Thursday, March 31, 2011

Cara untuk buatkan entry korang meletup...

tapi orang nak ke entry yang meletup macam ni..??
Salam buat para readers dan semestinya buat para bloggers yang sentiasa mencari cara untuk memperbaiki entry dorang.. Hehehe, korang baca je tajuk terus korang nak klik kan.. Tapi takpe, korang jangan risau, aku tak marah korang pun..

Tapi cuma ada sikit masalah disini.. Aku pun sebenarnya nak tau juga apa cara untuk membolehkan entry kita laku ibarat burger goreng (eh, ada ke burger goreng..?).. Aku punya entry ni pun kebanyakannya merapu dan lebih bersifat personal.. Eh, bukan lah, blog aku ni lagi banyak tipu dari betulnya..huhu

Kalau menurut pendapat aku, cuma buat entry yang memang wanted masa kini je satu2nya cara.. Korang nak tau ke entry apa yang biasa orang akan cari..?? Biasanya entry tentang artis, isu negara dan bencana alam lah yang orang akan cari.. Tapi cara ni aku jarang amalkan sangat sebab ramai orang buat dah..

Tapi kalau cara lain mungkin korang boleh buat entry attack blogger lain.. Cara ni memang tidak digalakkan oleh syarak dan juga aku sebab ia boleh menjatuh kan air muka orang.. Apatah lagi kalau menjatuhkan air mata orang tu, memang korang akan hidup tak tenang punya, aku gerenti lah..

Jadi apa cara lain untuk meletupkan entry..?? Err, aku nak bagi cadangan ni, tapi macam biasa lah, bila aku nak taip terus idea tu hilang.. Haish, sabar je lah macam ni.. Nak buat entry untuk petang ni pun dah berapa banyak draft dah yang jadi.. Aku rasa aku nak kena pergi menuntut ilmu sambil betapa dekat gunung berapi lah.. Masa tu mungkin senang nak dapat idea..

P/s (Play station) : Err, korang nak ikut aku pergi betapa tak..hehehe

6 comments:

terataiflowerz said...

kdg2 pembaca ni unpredictable..kite xtau dorg suke ape...

farah wahedda said...

NAK ITUT GAK G BETAPA HAHAHA

cik ina said...

lebih baik entry tak meletup drpd buat entry kutuk bloggers lain..hehe

Arpiiz said...

teratai : ni yang nak tanya readers ni dorang suka baca apa..hehe

farah : jom2, kita pegi naik kapal selam jom..^^

cik ina : betul tu, setuju dengan cik ina

amii afandi said...

setuju betul dengan pendapat cik ina tu.

kadang-kadang ada je yang market kutuk blog-blog orang. padahal blog sendiri pun tak terurus.

ADAM said...

banyak lagi yang nak kena belajar dengan budak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...