Masa tu sudah pukul 2 pagi.. Aku tersedar dari tidur selepas bermimpi tentang sesuatu yang aku rasa agak menyeramkan juga bagi aku.. Mimpi dimana aku melihat banyak lembaga2 hitam berdiri mengelilingi diri aku.. Aku cuba bertanya kepada lembaga2 itu tetapi aku dapati yang diri aku tidak mampu untuk bersuara.. Lembaga2 itu mula menghampiri aku dan aku terjaga..

Belum cukup dengan keadaan seperti dihimpit itu, kali ini mata aku sudah boleh dibuka dan memang aku tak tipu yang masa itu aku rasa macam nak gugur jantung aku ni bila melihat ada satu lembaga yang betul2 dihadapan mata aku.. Di tambah dengan keadaannya yang tidak mempunyai muka.. Aku rasa korang sendiri pun boleh bayangkan macam mana aku rasakan..
Setelah hampir 3 minit aku 'bertentang mata' dengan lembaga itu dengan keadaan anggota badan aku tidak boleh bergerak.. Akhirnya barulah aku boleh menggerakkan kepala aku dan dengan pantas aku mengalihkan pandangan aku.. Tak sanggup aku nak memandang makhluk yang tiada muka tu.. Oleh kerana aku sudah terlalu ketakutan, maka aku terpaksa melaungkan azan walaupun hanya didalam hati.. Aku berharap sangat supaya kejadian itu cepat2 berlalu..
Aku pun mulalah melaungkan azan didalam hati sambil cuba menggerakkan mulut aku supaya aku boleh bersuara semula.. Aku selang selikan antara azan dan bacaan ayat kursi agar makhluk tu tak kacau aku lagi.. Sedar tak sedar akhirnya aku terlelap dan apabila aku bangun, waktu itu sudah pukul 6.30 pagi.. Aku bingkas bangun dan memang benar yang badan aku berpeluh2 sampaikan cadar tilam aku juga turut basah sama..
Sampai sekarang aku belum ceritakan kisah ini pada sesiapa, dan kalau korang membacanya maknanya koranglah orang pertama yang tahu cerita aku ini.. Aku masih tidak dapat nak memastikan sama ada apa yang aku alami itu hanya sekadar mimpi atau benar2 berlaku.. Pesan aku, sebelum tidur tu korang basuh la kaki dulu dan jangan lupa baca doa sebeum tidur..
9 comments:
memeber aku dulu byk kali kena hinpit lembaga hitam ni...bukan basuh kaki tapi amik wudu':)
org pertama la nie yg tau...wow~!! seram glerrr~!!!
faiz: hehe, tapi orang dulu2 cakap basuh kaki..^^
nuraynie: err, seram ke..? ini cuma cerita je..
kena himpit la ni . caranya , cuba gerakkan ibu jari kaki . sambil tu bacalah apa yang patut .
tgk gmbr je pun da seram,,,
seram wooo...
atie: owh, macam tu ye..
miz ruha: baru tengok gambar, ceritanya..?? hehe
kinoskoko: betul ke seram ni.. thanks..^^
sy pernah kena jugak..mgkin tidur x basuh kaki dan x baca doa..:)
seram hokeys!
Post a Comment