Monday, June 29, 2015

[Mumble Monday] Laptop atau komputer ??

Salam dan hai kepada para readers semua..

Hello guys, ingat lagi tak kat blog ni.? Well, kalau tak ingat, takpe lah, sebab salah aku jugak.. Selalu sangat mengabaikan tanggungjawab aku sebagai owner kepada blog ni. Kesian blog ni, ditinggalkan oleh tuannya sendiri, kejam betul tuan blog ni kan. Sampai hati dia membiarkan blog ni kelaparan dan sendirian tanpa tempat tinggal. Hahaha, apa benda lah yang aku merepek ni.

Okay, sebenarnya macam ni cerita untuk entri malam ni. Aku tengah dalam dilema wanita kerana sejak kebelakangan ni aku sering terfikir, agak-agaknya perlu tak aku beli sebuah komputer baru.?? Tapi aku dah ada laptop, buat apa nak beli komputer pulak.?? Okay, ni hujah-hujah yang aku akan ke selatan utarakan dalam entri ni.

Hujah pertama
Laptop yang aku ada sekarang ini tidak mampu untuk menanggung game-game yang ada dipasaran sekarang. Game-game terkini memerlukan spesifikasi yang tinggi, malah lebih tinggi dari bangunan KLCC. Aku nak jugak merasa main game Assasin Creeds yang terbaru tu, or main game Final Fantasy 13 tu. Ni tak, dapat install pun cuma dapat tengok cutscene je. Bila masa main je, terpaksa lah menyediakan tahap kesabaran yang tinggi berhadapan dengan lag or crash yang berlaku.

Hujah kedua
Komputer rumah aku tu dah rosak, jadi apa salahnya kalau aku beli sebijik komputer dan mendermakan kepada family aku untuk gunakan. Takde lah sedih sangat aku terngok dorang terpaksa main handphone yang kecik skrinnya tu.

Hujah ketiga
Err, aku tak dapat pikir pulak untuk hujah ketiga ni. Boleh tak kalau korang pikirkan untuk aku, yakin kan aku untuk beli sebuah komputer. Korang gunalah apa cara pun, yang penting dapat buatkan aku untuk beli komputer baru.

Satu-satunya benda yang menghalang dan menjadi sebab paling kuat membuatkan aku tak jadi beli komputer ialah pasal duit. Bukannya aku tak berduit, cuma aku risau kalau tiba-tiba aku perlu gunakan duit tapi duit tu dah habis untuk komputer tu.

P/s : Aku plan nak beli high-end computer, tapi tak sure lagi.hehehe

4 comments:

Unknown said...

Silalah beli, at least komputer tahan lama sikit, tak se-sensitif laptop

Unknown said...

bkomputer baru....kehendak ke keperluan?hihihi....kalau boleh jawap soalan tu,,,mesti boleh buat keputusan nak beli ke x


Salam ramadhan!

Arpiiz said...

@iyliana n. okay, akan dipertimbangkan cadangan tu.hehe

Arpiiz said...

@sue sue, tulah masalahnya, keperluan ada and kemahuan pun ada gak.huhuhu

Salam Ramadham jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...