Showing posts with label technology. Show all posts
Showing posts with label technology. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

[Tutorial Thursday] Cara keluarkan hidden file

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku rasa korang mesti pernah guna pendrive korang nak ambil benda macam lagu atau gambar, tapi sebaik sahaja korang masukkan pendrive korang tu, tiba-tiba pendrive korang tu menjadi kosong. Korang tak dapat jumpa benda yang korang nak cari tu. Bukan setakat benda yang korang cari tu je, tapi semua benda dalam pendrive tu seolah-olah tidak pernah wujud.

Aku selalu kena benda macam tu, biasanya terjadi selepas aku menggunakan pendrive itu di Cyber Cafe yang tak lah begitu Cyber sangat. Bila aku guna dekat komputer aku, abis semua data aku hilang. Tapi bila tengok dekat properties pendrive tu, masih ada lagi datanya. Jadi kalau korang pun ada masalah macam yang aku kena ni, kat sini aku tunjukkan cara untuk betulkan.

Pergi ke Start >> All Programs >>  Accessories >> Pilih Command Prompt
- Atau cara yang lebih senang, korang tekan Start dan dekat kotak search tu korang taip cmd, kemudian korang pilih lah Command Prompt tu.

Pergi ke My Computer
- Korang tengok pendrive korang tu dekat drive yang mana, kalau macam aku punya (E:)

Taip E: (atau drive mana yang korang nak)
- Tekan enter dan korang nampak dekat command prompt tu akan tunjuk E:\>

Sekarang taip attrib -h -r -s /s /d E:\*.*
- Dan tekan enter lagi, korang akan perasan yang benda kelip-kelip tu turun ke bawah. Korang tunggu sampai jadi macam ni.

Tengok dekat pendrive korang tu
- File atau data yang disorokkan tu dah boleh nampak.

Sebelum
Selepas
Scan virus dekat pendrive korang tu sebab biasanya virus akan menyorokkan file sebenar dan menjadikan file tadi sebagai shortcut. Tapi seeloknya korang scan jelah semua pendrive yang masuk dekat komputer korang tu. Sebab kalau virus dah masuk dalam komputer, entah apa lah jadi untuk jangka masa yang lama.

P/s : Masa first time aku kena jadi macam ni, aku terus format sebab tak tau nak buat apa..huhuu

Tuesday, August 25, 2015

[Tech Tuesday] Solar Pod, rumah bergerak.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Kalau kita pergi berkhemah mesti kita tak jumpa khemah yang moden, bergaya dan juga style kan. Tapi yang ini lain, sebab ini ialah "rumah bergerak" yang lain dari yang lain. Memang lah ianya nampak kecil dan tak sesuai untuk tinggal lama-lama. Tapi Solar Pod ni sesuai lah kalau nak dibawa ketika pergi berkhemah atau membuat aktiviti luar.

Berkhemah tanpa menggunakan elektrik memang agak susah bagi kebanyakan orang. Inilah yang menjadi penyebab bagi pembuat Solar pod ini membina rumah yang boleh menggunakan elektrik dengan hanya mengumpulkan tenaga solar sahaja.

Dengan bentuk yang diambil seakan-akan gaya model dari era masa depan, ianya bukan kerana dibuat secara suka-suka. Tetapi ia mengambil kira jangka masa benda ini boleh digunakan kerana dianggarkan rumah ini mampu bertahan sehingga beberapa generasi.

Menggunakan bahan yang mampu tahan lama, sesuai dengan keadaan sekeliling dan juga mesra alam, Solar Pod ini dianggap sebagai rumah yang berteknologi hijau. Walaupun ada yang mengatakan rupanya tidak sesuai dengan kehendak sesetengah orang, tetapi ianya agak bersesuai mengikut peredaran masa.

P/s : Hmm, aku dah lama tak pergi berkhemah, kena ajak member ni..

Friday, August 21, 2015

[Facts Friday] Fakta menarik tentang telefon bimbit dan smartphone

Salam dan hai kepada para readers semua...

Handphone, smartphone, mobile phone merupakan alat komunikasi yang menjadi salah satu kemudahan asas pada masa kini. Ni apa kes guna ayat dalam majalah IT ni.?? Okay, aku guna ayat biasa aku lah ye. Hampir kesemua orang memiliki smartphone, korang yang tengah baca ni pun mesti ada smartphone dekat depan korang kan.?? Eleh, nak nyorok kan pulak, aku boleh nampak lah.

Tapi korang tau tak yang ada banyak fakta-fakta menarik tentang smartphone ni yang mungkin boleh menarik minat korang untuk ambik tau. Dekat sini aku listkan beberapa fakta tentang smartphone yang mana sebenarnya aku jumpa artikel tentang tajuk ni dekat website orang lain.


* Baling telefon jadi acara sukan.
- Di Finland, mereka menjadikan acara membaling telefon bimbit sebagai salah satu acara untuk sukan tahunan mereka. Kalau kat sini aku tengok bukan acara membaling, tapi acara menjatuhkan telefon adalah.

* Purata membuka smartphone
- Dianggarkan purata setiap orang akan membuka kunci smartphone mereka sebanyak 110 kali setiap hari. Itu baru membuka kunci, kalau menaip mesti lagi banyak kali..

* Sasaran virus malware pada pengguna smartphone
- Sebanyak 99% sasaran untuk virus malware pergi kepada pengguna android. Patut lah tiap kali bukak website guna smartphone ada banyak iklan bersihkah malware.

* Pengguna tidak download apps (aplikasi)
- Setiap bulan, seramai 65% pengguna smartphone tidak mendownload apps. Aku selalu download, tapi lepas install aku buang balik, sebab nak jimat memori.huhuhu

* Nomophobia
- Nomophobia ialah ketakutan apabila seseorang itu tidak dapat pegang telefon dia atau pun telefon dia takde line. Aku rasa aku tergolong dalam ni kot, sebab aku paling takut kalau tak dapat line internet.

* Telefon kalis air.
- Di Jepun, 90% telefon mereka kalis air kerana ramai penggunanya selalu menggunakan telefon walaupun ketika mandi. Aku nak basahkan jam tangan pun tak berani, inikan pulak handphone.

Haa, macam mana dengan fakta-fakta yang korang baca tadi.? Ada rasa macam best tak, atau ada rasa macam dah pernah baca semua ni.? Kalau yang belum pernah baca, aku harap info ni dapat memberi ilmu dekat korang dan kalau yang dah pernah baca, aku harapkan benda yang sama jugak lah..

P/s : Aku dengar orang cakap yang jangka hayat smartphone ni cuma 2 tahun je ye.??

Thursday, August 20, 2015

[Tutorial Thursday] Cara cari telefon hilang

Salam dan hai kepada para readers semua..

Pernah tak korang menghadapi masalah, okay semua orang pernah ada masalah. Tapi masalah yang aku maksud kan ialah masalah lupa tempat letak telefon. Dan lagi teruk lagi masalah tu bila telefon tu dalam keadaan mode silent. Haa, mesti ada yang pernah menghadapi situasi seperti itu kan.?? Kalau ada, tahniah aku ucapkan kerana korang bertuah membaca entry ini.

Hari ni aku nak share kan dekat korang cara untuk cari telefon korang yang hilang disebabkan salah letak atau pun telefon tu pergi menyorok sendiri. Aku dah biasa dah kena situasi macam tu, tapi dulu lah sebab dulu aku suka letak telefon aku merata-rata. Sekarang ni aku dah ada tempat khas, jadi takde lah bersepah-sepah telefon aku tu.

* Bukak Google Play dekat dekstop atau laptop browser korang.
* Pergi ke Android Device Manager atau pun korang klik je dekat tulisan warna biru tu.
* Login guna akaun Gmail yang korang gunakan dekat dalam telefon korang tu.
* Pilih 'Ring'.

Selepas itu, telefon korang akan berbunyi selama 5 minit dan dalam masa itu boleh lah korang cari dekat mana telefon tu pergi menyorok. Aku dah try tadi dan ianya memang menjadi, walaupun aku dah silent kan telefon aku, tapi boleh jugak berbunyi lepas aku klik 'Ring' tadi.

Selain itu, kalau korang rasa yang telefon korang dicuri atau tercicir dan hilang ke. Korang boleh guna cara yang sama macam dekat atas tadi untuk mengesan dan siap tengok dalam Google Map dimanakah letaknya telefon tu. Kalau tak silap aku ada fungsi format telefon, jadi bila telefon tu kena curi, korang boleh lah buang semua data-data korang yang ada dalam telefon tu.

P/s : Tapi kalau telefon tu dah off, rasanya tak boleh buat apa kot..

Tuesday, August 18, 2015

[Tech Tuesday] Teknologi pada tahun 2020

Salam dan hai kepada para readers semua...

Tahun 2020, tinggal lagi 5 tahun je lagi kita akan sampai ke tahun itu. Cepat sangat masa berlalu dan sama lah juga dengan teknologi yang semakin hari semakin pesat berubah. Korang ingat lagi tak 5 tahun dulu teknologi macam mana rupanya.? Kalau 5 tahun dulu, aku memang tak pernah pun terfikir tentang smartphone, smartwatch., tapi sekarang semua tu dah ada.

Jadi, korang nak tau tak apakah teknologi yang bakal atau kemungkinan akan keluar pada tahun 2020.? Okay, dekat sini aku akan share kan dekat korang. Lepas baca nanti boleh lah korang bayangkan macam mana lah tahun 2020 tu akan jadi nanti.hehehe

* Penggunaan telefon pintar semakin meluas.
- Mungkin sekarang ni kita tengok penggunaan telefon memang sudah meluas, tapi pada masa akan datang penggunaan telefon canggih atau pintar yang akan semakin meluas. Orang-orang tua yang duduk dekat kampung pun nanti dah pandai main skype, chatting. Yelah, lagi pun orang-orang tu masa tu pun kita-kita jugak kan..

* Perkembangan penggunaan tenaga solar
- Oleh kerana sumber asli semakin berkurang, maka akan banyak negara akan mula beralih kepada sumber yang boleh diperbaharui. Contohnya macam tenaga solar, bila sudah banyak penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, jumlah kos pengunaan akan semakin berkurang. So, korang dah tak payah lah nak marah-marah sebab harga bil naik.hehehe



* Semakin banyak penyakit dapat dirawat
- Para saintis dan doktor tidak pernah berhenti daripada menghasilkan ubat-ubatan untuk merawat penyakit-penyakit yang muncul. Jadi mungkin pada masa akan datang, penyakit kronik pada masa kini akan mudah diubati. Entah-entah, masa tu nanti kalau demam pun cuma makan sebijik pil je, terus sihat..

* Teknologi kereta pandu sendiri.
- Aku dah pernah cerita tentang Autonamous Car ni dekat entry lepas. Jadi pada tahun itu nanti, mungkin pengunaan nya di jalan raya sudah bermula. Tapi untuk ia digunakan secara meluas, aku rasa belum lagi kot. Kalau dah meluas, baru lah dapat merasa tidur masa pandu kereta..

* Internet percuma dimana-mana sahaja.
- Sekarang sudah ada rancangan untuk mewujudkan rangkaian internet percuma secara meluas tanpa batas negara. Kemungkinan untuk membuat internet percuma tanpa sempadan ini boleh berlaku pada tahun 2020 nanti. Aku rasa pada masa tu nanti, kita dah tak payah bayar bil internet sebab mungkin bil tu masuk terus dalam cukai je.

Sebenarnya semua andaian ni berdasarkan pemikiran aku je, tapi tadi aku check yang orang lain pun ada pikir macam aku jugak. Kalau ikut korang pulak, masa tahun 2020 tu nanti teknologi apa yang akan ada.??

P/s : Aku tak sabar nak tunggu internet percuma tu, mintak-internet nya laju.hehehe

Tuesday, August 11, 2015

[Tech Tuesday] Autonomous car, kereta pandu sendiri.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Cuba korang bayangkan masa korang tengah memandu tu, tiba-tiba ada kereta sebelah memotong. Macam biasalah, korang mesti tak kisah kan sebab kereta tu lagi laju dari kereta korang. Tapi macam mana pulak masa kereta tu tengah potong kereta korang, korang nampak yang dekat tempat duduk depan takde orang. Atau pun korang nampak yang pemandunya tengah tidur.?

Hehehe, korang jangan risau ini bukan entry seram atau merepek. Tapi korang tau tak yang sekarang ni sudah ada kereta yang yang boleh memandu secara automatik. Maksud aku, korang cuma perlu setkan destinasi korang dan kereta itu sendiri akan memandu tanpa korang perlu kawal. Haa, itu lah teknologi untuk kereta yang sudah sedia ada. Cuma buat masa ni, kereta-kereta itu masih lagi dalam kajian.

Kemungkinan kereta itu akan mula keluar dipasaran dalam lingkungan 5 - 10 tahun lagi. Syarikat-syarikat besar seperti Mercedes, BMW, Google dan juga Tesla telah mengeluarkan model kereta yang mempunyai teknologi pandu sendiri. Namun sebelum kereta seperti itu dipasarkan, terdapat banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan, contohnya berkenaan undang-undang jika berlaku kemalangan.

Mercedes Autonomous car

BMW Autonomous car

Google Autonomous car
P/s : Agaknya kalau kereta yang pandu sendiri, statistik kemalangan akan meningkat atau menurun.?

Wednesday, August 05, 2015

[Wordless Wednesday] Rekaan Pendrive yang menarik.

Salam dan hai kepada para readers semua...

Jangan lah korang sepahkan, nanti mesti ada yang menjerit..

Alala, comelnya lah..

Tak pasti sama ada pendrive laju atau perlahan..

Kalau dapat dekat mak korang, mesti dia buat jemur baju..

Kalau kita makan, nanti kita dapat tak data dalam pendrive tu.??

P/s : Nasib baik pendrive aku elok lagi, kalau tak mesti aku dah tukar macam yang dekat atas tu..

Tuesday, August 04, 2015

[Tech Tuesday] Apa itu RAM dan ROM

Salam dan hai kepada para readers semua...

Untuk entry Tech Tuesday minggu ni aku nak share kan sedikit ilmu pengetahuan aku tentang komputer ni. Untuk orang yang biasa menggunakan kan komputer ni mesti tau apa itu ROM dan juga RAM kan.?? Tapi kalau ada yang tak tau pun takpe sebab dekat entry ni aku memang nak jelas kan dekat korang apa kah perbezaan kedua-dua menatang benda ni.

RAM (Random Access Memory)
- RAM boleh menyimpan dan juga menulis data secara rawak dan bila-bila masa.
- RAM ialah memory untuk OS (Operating System), ia digunakan ketika memprogram dan juga memproses software ketika komputer hidup.
- RAM bersifat volatile atau pun sementara, memory data hanya tersimpan ketika komputer hidup dan jika komputer tertutup atau mati, data tadi akan hilang.
- RAM mempunyai 2 jenis
  * Static RAM
  * Dynamic RAM

ROM (Read Only Memory)
- ROM ialah tempat simpanan data yang susah untuk diprogram kan.
- ROM juga ialah tempat memory yang telah tersedia didalam komputer untuk digunakan ketika menghidupkan komputer.
- ROM hanya boleh membaca memory data sahaja.
- ROM bersifat non-volatile atau pun kekal, memory data tadi akan kekal walaupun komputer tadi telah terputus bekalan elektrik.
- ROM mempunyai 3 jenis
  * PROM (Programmable ROM)
  * EPROM (Erasable Programmable ROM)
  * EEPROM (Electrical Erasable Programmable ROM)

P/s : Kalau untuk orang yang nak cari komputer untuk gaming, better tengok dekat bahagian RAM, makin tinggi RAM, makin laju game korang main.

Tuesday, July 28, 2015

[Tech Tuesday] 10 smartphone paling top masa kini.

Salam dan hai kepara para readers semua...

Smartphone merupakan satu alat komunikasi yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Setiap tahun akan ada sahaja muncul model-model smartphone baru yang akan dijual dipasaran. Terlalu banyak model smartphone yang ada sekarang tapi korang tau tak yang manakah menjadi pilihan orang ramai.? Kat sini aku tunjukkan smarphone apa yang paling popular pada masa ini.

No.10 - Nexus 6
OS: Android 5 | Screen size: 5.96-inch | Resolution: 2560 x 1440 | Memory: 3GB | Storage: 32GB/64GB | Battery: 3,220mAh | Rear camera: 13MP | Front camera: 2MP

No.9 - Sony Xperia Z3
OS: Android 5 | Screen size: 5.15-inch | Resolution: 1920 x 1080 | Memory: 3GB | Storage: 16GB/32GB | Battery: 3,100mAh | Rear camera: 20.7MP | Front camera: 2.2MP

No.8 - iPhone 6 Plus
OS: iOS 8 | Screen size: 5.5-inch | Resolution: 1920 x 1080 | Memory: 1GB | Storage:16GB/64GB/128GB | Battery: 2,915mAh | Rear camera: 8MP | Front camera: 1.2MP

No.7 - Samsung Galaxy Note 4
OS: Android 5 | Screen size: 5.7-inch | Resolution: 2560 x 1440 | Memory: 3GB | Storage: 32GB | Battery: removable 3,220mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 3.7MP

No.6 - Sony Xperia Z3 Compact
OS: Android 5 | Screen size: 4.6-inch | Resolution: 1280 x 720 | Memory: 2GB | Storage: 16GB | Battery: 2,600mAh | Rear camera: 20.7MP | Front camera: 2.2MP

No.5 - HTC One M9
OS: Android 5 | Screen size: 5-inch | Resolution: 1920x1080 | Memory: 3GB | Storage: 32GB | Battery: 2840mAh | Rear camera: 20.7MP | Front camera: 4MP

No.4 - Samsung Galaxy S6 Edge
OS: Android 5 | Screen size: 5.1-inch | Resolution: 1440 x 2560 | Memory: 3GB | Storage: 32GB/64GB/128GB | Battery: 2560mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 5MP

No.3 - LG G4
OS: Android 5.1 | Screen size: 5.5-inch | Resolution: 2560 x 1440 | Memory: 3GB | Storage: 32GB | Battery: removable 3,000mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 8MP

No.2 - iPhone 6
OS: iOS 8 | Screen size: 4.7-inch | Resolution: 1334 x 750 | Memory: 1GB | Storage:16GB/64GB/128GB | Battery: 1,810mAh | Rear camera: 8MP | Front camera: 1.2MP

No.1 - Samsung Galaxy S6
OS: Android 5 | Screen size: 5.1-inch | Resolution: 1440 x 2560 | Memory: 3GB | Storage: 32GB/64GB/128GB | Battery: 2550mAh | Rear camera: 16MP | Front camera: 5MP
P/s : Haish, gambar-gambar semua ni buatkan aku nak beli phone baru lah..huhuhu

Thursday, July 16, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Remove Write Protection

Salam dan hai kepada para readers semua..

Aku dah pernah buat entry tentang cara untuk buang write protection dekat kad micro SD. Walaupun ada orang yang berjaya mengikut tutorial tu, tapi masih ada juga yang gagal. Hehehe, suka-suka aku je cakap orang gagal, mungkin kena guna cara lain kot. Jadi dekat sini aku tunjukkan cara yang mungkin berjaya, sebab aku pun tak try lagi buat cara ni..

Cara ni memerlukan korang untuk masuk ke dalam registry. Apa itu registry..? Registry ialah tempat simpanan data (database) untuk OS Windows. Ia mengandungi semua jenis maklumat dari segi system, hardware dan juga program yang kita install. So, korang jangan pandai2 nak main uba-ubah dekat tempat ni. Okay, teruskan kepada tutorial kita.

Klik dekat Start Menu korang dan taip regedit dekat dalam ruangan Search for programs and files. Korang akan jumpa macam dalam gambar ni.

Tekan butang Enter. Registry Editor akan terbuka. Dekat bahagian kiri tu, ada ikon komputer dan bawah nya ada banyak folder kan. Okay, korang cari folder berdasarkan urutan dibawah ni.

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies 

Sampai korang jumpa nama ni, WriteProtect .

Kalau korang jumpa benda tu, korang right click dekat benda tu dan pilih Modify.

Sekarang, korang mungkin akan nampak nilai yang ditulis tu disetkan kepada nombor 1. Nombor 1 bermaksud yang korang nak kad atau pendrive korang di write protect kan. Jadi, korang tukarkan no 1 tadi kepada nombor 0. Nombor 0 bermaksud yang korang tak nak gunakan write protect, lepas tu tekan lah butang OK.

Tutup Registry tadi dan cabut pendrive atau kad SD korang. Lepas tu korang pasang balik, dan tengok, menjadi tak cara tu. Kalau menjadi, tahniah lah aku ucapkan. Tapi kalau tak menjadi jugak, aku cadangkan korang tengok dekat website ni, dia ada banyak cara untuk menghadapi masalah write protect ni.
>> How to fix write protection

P/s : Kalau menjadi lah cara ni, korang bagitau aku ye. Owh ye, lupa pulak aku nak ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2015, maaf zahir dan batin.

Tuesday, July 14, 2015

[Tech Tuesday] Benda Yang Kena Tahu Sebelum Membeli Komputer

Salam dan hai kepada para readers semua...

Membeli komputer sebenarnya bukan lah satu tugas yang mudah, dengan pelbagai jenis komputer yang keluar pada masa kini, korang mesti nak pastikan yang pembelian korang itu berbaloi. Jadi nanti takde lah rasa macam menyesal sebab dah terbeli komputer yang low specs. Bila dah tersalah beli, takkan korang nak beli lagi komputer yang baru kan.? Lebih baik korang teruskan pembacaan korang..

Dalam entry ni aku akan bagitau tips-tips yang perlu diambil kira kalau korang nak pregi beli komputer. Kalau korang ikut je tips-tips ni, insyaAllah yang korang dapat membeli komputer yang sesuai dengan kehendak pasaran korang. Bila dapat beli komputer yang sesuai, takde lah rasa macam menyesal kan.? Betul tak.??

Nampaknya kucing ni pun tengah cari komputer apa yang sesuai..

Dekstop atau Laptop ?
Untuk mereka yang tak tau, laptop sebenarnya lebih mahal jika dibanding kan dengan dekstop. Laptop mempunyai bateri dan ia boleh dibawa kemana-mana. Disebabkan kelebihannya itu lah yang membuatkan harga laptop menjadi tinggi jika dibandingkan dengan dekstop. Jadi, korang kena lah pilih sama ada korang nak beli laptop atau dekstop.

Pilih processor yang sesuai.
Processor boleh diibaratkan sebagai otak komputer. Kalau korang nak komputer korang tu laju bila buka program atau software, atau pun korang tak nak tunggu komputer korang lambat sangat hidupnya, korang kena lah pilih processor yang kuat. Macam mana korang nak tau processor tu kuat atau tak, korang tengok lah pada bahagian speeds dan core processor tersebut. Makin laju speeds dan banyak core, makin kuat lah processor tu.

RAM simpanan data sementara.
Random Access Memory (RAM) pulak boleh mempengaruhi berapa banyak program yang korang bukak dalam satu masa. Kalau RAM tu rendah, korang mungkin cuma dapat bukak satu fail je dalam satu masa, tapi kalau RAM besar pulak, korang boleh lah bukak lagu sambil buat kerja dan tengok video. Kalau korang pilihr RAM, korang tengok yang 1GB keatas tau, sebab bawah 1GB tu dah kira rendah dan kecik sangat tu.

Hard Drive atau memori komputer
Setiap komputer memerlukan tempat simpanan data, kalau takde tempat simpan data macam mana komputer tu nak simpan fail-fail lagu dan gambar korang kan. Jadi, sama macam dekat atas tadi, makin besar saiz hard drive tu, makin bagus lah dia..

Graphic Card untuk proses gambar.
Ini cuma tambahan je, tapi kalau boleh korang cari lah komputer yang mempunyai graphic card. Sebab dengan graphic card ni, dia boleh memproses gambar dalam komputer tu dengan lebih cantik. Tapi aku rasa komputer sekarang semuanya dah ada graphic card, jadi korang tak payah risau lah pasal ni.

Okay, cuma itu je tips yang aku nak share kan. Aku harap dapat lah membantu buat sesiapa yang tengah mencari komputer tu. Sebenarnya aku pun tengah pikir nak cari komputer baru, sebab tu aku buat entry ni supaya aku tak lupa benda apa yang aku kena tengok sebelum beli.

P/s : Korang rasa aku perlu buat semua perkataan inggeris kekal atau tukar kepada bahasa melayu.?

Tuesday, July 07, 2015

[Tech Tuesday] Mengenali Augmented Reality

Salam dan hai kepada para readers semua...

Okay, untuk entri malam ni aku nak cerita dekat korang tentang Augmented reality. Tetapi apa kejadahnya Augmented Reality ni.?? Adakah ianya sejenis makhluk purba yang pernah hidup di zaman dahulu kala.?? Atau mungkin ianya seekor makhluk asing dari planet lain.?? Hahaha, yelah2 aku tak merepek dekat entri ni. Aish, dekat semua entri aku nak merepek, kesian korang semua yang baca ni..

Apa itu Augmented Reality ?

Atau lebih dikenali sebangai AR, Augmented Reality ialah salah satu jenis realiti maya yang bertujuan untuk membuat salinan persekitaran dunia realiti ke dalam komputer. AR tadi akan menghasilkan pandangan campuran untuk pengguna yang mana ia merupakan gabungan pandangan sebenar yang dilihat oleh pengguna dengan pandangan maya yang dihasilkan oleh komputer dengan menambah maklumat di tempat yang dilihat. Pandangan maya yang dihasilkan oleh komputer direka untuk meningkatkan persepsi deria pengguna terhadap dunia maya yang mereka dari segi pandangan dan juga interaksi.

Tujuan Augmented Reality
AR bertujuan untuk mewujudkan satu sistem dimana pengguna tidak dapat membezakan diantara dunia sebenar dan juga dunia maya yang telah diubahsuai. Hari ini AR telah banyak digunakan dalam pelbagai sektor dan industri antaranya ialah dalam bidang hiburan, latihan ketenteraan, reka bentuk kejuruteraan, robotik, pembuatan dan penghasilan serta dalam industri yang lain.

Antara contoh-contoh Augmented Reality

Untuk reka bentuk kejuruteraan

Untuk pengiklanan

Untuk permainan
Aku tak pasti sama ada penggunaan Augmented Reality ni dah meluas atau belum dekat Malaysia ni, tapi yang aku pernah nampak, dekat komik Upin Ipin pernah buat AR ni. Pendapat aku, AR ni memang banyak kelebihan nya, kalau orang meniaga, korang boleh buat iklan guna AR, mesti dapat tarik ramai orang.hehehe

P/s : Sorry sangat-sangat kalau korang tak dapat faham translation aku tu. Aku dah cuba nak mudahkan dalam bahasa melayu, cuma itu je yang aku mampu..

Thursday, July 02, 2015

[Tutorial Thursday] Cara Buat Username Untuk Facebook Page

Salam dan hai kepada para readers semua...

Blog sapa kat sini yang dah ada Facebook Page.?? Kalau ada, sila komen kat ruangan komen bawah ni, dan untuk sesiapa yang takde pulak, korang kena komen jugak dekat tempat komen tu. Korang tak tau nak komen apa.?? Ala, korang tulis lah apa-apa je yang berkaitan dengan entri ni.

Okay, kepada sesiapa yang baru buat Facebook Page, cuba korang tengok dekat link atas tu. Korang tak tau nak tengok macam mana.? Aishh korang ni, tengok guna mata lah.hehehe, jangan marah ye.
Macam ni, mula-mula korang pergi bukak Facebook Page korang dan tengok link dekat atas browser korang tu. Kalau dia tulis "facebook.com/id412321431..etc" tu maknanya Facebook id korang jenis default punya, so tak best lah kalau nak share Facebook link korang guna URL yang berjela panjang tu.

Jadi, cara nak buat nya senang sahaja. Tapi sebelum tu, ada syarat-syarat dan pantang larang yang perlu korang patuhi, kalau korang langgar juga pantang ni, nanti korang akan diganggu oleh makhlus halus yang benama nyamuk malam ni. Syaratnya ialah, page korang tu mestilah sudah mempunyai like sebanyak 25 dan keatas, kalau 25 sipi-sipi mungkin boleh lepas kot. Itu syarat yang Facebook bagi ye, bukan aku saje-saje.

Korang dah sedia ye nak buat Facebook Page URL korang punya sendiri, jadi korang follow je steps aku tulis ni.

Steps 1
Korang pergi dekat link ni.. facebook.com/username
Klik dekat gambar ni kalau nak tengok lagi jelas

Steps 2
Korang pilih page mana yang korang nak tukarkan tu dan bila dah pilih, korang tulis lah kat ruang kosong bawah tu "www.facebook.com/url_link_yang_korang_nak"

Steps 3
Tekan button Check Availability tu dan tengok kalau-kalau nama yang korang pilih tu dah pernah guna atau belum.

Dah siap dah, cuma itu je yang korang perlu buat. Senang je nak buatnya, sebab aku sekali baca tutorial je dah dapat. So korang mestila dapat buat jugak kan, korang semua kan bijak-bijak belaka.hehehe

Okay, sampai sini je tutorialnya dan kalau korang ada nak mintak apa-apa tutorial, korang bagitau je ye. Nanti aku akan try cari dan try buat (aku takde idea nak tulis tutorial apa untuk minggu depan ni.huhuhu).

Source tutorial : Create a Username for a Facebook Page


Tuesday, June 30, 2015

[Tech Tuesday] Benda yang ada kena ada dalam laptop

Salam dan hai kepada para pembaca semua.

Okay, malam ni aku nak share kan dengan korang sedikit ilmu pengetahuan aku tentang bab komputer ni. Sebenarnya bukan lah ilmu sangat pun, tapi lebih kepada pengalaman aku dalam menggunakan komputer ni. Eh, tapi ilmu tu kan boleh datang dari pengalaman jugak, jadi betul lah bila aku cakap aku nak kongsi ilmu dekat korang. Okay, kita ke perenggan seterusnya...

Kali ni aku nak senaraikan beberapa software yang sepatutnya diinstall kan kedalam komputer anda. Korang dah sedia nak tau kan.? Kalau tak sedia lagi, anda diminta untuk duduk sambil peluk bantal korang kuat2 sebab aku bakal menyenaraikan software2 itu.

CCleaner
CCleaner ialah software yang aku gunakan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh komputer aku. Beban yang aku maksud kan ialah cache2 atau data2 yang terkumpul didalam komputer sama ada ketika kita gunakan internet atau gunakan komputer itu sendiri. Jadi, kalau korang rasa komputer korang tu dah mula slow. Nak bukak folder pun makan masa bertahun, baik korang gunakan software ni.



Media Player Classic (Home Cinema)
Software pilihan aku yang seterusnya ialah Media Player Classic, software pilihan aku kalau nak tengok movie, filem dan cerita. Bukannya aku tak nak gunakan windows player yang sudah tersedia tu, tapi bagi aku software ni lagi senang untuk aku gunakan.


Winrar
Winrar ialah software yang digunakan untuk menyimpan file ke dalam saiz yang lebih kecil. Kalau korang ada nak simpan file yang saiz nya besar, tapi sayang nak buang. Korang boleh lah compress kan file korang tu menggunakan Winrar ni. Aku gunakan software ni sebab senang aku nak extract file2 yang aku dah download.


 

Windows Security Essential
Software ini ialah sejenis antivirus software yang digunakan untuk melindungi komputer kita daripada serangan-serangan iblis virus yang ada di dalam internet. Memandangkan banyak antivirus popular berbayar, jadi aku gunakan software free ini sebagai pilihan hati aku..hahahaha


Firefox
Aku baru je menggunakan Firefox ni, walaupun dulu aku pernah meninggalkan dia demi Google Chrome yang boleh tahan lah powernya. Tapi kini aku kembali semula menggunakan khidmat dia apabila aku mahu melayari dunia internet yang sangat luas. Masa mulanya memang aku tak puas hati sebab Firefox ni selalu crash, tapi untuk update baru ni nampaknya dia dah makin stabil. Jadi aku terus masukkan dia didalam senarai ni.


Open Office
Untuk software yang terakhir ni, aku gunakan Open Office sebagai pengganti Microsoft Office. Fungsinya sama sahaja seperti Microsoft Office, ada word, powerpoint dengan excel. Cuma apa yang berbezanya, software ni percuma. Jadi kalau korang tak jumpa tempat download Microsoft Office, korang boleh lah gunakan Open Office ni dulu untuk sementara.

Okay, cuma itu jelah benda yang aku dapat senaraikan. Aku rasa korang sendiri pun dah ada semua software2 ni, tak payah aku bagitau pun korang dah download sendiri kan.?? Takpelah, sekurang-kurangnya aku boleh rujuk entri ni kalau aku lupa benda apa yang patot aku download lepas aku format laptop or komputer aku.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...