Monday, February 07, 2011

Entry seram

Salam kepada blogger dan juga yang bukan or belum bergelar blogger.. Malam ni nak buat entry seram, jemput2 lah menyeramkan diri anda ketika membaca entry ni ye..hehe. Entry ni panjang tau, lebih baik korang bawak popcorn kalau naak baca...

AMARAN KEPADA PENGHIDAP LEMAH LEMBUT JANTUNG, HATI, KAKI DAN PELBAGAI LAGI ORGAN DALAMAN KORANG, ANDA DIMINTA UNTUK MENUTUP LAMPU SUPAYA DAPAT MENAMBAHKAN SUASANA SERAM YANG SEDIA ADA...

Dollah, itu lah nama yang diberikan kepada seorang pemuda oleh ibu beliau Mrs. makcik Zaitun.. Pemuda yang berumur dalam lingkungan 25 tahun itu merupakan seorang pemuda yang sangat berani di dalam kampung beliau iaitu Kg. Kerang.. Ditambah lagi dengan perisa sifatnya yang baik dan sentiasa menghormati orang tua menjadikan beliau merupakan pemuda contoh di dalam kampung tersebut.. Sehingga kan jika ada lelaki mahu meminang seorang gadis di dalam kampung itu, syarat utama mestilah lelaki itu mengenali Dollah, begitulah betapa sukanya penduduk kampung dengan Dollah..

adakah bunyi itu dari makhluk ini..
Pada suatu malam yang hening, ketika bulan sedang mengambang penuh.. Dua orang warga perak emas baru pulang dari masjid, ketika itu mereka sedang berborak-borak tentang bola sepak piala dunia tahun akan datang.. Mereka melalui jalan shortcut (maklumlah, orang tua mana larat jalan jauh2), dan jalan itu membuatkan mereka terpaksa melewati tanah perkuburan orang islam.. Pada mulanya mereka tidak berasa apa-apa, tapi apabila tiba-tiba mereka terdengar bunyi salakan anjing yang mendayu-dayu telah membuatkan semangat keberanian mereka luntur.. Setelah keadaan sunyi sebentar, mereka pun mula mempercepatkan langkah mereka sebab mereka fikir kalau tiba-tiba jumpa hantu dan dorang pun menghembuskan nafas terakhir disitu, siapa pula yang akan jumpa mereka.. betul tak..??

Mereka semakin pantas berjalan dan secara tiba-tiba mereka terdengar seakan-akan bunyi mendengus yang kuat.. Disebabkan terlalu takut, mereka berdua telah berlari pecut sehinggakan Usain Bolt pun kalah dan mereka juga tidak sedar yang kain mereka terlucut lantas menampakkan ******... Keesokkanya hebohlah orang kampung tentang cerita dua warga emas tadi berjumpa hantu (walaupun dorang tak jumpa).. Dari rumah ke rumah, kedai ke kedai sehinggakan ke Tesco pun mereka sibuk bercerita tentang cerita panas bak pisang goreng tu.. Walaupun cerita itu sudah 3 hari berlalu, tapi ia masih lagi menjadi cerita hot dalam kampung itu.. Dollah malas nak melayan cerita-cerita sebegini, kerana pada pendapat beliau yang mungkin warga emas itu terlalu ketakutan sebab berjalan di tengah malam..

akibat dari seorang penduduk yang ketakutan sangat.
Ketika Dollah sedang menanam pisang di belakang rumahnya, tiba-tiba mak nya panggil dan menyuruh Dollah agar pergi menangkap hantu yang sedang heboh diperkatakan itu.. Dollah terkejut kerana dia tidak sangka yang mak nya boleh terpengaruh dengan cerita tersebut.. Makcik Zaitun pun menerangkan kepada Dollah bahawa dia sebagai CEO dalam persatuan Wanita dan Kanak-Kanak Kg. Kerang tidak mahu hantu itu mengganggu keharmonian kampung nya.. Yang sebenarnya makcik Zaitun ni dah ambil bayaran dekat penduduk kampung sebab dia kata yang dia nak tangkap hantu itu.. Dollah yang memang berani itu pergilah ke kawasan kejadian dan dia pun ternampak lah kain yang di tinggalkan oleh warga emas malam itu.. Setelah meneliti tempat itu, dia bertekad yang dia akan datang lagi pada waktu malam untuk menangkap hantu tersebut..

Malam menjelma lagi, kali ini Dollah sudah bersedia untuk menangkap hantu yang sedang heboh diperkatakan itu.. Dalam hati Dollah sebenarnya jealous dengan populariti hantu yang tiba-tiba meningkat sehinggakan beliau pun dah tak famous lagi.. Dollah menanti dengan penuh sabar, dan pada jam 12 tengah malam, sekumpulan pemuda kampung yang memang sudah tidak sabar mahu bertemu dengan hantu itu berjalan dikawasan yang menjadi tempat paling ditakuti oleh orang kampung kini.. Kumpulam pemuda itu berjalan dengan penuh berhati-hati kerana mereka tidak mahu hantu itu telepas dari mereka.. Tiba-tiba bunyi berdengus itu kembali lagi, pada mulanya mereka mahu lari tetapi apabila di tegah oleh ketua mereka, mereka pun mula mencari dari mana bunyi itu terhasil..

Sedang mereka dalam berani-berani takut itu, entah macam mana bunyi dengusan itu semakin kuat dan membuat kan 3 dari 7 orang dalam kumpulan itu lari (penakut juga dorang ni ye..). Kini tinggallah 4 orang berserta ketua mereka mencari arah bunyi itu datang.. Akhirnya semua soalan sudah terjawab, mereka berempat pun berjaya menangkap hantu tersebut dengan cara yang begitu mudah sekali.. Keesokkan harinya cerita hantu telah berjaya ditangkap heboh diuar-uarkan, sampai ada yang update dalam facebook lagi.. Sementara makcik Zaitun dan Dollah telah melarikan diri dari kampung kerena malu.. Kenapa mereka malu pula..?? Sebabnya, pada malam kejadian, 4 orang pemuda itu telah menjumpai Dollah sedang tidur sambil berdengkur, dan bunyi dengkuran itulah yang telah menakutkan penduduk kampung.. Kisah orang tua itu juga sebenarnya adalah dari bunyi dengkuran Dollah yang mengigau sehinggakan dia tidur dekat dengan kawasan perkuburan itu..
menurut salah seorang pemuda, beginilah keadaan Dollah ketika ditemui..

Manakala makcik Zaitun pula telah melarikan diri kerana duit yang orang kampung bagi dekat dia hari itu telah dia habiskan dan dia tidak mampu untuk membayarnya.. Sejak kejadian, Dollah dan makcik Zaitun sudah dilupakan oleh orang kampung.. Kini 4 orang pemuda tadi pula yang menjadi pemuda contoh dalam kampung itu.. Tamat

Kesimpulan yang aku nak simpulakan ini ialah..
*Orang2 muda temankanlah warga emas yang selalu balik lambat dari masjid tu..
*Jangan nak menipu macam makcik Zaitun tu..
*Sebelum tidur basuh kaki dulu supaya tak mengingau macam Dollah tu..
*Kalau anda lari dalam ketakutan, pastikan kain/seluar korang tak terlucut masa lari tu ye..

So, kalau korang nak komen apa2, just tuliskan je dekat ruangan bawah ni.. Aku tau yang cerita ni tak seram pun dan entah apa2 kan ceritanya, so korang layan jelah apa yang aku tuliskan ni ye.. SEGALA WATAK ADALAH REKAAN SEMATA-MATA..

4 comments:

fyna said...

huhuhuhu....besh betol ending tue.....
;p

Miss Bluepinkiey said...

style lah...hahahah

KUREKURE COMEL said...

hahaha...ingt kan anjing ke mndengus...sekali dollah...hahaha..
sengal cite ni....

Arpiiz said...

thanks la kepada yang sudi komen tu.. nak nangis terharu ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...