Saturday, February 05, 2011

Hatiku hancur..

Salam kepada semua blogger yang ada dekat luar sana... Mesti korang tertanya2 apakah yang menyebabkan hati aku ni hancur.. Walaupun tidak lah hancur sehingga menyebabkan aku cedera parah atau membawa aku kearah kematian.. Tetapi kehancuran hati aku ni hampir2 membuatkan blog aku ni cedera parah..

Korang tak faham apa yang aku maksud kan..?? Takpe2, korang teruskan lah membaca, korang bacalah dengan penuh tenang dan korang buangkan lah segala masalah yang sedang korang fikirkan.. Eh2, dah macam ahli psikologi pulak aku ni.. Kembali kepada cerita aku tadi, mengapa hati aku hancur..??Adakah aku telah dikecewakan oleh seorang gadis..??

kalaulah aku tau macam ni jadinya..- ehsan google
Sekiranya korang berfikiran sedemikian, memang pandailah korang.. Korang memang mempunyai sixth sense (bukan penyanyi tu..) atau lebih dikenali sebagai deria ke enam puluh.. Si dia telah mengecewakan aku, sanggup dia melakukan perkara sebegini rupa.. Tak pernah ke dia memikirkan perasaan aku yang selama ini setia menuggu dia walau ke mana dia berada, mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.. Atau mungkin aku yang tidak sedar dengan tanda2 yang telah dia tunjukkan di hadapan aku..

Aku tahu yang sikap ego aku agak tinggi, itu aku sendiri akuinya.. Tapi walau macam mana pun, dia sebagai teman istimewa aku haruslah menegur aku supaya aku dapat perbaiki diri aku menjadi seperti orang yang dia impikan.. Aku juga tahu yang aku kadang kala bersikap dingin terhadap diri dia, tapi itu semua adalah disebabkan tekanan yang aku terpaksa hadapi setiap hari..

Bukannya aku sengaja mahu melukakan hati dia yang lembut itu.. Malah disebabkan hati dia itulah aku terpikat dengan nya.. Semua sifat baik seperti lemah lembut, budi bahasa yang baik dan cara dia menjaga batas2 pergaulan dia juga membuatkan hati aku ni terpesona dengannya.. Semua takkan berlaku jika kita tidak pergi ke taman permainan itu.. Ya, taman permainan itulah tempat yang menjadi saksi untuk hari yang bersejarah ini..

Ketika kita mula merancang untuk bersua setelah sekian lama tidak bertemu, aku sudah melonjak keriangan.. Dari awal pagi lagi aku sudah memikirkan apa yang perlu aku lakukan, Aku tak mahu dia memandang aku seperti mana dia biasa melihat aku dahulu, aku mahu dia lihat akan perubahan terhadap diri aku.. Pada jam 5 petang, aku duduk di bangku yang ada di taman itu sambil menunggu diri dia dengan penuh sabar.. Aku nampak dia dan kawan baiknya berada di kedai aiskrim, memang aku tau jika dia mahu keluar, kawan baiknya itulah peneman dia..

Tetapi malangnya, ketika dia mahu berjalan kearah tempat aku duduk.. Tiba2 ada seekor rasaksa dari planet Marikh datang.. Dia mencabar aku supaya berlawan game Counter Strike dengan aku, aku memang pantang di cabar lagi2 kalau main game.. Lalu aku mengajak dia pergi ke cyber cafe berdekatan untuk lawan game..

Hahahaha, sebenarnya tak ada apa yang terjadi dekat aku pun.. Tiada apa2 pun cerita dalam ini yang benar kecuali part yang korang ni pandai, semuanya adalah permainan imaginasi aku je.. Kalau korang nak marah, korang marah la dekat rasaksa dari planet Marikh tu ye..^^

10 comments:

A.D.A.M. said...

Apekah. Baru nk feeling sket. ish3

FariehanIbrahim [LBC] said...

LOL! besh gak berimaginasi. haha! xD

Addam Juhari said...

conclusion:raksasa tu lebih penting drpd si dia di kdai eskem..

aku x pham sbnarnyer..ni real ke ko brangan?

ps:no offense,ko memg sgaja eja raksasa salah ke?

Arpiiz said...

Fariehan: kalau macam tu jom kita berimaginasi bersama..hehe

Addam: cerita ini hanya imaginasi aku sahaja, tak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang dah takde..

hehe, sebenarnye aku confius nak eja raksasa dengan rasaksa..~_~

KUREKURE COMEL said...

sengal ehhh...hehehe

Along Usop said...

har harharharharhar..
tahan jele.. =p

titan said...

hoho..rileklah..leh cari lain maa..

SHaFiQ ZaiNaL said...

aku suka.... hehehe

klau rajin baca r ni pulak...hehe

http://uniqdarkside.blogspot.com/2011/03/makhluk-asing.html

ADAM said...

awas bila menulis..
jgn salah guna photo peribadi.
cik dalam gambar tu tau ke hang pakai gambar dia dengan izin ..

ehsan google... tak sesuai frasa tu .

Akeyla Frr . said...

aTOTO , sweet jekk first first -.-
But . Hmph :P Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...