Thursday, February 24, 2011

Korang tak takut ke..??

Salam buat semua warga2 blogger dan kepada sesiapa yang sudi singgah membaca ke blog ini.. Adoi, entah macam mane la hari ni aku boleh lupe nak update blog mase tengah hari tadi, kelas cume pagi je.. Dah petang macam ni baru lah nak update..huhu. Tulah, aku dah cakap, update blog dulu baru tidur, ni tak yang ko pergi tidur dulu kenapa (suara yang tak dikenali)..??

Kita teruskan lah kepada topik pembincangan kita hari ini.. Sebenarnye aku agak ter'ask2' (tertanya2) la kepada kaum hawa ni.. Bukan setakat gadis yang bernama Hawa saja ye.. Kalau aku tengok dekat blog2 atau yang paling banyak adalah dekat Mukabuku (Facebook) tu, ramai sangat yang meletakkan gambar korang yang membuat muka comel tu secara terbuka.. Kalau setakat 1 atau 2 mungkin aku tak heran, tapi kalau ada samapai 100 tu camne..??

So di sini tercetuslah satu soalan dari minda aku dan korang kena menjawabnya dalam bentuk karangan sepanjang 4 perenggan dan kena lebih dari 360 patah tengkuk perkataan.. Tak payah lah, nanti buat susah korang saja ye tak..?? Tapi kalau korang nak buat juga aku tak paksa ye.. Apa soalannye, soalannya ialah apakah korang tak takut bila korang letak gambar2 korang macam tu dikhalayak ramai tu..??

Kan ke sekarang ni banyak yang menjadi mangsa2 penipuan dengan menggunakan gambar yang diletakkan di laman2 sosial (apahal ayat aku ni skema semacam je).. Korang tak takut ke jika gambar korang tu diguna pakai oleh pihak yang tak bertanggungjawab.. Lagi satu, korang tak takut ke jika gambar2 korang tu membuatkan korang lebih mudah menjadi sasaran mangsa2 jenayah..(mintak2 dijauhkan)

Bukan niat aku nak menakut2kan korang, cuma aku tertanya2 apakah korang tau risikonya jika letak gambar korang yang memang sah comel tu di tempat yang boleh dilihat oleh sesiapa saja.. Ini belum lagi yang meletakkan gambar2 yang boleh membuatkan mata orang terjojol keluar.. Kalau yang itu aku malas nak cerita lah..

Cuma itu sajalah apa yang aku nak tanyakan, kepada sesiapa yang nak jawab boleh je jawab dekat ruangan komen ni ye.. Kepada sesiapa yang rasa macam terasa diatas persoalan aku tu, aku memohon duit maaf la ye..^^

5 comments:

CNEN AFI (dream chaser) said...

memang dah sedar mende ni. sbb tu la kene private kan certain album.

tp msh ramai yg wat2 tak tauu..

zati embong said...

xpe,FB jat private O.o

ces,padahal jat duk tampal gak gmbar kat blog yg sah2 leh 1 dunia tgk O.o

chii said...

chii pun da x letak pic sendiri since baca artikel kat ustaz zahararuddin ttg bahayanya wanita di fb..tu baru pic yg kononya comel..
mcm mana ngan pic yg seksi.yg boleh mendtgkan ghairah lelaka..

hurm..x paham gak ngn golongan org2 mcm ni..ape motif dorang..nk kata goda lelaki..masng2 da ada steady...so ape sebab?? nk tnjuk bodi kau lawa...hurmm...

p!q4h b@guss said...

btol3.. buat muka buruk cm aku xpa!! hehe

noie said...

betui jugak ea.. kena jaga2 ni.. tq yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...