Tuesday, March 08, 2011

Kusangkakan panas, rupanya ribut..

Salam buat korang, tak kira la dimana sahaja korang berada sama ada didepan kaca tv atau di depan pintu tandas.. Pagi ni aku boleh la update satu entry sebab ada sedikit masa yang lapang.. Tadi masa aku tengah sibuk2 tengok tv, tiba2 aku dengar sesuatu bunyi.. Bunyi apa la pula ni..? Fikir aku sambil mencari2 dari mana datangnya bunyi tu..

Setelah puas aku cari, rupanya itu adalah bunyi handset aku yang telah berusia suku abad tu.. Sapa lah pula yang rajin sangat nak sms aku ni.. Maklumlah, aku dah lama sangat tutup fon. Sebab tu la tak ramai sangat yang nak mesej aku.. Aku bukak2 je inbox tu, tiba2 jantung aku seakan2 hampir berhenti..

Aku rasa seakan2 ada sesuatu yang telah membuatkan kebahagiaan ku hilang.. Mengapa..?? Mengapa benda ni boleh terjadi pada diri aku..?? Ya Allah, kau kuatkan lah aku, kau berikan lah aku semangat untuk aku meneruskan hidup aku ni.. Aku rasa aku tak sanggup lagi untuk membaca mesej itu sekali lagi..

Walau macam mana pun, aku tetap gagahkan badan aku ini untuk berdiri selepas terduduk akibat terkejut membaca mesej yang baru sahaja aku terima.. Aku tak mahu membuang masa lagi.. Aku mesti segera bertindak, aku takut nanti aku akan menyesal pula.. Menyesal yang tidak berkesudahan pula nanti..

Kenapa.. Kenapaaa..!!!!
Aku segera mencari buku2 nota untuk subjek programming sebab petang ni aku ada exam pula.. Aaarghh... Masa haritu aku tengok patutnya paper tu minggu depan.. Dan sepatutnya hari ni takde paper, tapi kenapa tukar hari ini pula... Kenapa.. Kenapaaa....

Bagi sesiapa yang kurang faham dengan cerita diatas, sebenarnya aku dapat mesej dari kawan aku yang katanya petang ni ada paper C++.. Patutnya hari ni aku rilek je dekat rumah sambil menghadap blog.. Tapi apa kan daya, dah jadual tu tiba2 bertukar jadi ultraman pula.. Maka terpaksa la aku menurutinya..huhu.

Dah la programming ni merupakan satu subjek yang menjadi iguana igauan pada budak2 IT ni.. Subjek yang dikatakan sangat2 mencabar minda dan fizikal diri seorang pelajar IT yang masih baru lagi, kalau senior mungkin dah pro lah.. Tapi tak mengapa, hope dengan apa yang aku telah belajar dulu akan dapat aku gunakan dalam menjawab paper petang ni..

Korang doakan aku ye supaya aku diberikan kemudahan untuk menjawap seperti mendapat pen yang boleh menulis jawapan ke, atau cermin mata jawapan ke.. Dah macam cerita doraemon pula ada alat2 tu.. Korang just doakan aku agar mendapat ilham sepanjang menjawab paper tu pun dah cukup.. Korang dah doakan ke.. Thanks korang, ni yang nak nangis terharu ni..huhuhu

9 comments:

alien said...

moga suksees
lek ~

Siti Hajar Masri said...

ingat apa bendalah..anyway gud luck..:)

Arpiiz said...

thanks..
thanks..
hehehe

fieyza.rz said...

ku sangkakan ribut, rupanya tsunami, hehe..

p/s: all d best arpiz!

NUR AYNIE said...

semoga cemerlang...
nak pinjam spek sye x?? doralin(adek doraemon) bg semlm utk jwb exam..hihih....

gudluckkkkkkkk

kay_are said...

rupe nye c++ simple2 tau gak r nak wat kot.. huu

BAKAWALI said...

g study sana....

KUREKURE COMEL said...

hehehe..c++?senang la..kihkihkih...

mina suke...nnti blajor java bru tau...perhhhh....mantop....hehehe..

Arpiiz said...

senang ye, tapi member ramai kata c++ susah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...