Ada 2 orang beradik, mereka tinggal di rumah yang sama.. Si abang ni seorang yang tenang dan sabar, manakala si adik ini seorang yang panas baran.. Si adik ni juga suka sangat meminjam duit dari abangnya, dari puluh ringgit sehinggakan ke ribuan ringgit.. Walau pun si adik ini tak pernah membayar duit yang di pinjam itu, tetapi si abang ini tetap juga memberi pinjam kepada adiknya itu..

Pada petang itu si adik datang berjumpa dengan abangnya untuk meminjam duit lagi, kali ini dia meminta sebanyak RM2000.. Abangnya tidak mahu memberikan, tetapi cuba menasihati adiknya supaya bersikap cermat dalam hal kewangan.. Ketika si abang sedang memberikan nasihat tiba2 si adik mula mengeluarkan kata2 kesat kepada abangnya.. Si abang mulanya bersikap tenang, tetapi setelah pelbagai kata2 kesat serta caci maki dilontarkan oleh adiknya, si abang tadi mula hilang sabar...
Satu tumbukan dilepaskan oleh si abang dan mengenai perut si adik supaya adiknya berhenti bercakap kasar.. Si adik mula berasa sakit dan si abang mula berasa panik.. Dia segera meminta maaf kepada adiknya itu.. Si adik tadi mula tidak menyedarkan diri lagi, lantas si abang membawa adiknya ke hospital.. Apabila tiba di hospital, si adik itu sudah di dapati tidak bernyawa lagi...
Persoalan di sini ialah, adakah si abang itu bersalah dalam hal sedemikian..?? Apakah salah jika abangnya itu mahu memberi sedikit pengajaran kepada adiknya itu..?? Pengajaran yang dapat aku berikan ialah cuba mengawal kemarahan, kerana apabila marah syaitan amat mudah menghasut kita..
1 comment:
gara2 marah....kesabaran tercabar...huhhu~~~BYK2 LA BERSABAR...
Post a Comment