Monday, July 13, 2015

[Mumble Monday] Salam Aidilfitri Semua...

Salam dan hai kepada para readers semua..

Ye-ye aku tau yang raya tahun ni masa hari Jumaat, tapi tak salah kan kalau aku ucapkan dekat korang awal-awal.? Lagi pun masa malam raya dengan hari raya nanti aku memang dah tak boleh nak ucapkan dah, sebab mungkin masa tu aku sibuk dengan persiapan raya. Sibuk nak kemas rumah lah, buat kuih, masukkan duit raya kedalam sampul.

Amboi, macam sibuk sangat je bunyi nya kan walhal yang sebenarnya malam raya nanti aku cuma tengok tv je. Jadi seperti biasalah, kalau ada entry hari raya mesti akan ada cerita yang berkaitan dengan raya. Tapi kali ni aku nak tukar, aku nak entry ni berkaitan dengan hari bapa, boleh tak aku buat macam tu.? hehee. Takde lah, aku gurau-gurau je jangan lah korang marah sangat sampai nak pergi bakar lemang.

Untuk entry kali ni, aku nak korang pulak yang bercerita pengalaman hari raya korang. Kalau korang malas nak cerita dekat tempat komen, korang boleh je letak link entry korang yang berkaitan hari raya dekat tempat komen tu. Tapi kalau korang takde entry yang macam tu, korang letak link blog korang pun dah cukup. Aku malas lah nak bukak dekat profile tu.huhuhu

Hmm, rasanya cuma itu je kot benda yang aku nak bebelkan dekat entry ni. Owh ye, nak bagitau dekat sini yang mulai hari Sabtu sampai Jumaat nanti aku mungkin tak post entry sebab nak beraya kan. Tapi kalau masa tu ada juga entry baru yang muncul, mungkin aku dah buat entry autopost lah. Hahaha, aku dah tak tau nak tulis apa, jadi aku akhiri entry ini dengan ucapan Salam Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin.
Sudilah kiranya korang terima kad raya yang aku reka sendiri ni..





P/s : Agak-agaknya masa hari raya nanti ada tak yang update blog.??

7 comments:

Unamn said...

aku taip cerita raya aku biasanya masa lepas raya seminggu.. hehehe. nnti jemput la baca... tu laaa.. rasa mcam nak tulis awal awal je ucapan raya

Arpiiz said...

@izzati husna : seminggu lepas raya biasanya dah free sikit, sebab tu boleh update blog..hehehe

kakaktiricinderella said...

Okey laa tuu tengok TV. Malam raya kan banyak movie best XD
Raya saya biasa biasa jer. Kekeke
Salam Aidilfitri Arpiiz.
Cantik kad raya ^^

ucing said...

Hi Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Arpiiz said...

@Kakak Tiri Cinderella : Sama lah kita, mana ada luar biasa pun rayanya..hehhe
terima kasih sebab puji.

Arpiiz said...

@ucing : Hai, selamat hari raya jugak..^^

mychickenfloss said...

Selamay hari raya maaf zahir batin..:) raya balik mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...