Thursday, March 31, 2011

Entry pada pukul 4.40 pagi..

Salam pagi buat para readers semua dan tak lupa juga buat para2 ibu bapa, abang akak yang sedang tidur lena diulit intan mimpi.. Ini merupakan entry yang ditaip pada pukul 4.30 pagi.. Mata aku masih lagi terkebil2 tak mau tidur.. Puas juga aku memujuk mata ini supaya tidur, tapi tak tau lah kenapa degil sangat mata ni, sama dengan tuan nya..

Aku nak minum kopi supaya aku boleh cepat tidur, tapi memandang kan sifat malas sedang menguasai jiwa dan diri ini.. Maka niat itu untuk membuat hanya tinggal niat sahaja.. Pada asalnya aku nak download movie, tapi entah kenapa aku punya lappy ada problem pulak..

Bila aku tengah download, tiba2 stuck dan memaksa aku untuk download balik semula.. Kalau saiz fail tu kecik okay lah juga, tapi saiz nya itu mengalahkan saiz bapak gajah (eh betul ke apa yang aku tulis ni..?).. Owh ye, aku ada benda yang nak tanya dekat korang semua..

Siapa dekat sini yang layan forum atau pernah join forum..?? Aku nak tanya, apa beza antara forum dan blog..?? Mana satu lagi best dan macam mana nak join forum tu..?? Uish, banyak pulak soalan aku ni.. Tapi takpelah, korang yang kena jawab (kalau korang nak jawab ye)..hehhe

Okay, cuma itu aja yang aku nak tulis.. Aku nak paksa mata aku ni pergi tidur dan kalau dia degil juga, aku kena lah buat air kopi untuk aku.. Err, korang nak juga ke minum air kopi..?? Eh, lupa pula, korang kan tengah tidur sekarang ni.. Semoga mendapat mimpi yang indah okay..^^

7 comments:

Sunah Mohammad said...

sekarang Sahabat Blogger pun da ade forum..tapi cam tak dapat sambutan sangat..depa lebih suka yang cepat dan pantas iaitu group kat FB...hurmmmm

Mamaleesya said...

awalnyaaa buat entri. Caiyok arpiz

Arpiiz said...

sunah : owh yeke, tak tau pulak SB tu ada forum..huhu

mamaleesya : ini entry sebab tak boleh tidur, sebab tu awal..T_T

NICK IRFAN said...

aku ada join forum cari gold dgn lowyat aku join pun semata-mata nak promot game aku je bila ada org dah beli aku berhenti join forum..

aLieF si Muncung ManiS said...

haha..ada patut apizz minum kopi utkcepat tido..bukankah kalau minum kopi mata makin segar??hehe..nasib baek arpizz tak buat kopi tu..kalau buat,kompem 24jam tak dpt tido..:P

Siti Hajar Masri said...

bloglah best..sambil tulis sambil dpt duit..hehe~

Arpiiz said...

nick : owh, kiranya forum jadi tempat promote la ye..

alief : air kopi buat kan aku jadi lebih mengantuk, itu yang lainnya aku ni..hehehe

siti hajar : itu betul, tapi forum tak boleh ye..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...