Sunday, February 06, 2011

Kisah sebatang pokok epal..

Salam semua, hari ini nak aku nak buat entry yang berilmiah sedikit.. Aku buat sedikit la dulu, nanti kalau buat banyak2 takut ada yang salah pulak.. Sebelum tu aku nak tanya korang, apakah yang dimaksudkan dengan bahan2 ilmiah..?? Kalau di ikutkan pemahaman aku ni,  ia bermaksud bahan yang dapat memberikan kita ilmu.. Tapi aku tak tau la pendapat korang pula apa..

Okay, kembali ke tujuan entry kali ini.. Cerita ini aku ambil dari sini >> ILoveIslam/Karya/Cerpen.. Ceritanya bermula begini..

sedapnya buah epal..^^
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu.......

Aku nak korang pergilah baca sambungannya, aku dah baca dan dapat faham pengajarannya, so aku pun nak korang rasa apa yang aku rasa ni... Aku just nak share apa yang aku baca sebab cerita ni buat aku terfikir sebentar.. Lepas korang baca cerita tu korang ada terasa tak..??

3 comments:

cik Dil said...

kerana manisnya epal..ada kaitan x??hehehe..
awk, mane smbgngnnya?

Arpiiz said...

haha, kalau yang itu aku tak tau la..^^
sambungannya kena tekan dekat link warna hijau tu..^^

nur aisya humaira said...

woww,1st time tgk gambr pokok epal....:)
comeynye!!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...