Pernah tak korang menghadapi situasi dimana korang sedang berada di alam
Dalam erti kata yang sebenarnya, sleep paralysis ni bermaksud lumpuh sementara ketika mahu tertidur atau semasa bangun tidur. Aku dah pernah kena banyak kali, so nak share lah sikit beberapa fakta tentang sleep paralysis ni.
Terperangkap dalam badan
Ini lah apa yang dirasai oleh ramai orang, korang sedar akan keadaaan sekeliling tapi anggota badan korang tak dapat bergerak sedikit pun. Jadi korang rasa macam terperangkap dalam badan sendiri.
Lagi menakutkan dari mimpi ngeri
Kalau dalam mimpi ngeri, korang masih lagi boleh percaya yang korang akan bangun. Tapi cuba bayangkan bila korang dah bangun, dan korang tak dapat nak bergerak lagi. Takkan korang nak percaya yang korang nakbangun lagi sekali kan.
Berlaku ketika nak tidur dan nak bangun.
Semasa kita nak tidur, badan dan minda kita akan berhenti secara berperingkat, sama juga masa nak bangun. Sleep paralysis ni berlaku apabila badan kita yang dah tidur dulu tapi minda belum lagi atau minda kita yang sedar dulu dan badan kita masih tidur lagi.
Boleh menghasilkan halusinasi
Ya, ketika sleep paralysis ni lah korang akan berdepan dengan segala jenis halusinasi. Korang akan terasa macam ada benda yang memerhatikan dan yang lagi teruk, korang akan rasa ada benda yang menghempap badan korang. Halusinasi ni terjadi sebab minda kita masih lagi diantara mimpi dan sedar, jadi benda yang dalam mimpi akan ditunjukkan di dunia realiti.
Tak boleh paksa untuk bangun
Sebenarnya korang boleh bangun, cuma tak boleh paksa. Ada yang cakap goyangkan ibu jari kaki atau jari tangan korang, tapi apa yang sebenarnya ialah korang cuma kena tunggu sahaja sampai lah sistem badan korang berfungsi dengan elok semula.
Okay, cukup lah fakta yang aku bagi tu. Aku ada banyak cerita yang aku nak share tentang topik ni, tapi mungkin aku akan tuliskan dalam entri lain. Jadi, kalau dulu korang pernah rasa kena hempap dan korang salahkan jin yang hempap, baik korang pergi mintak maaf dekat jin tu cepat.heheheh
P/s : Dah lama tak kena benda ni, rasa macam nak lagi pulak..
7 comments:
pernah kena masa tidur dalam bas express.. haha..
nak nanges rasa..
badan takley gerak,,
tertarik dengan post kali ni. Saya selalu hadapi sleep pralayse ni. Tapi term 'kena tindih pun' sama dengan pengalaman sleep paralayse ni kan? maknanya 'kena tindih' tu cuma karut jelah eh. sekadar bertanya, hehe :)
@Ct Roxalynna NH : biasa lah tu, saya pun panik gak masa mula2 kena dulu.
@As Razali : Hehehe, bagi saya kena tindih tu tu sama je dengan sleep paralysis ni.
astral projection tau? sama ke dgn sleep paralysis ni ea. ok malas nk pg research. haha
@Anasyg : Hmm, tak pernah dengar lagi tentang tu. Takpe, nnt saya pergi check. :D
pernah kena gak la sleep paralysis ni...memang x boleh nak gerak walaupun cuba sedaya upaya usaha nak gerakkan badan....tp skrg ni dah jarang kena...antara faktor boleh kena sleep paralysis ni adalah disebabkan tidur yg tak menentu...
btw, saya pun pernah buat entri pasal ni :
betul ke makhluk halus tindih kita semasa tidur
Post a Comment