Tuesday, February 08, 2011

Kau dan si dia..

Kalau dulu, kau lah yang sentiasa aku pandang..
Dulu, nama kau jugalah yang aku sentiasa sebut di kalangan rakan-rakan ku..
janganlah kau menangis
Aku ingat lagi pada waktu dulu, hanya kau lah yang menjadi pendamping aku lagi-lagi bila aku punyai masa lapang..
Apakah kau masih ingat ketika kita bersama bermain..
Pada masa dulu, bagi aku kau lah yang berjaya memenuhi segala keperluan aku..
Tapi kini, aku sudah punya teman yang baru..
Aku buat juga perkara yang sama ketika aku bersama dengan kau waktu dulu..
Aku sentiasa bersama dia di kebanyakan masa ku kini..
Dan dirimu pula sudah jarang aku lihat..
Aku minta maaf sangat-sangat..
Bukan aku sengaja, tetapi si dia kini lebih aku perlukan dari dirimu..
Si dia telah berjaya menunjukkan siapa diri ku yang sebenar..
Bukan seperti kau, yang suka melalaikan aku..
Tapi aku tidak marah dan tidak akan pernah memarahi kau kerana itu adalah kesilapan aku juga..
Kalau lah aku dengar nasihat ibu aku supaya tidak berkawan dengan kau mungkin kau tidak akan terluka sekarang..
Dan aku mungkin juga tidak akan dapat melukai dirimu..
Janganlah kau salahkan si dia kerana si dia tidak bersalah dalam hal ini..
Aku sendiri yang menginginkan dia dan membuat keputusan agar meninggalkan dirimu..
Aku mahu kau terima semua ini dengan tabah..
Janganlah kau lagi ingat kenangan kita ketika bersama di waktu dulu..
Oleh kerana aku tidak mahu kau berasa kecewa lagi..
Lupakanlah diriku...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Selamat tinggal wahai PLAYSTATION ku..
Kini aku nak bersama dengan BLOG kesayangan aku pula..^^
selamat tinggal playstation ku..
kini blog pula dengan aku..

4 comments:

NUR AYNIE said...

laaaaa...~playstation..hihiih

allia farhana said...

cis.ingatkan ape lah tadi..hihi..

zazaw said...

mcm ckp dgn makweeee

fyna said...

huh!!~besh btol...bace sampai akhir br taw sape yg dimaksudkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...