Friday, February 04, 2011

Pengumuman...

Salam semua, korang nak tau tak apa pengumuman yang bakal aku bagitau nanti.. Korang tak nak tau, tapi jangan  risau kerana aku tetap juga nak bagitau dekat korang.. Kiranye ini kes memaksa la ni..hehe

Bukan la pengumuman besar sangat seperti pengumuman perletakan jawatan Hosni Mubarak.. Just entry nak bagitau je.. Okay, apa2 pun korang baca lah artikel dekat bawah ni...

Cik Tifa Lockhart
MALAYSIA : Pengurusan blog Arpiiz itu nama ku telah membuat pengumuman akan membuat perubahan di blog beliau. Menurut sumber iaitu Cik Tifa Lockhart selaku setiausaha blog itu menyatakan bahawa blog ini akan ditutup untuk sementara waktu pada 5hb Februari 2011 sehingga ke satu tarikh yang akan di tetap kan kelak. Penutupan sementara ini adalah untuk memberi laluan kepada proses menaik taraf agar dapat berjalan dengan lancar.

Proses menaik taraf ini melibatkan pengubahsuaian secara total kecuali entry kerana pihak CEO pengurusan blog tersebut tidak membenarkan entry-entry terdahulu di ubah suai.. Projek ini juga melibatkan ramai arkitek-arkitek terkenal yang telah diimport untuk menjadikan blog ini lebih mesra pengguna. Anggaran kos untuk menaik taraf ini pula ialah RM5.3 trillion, ia juga antara projek menaik taraf blog yang paling tinggi pernah ada di alam semesta ini.

Menurut sumber lagi, proses ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana pihak pengurusan itu sendiri tidak sabar untuk melihat apakah reaksi orang ramai terhadap blog beliau. Orang ramai diminta bersabar untuk menyaksikan perubahan yang bakal berlaku terhadap blog ini.

Entry kali ni penuh dengan kebajetan betul tak.. Agak2 korang aku ni boleh ke jadi wartawan lepas korang baca artikel tadi..??

4 comments:

NUR AYNIE said...

wartawan??
blh kot...hahaha...pembace berita pun blh hahaha...
dasat oooo nak ubh suai blog pun perlukan bajet yg tinggi menggunung...hihhihi

Arpiiz said...

haha, atas permintaan CEO blog ni lah, dia kata dia banyak duit..^^

Si DauN CeRi said...

wah2.. bole pg jauh.. hehe

cik wanie LovelA said...

dia nak tutup blog untk naik taraf boleh demam ni hehe kalu xwalking2 kad blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...