Friday, June 26, 2015

Perhatian Tolong - Attention Please.!!!!

Salam dan hai kepada para readers semua..

Okay, minta perhatian kepada semua orang..
Hellooo... Ada sapa-sapa yang dengar tak.???
Hmm, mungkin takde orang lagi yang datang dekat blog ni kot. Sebab tu takde sapa yang bagi perhatian.
Huhuhuhu......

Takpelah kalau takde sapa yang nak tau pun, aku tetap juga dengan pendirian aku, aku tetap juga nak bagitau dekat korang yang tengah baca entri ni. Aku tetap juga nak korang tau yang sebenarnya aku makan nasi masa puasa. Amboi, bila aku cakap yang aku tak puasa, terus korang semangat nak baca entri ni. Hahaha, yang part aku tak puasa tu tipu jelah, korang percaya kan yang aku puasa penuh.??

Sebenarnya nak bagitau dekat entri ni yang aku plan aku nak buat sesuatu yang baru dekat blog ni. Hmm, baru yang macam mana korang tanya.? Mungkin aku akan belikan blog ni pakaian baru, err kejap nape pulak blog aku ni boleh pakai baju.?? Okay, abaikan ayat yang entah apa2 tadi tu.  Aku sambung balik apa benda yang aku nak bagitau.

Aku nak bagitau yang memandangkan isi kandungan blog aku ni lebih kepada merapu je, jadi aku nak tukar pulak kepada ikan kerapu isi yang lebih bermanfaat, berinformasi, telus dan tepat. Cewah, ni apahal pulak dah macam tagline surat khabar ni.? Aku nak buat yang setiap hari fokus entri aku berbeza, jadi ini adalah plan yang aku dah buat.

Story Saturday & Story Sunday
Dua hari ni aku fokuskan kepada cerita-cerita yang aku reka, memandangkan aku suka buat cerita bersambung, jadi aku kena lah postkan dua hari seminggu. So, kalau ada sapa-sapa yang suka membaca cerita, korang boleh lah tunggu hari ni.

Mumble Monday
Untuk hari isnin ni pulak, fokus entri aku lebih kepada benda-benda yang aku nak bebelkan. Benda-benda yang aku tak puas hati atau puas hati aku akan postkan dekat entri hari isnin ni.

Tech Tuesday
Dekat hari selasa pulak aku nak postkan entri-entri yang berkaitan tentang komputer, software, game. Semua yang berkaitan dengan teknologi lah, dan kalau aku ada info tentang gadget pun, aku akan try buat post tu masa hari ni.

Wordless Wednesday
Yang ni aku dah lama buat, cuma untuk kali ni aku nak tambah lagi gambar. Takde lah macam dulu, aku letak satu gambar lepas tu post, nampak sangat pemalasnya.hahaha

Tutorial Thursday
Semua tutorial, tidak kira lah yang berkaitan dengan dunia maya atau dunia realiti, aku akan cuba postkan dekat ruangan Tutorial Thursday.

Fact Friday
Aku bukan lah seorang yang pakar sangat tentang fakta, tapi aku akan cuba cari beberapa fakta ringkas untuk aku masukkan dekat post hari jumaat ni.

Jadi aku harapkan dengan adanya slot-slot entri ni, aku dapat lah manfaatkan blog aku ni. Takde lah lagi blog ni terbiar tanpa hala tuju yang betul. Aku pun harap yang kali ni aku betul-betul buat, bukan cuma semangat dalam 2-3 minggu je.

P/s : Aku memang puasa penuh lah, korang tolong lah percaya dekat aku..T_T

3 comments:

NARDtheNERD said...

bagus2 ada planing update blog.. hehe

ExpanDroiders said...

Terbaik bro.. aku kadang2 bingung gak nk post entry ape. boleh buat rujukkan dari blog saudara nie tentang pengurusan masa blogging. hehe

Lyssa Faizureen said...

apa2 punn , keep blogging ye ...
jangan pernah putus asa ! kipidaappp :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...