ubat batuk ke or ubat gigi ke time sakit kepala, nanti lain pulak yang jadinya.
Okay, cuma itu je tutorial kali ni. Aku mintak maaf kalau ada sesiapa yang cuba ikut cara aku ni tapi masih lagi tak hilang sakit kepalanya. Kalau sakit kepala korang tu berterusan, aku cadangkan korang pergi klinik untuk check, takut korang kena migrain pulak.
P/s : Aku pun dari tadi sakit kepala, so lepas ni nak tido lah..
3 comments:
mungkin yg makan penadol tu boleh dielakkan..
say sender, bila skit chapel saya mengambil b complex. Alhamdulillah.. burkes
@Anisah Abdullah : Tulah, kalau boleh mmg saya cuba elakkan dari makan panadol.
Caption gambo tuu paling win XD
Saya biasanya tido kejap. Terlebih tido pun boleh buat pening :/
Post a Comment