Wednesday, February 09, 2011

Kejam gila aku ni..

Salam semua, hari ini aku memang sibuk.. Dari pagi sampai ke petang aku tak dapat nak tengok blog aku ni, kesian korang sebab tertunggu2 aku update blog kan.. Walau pun aku tau yang sebenarnye tak ada pun orang yang ambil kisah (ada ke..??) tentang blog aku yang.....(korang cakapkan lah), tapi aku tetap juga nak update blog aku ni..

Sebenarnye aku saja nak cerita tentang apa yang berlaku dekat aku siang tadi.. Semalam aku dapat berita yang pagi tadi ada exam.. Aku pun beria lah membaca buku (walau pun just tengok je buku tu), menghafal segala ayat2 cinta yang berkemungkinan akan masuk dalam paper nanti.. Pagi tadi pun aku bersiap lah dengan semangat nak menjawab exam, even exam midterm, tapi penting juga tau.. Perjalanan aku dari rumah ke kelas mengambil masa selama setengah purnama jam lamanya..

Apabila aku dah meletakkan motor di tempat yang disediakan, tiba-tiba aku jumpa kawan aku yang sama course dengan aku.. Dia cakap yang kelas batal.. Terasa betapa kecewanya hati aku bila mendengar ayat yang dilafaskan oleh kawan aku tu.. Aku tak percaya dan aku pergi tengok kelas di mana tempat exam tu patut berlangsung.. Kosong.. Hanya kerusi saja yang tersusun kemas tanpa sesiapa pun di dalamnya..

keadaan selepas aku melontarkan sebiji bom
Aku tak dapat menahan rasa marah aku kerana terasa seakan2 ditipu.. Aku pergi semula ke motor aku dan mengeluarkan bom tangan yang memang aku simpan jika ada berlaku kecemasan.. Aku mencabut pinnya dan membaling ke arah fakulti itu.. Letupan yang kuat kedengaran, aku terasa seakan2 puas bila melakukan sedemikian.. Aku juga lihat ramai pelajar dan lecturer yang sedang merintih kesakitan akibat berlaku runtuhan selepas bom itu meletup..

Disebabkan aku tidak dapat mengawal keadaan diri aku ini, maka aku telah melontarkan sebiji lagi bom tangan ke arah tempat parking kereta... Kali ini letupan yang lebih besar berlaku, kalau tak silap aku hampir 5 buah kereta yang hancur akibat letupan itu dan 3 lagi terbakar.. Keadaan menjadi huru hara, ramai pelajar yang bertempiaran lari apa bila melihat aku bertindak sedemikian rupa..

Aku ternampak ada seorang lecturer sedang menghubungi polis, dari pandangan matanya sahaja aku sudah tahu yang dia mahu aku segera ditangkap.. Dengan pantas aku berlari kearah lecturer itu dan merampas handphone beliau.. Mungkin disebabkan ketakutan, beliau telah pengsan di situ.. Aku merenung wajah lecturer itu, tiba2 aku rasa seakan2 kasihan dengan beliau tetapi aku tak boleh berbuat apa2 kerana pergerakan tubuh aku ini sudah tidak dapat aku kawal..

Kemudian aku berjalan kearah motor aku untuk pulang ke rumah, tetapi ketika aku berada di motor aku itu.. Satu das tembakan telah di lepaskan dan mengenai tangan aku, aku meraung kesakitan yang amat sangat.. Okay, cukup2 lah aku menipu ye.. Lagipun tak elok kalau menipu ni betul tak..?? Aku tau yang korang mesti dah tau yang cerita aku tu tipu kan.. Andai kata ada pula yang tak tau, ni aku bagitau ye, CERITA DIATAS ADALAH TIPU SEMATA-MATA.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk membaca..^^

7 comments:

Si DauN CeRi said...

haha.. teroris pon tau blogging.. canggihnye!

zati embong said...

oohoo repOrt pOlis!!

NUR AYNIE said...

hahahhahhaha....lontarkan lgi bom byk2 yer...=P

sarah mohamad said...

ingatkan betul2 punya .
ish ! hihi :)

♥ AyaHikari ♥ said...

saya suda tahu gaya penuisan anda.jadi,saya akan baca dr bawah terlebih dahulu.sy tidak terpedaya.kah kah kah ! :P

Arpiiz said...

alamak, dah ada orang tau gaya penulisan aku, nampaknya kne tkar cara ni..hehe

bella said...

komen..same dgn AyaHikari..hehehehe..br dr bwh...hik!
=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...