Thursday, May 12, 2011

Kalau korang ditempat aku, korang takut tak..??

Hah, macam biasalah kalau dah malam jumaat ni aku suka sangat nak post entry2 yang seram.. Tak tau lah kalau2 korang rasa tak seram pulak kan, tapi bagi aku memang agak seram jugalah.. Kalau sebelum2 ni aku just cerita kan dari cerita2 yang aku dengar kan, tapi kali ni aku sendiri yang mengalaminya..

Walaupun bukanlah mengalami secara berdepan, tapi apa yang aku alami ni memang membuatkan aku agak kecut perut jugalah.. Ceritanya bergini, meh sini duduk dekat2 dengan laptop korang tu, lepas tu baca slow2 ye.. Kenapa aku suruh buat macam tu..?? Supaya korang senang dapat feel seram..hehe

Pada suatu tengah malam yang memang sunyi, aku tengah menghadap lappy aku ni sambil menjalankan kegiatan yang boleh dikira kan sebagai bermoral jugalah.. Laa, nak tau apa kegiatan aku tengah2 malam tu, okayla aku bagitau lah..

Macam biasa lah, aku akan melakukan blogwalk sampai mata aku mula berat.. Tiba2 masa aku tengah baca blog sapa entah, aku terdengar satu bunyi yang sepatutnya tidak didengari masa tengah2 malam gini.. Hah, korang dah takut ke belum ni..??

Cuba korang bayangkan ye, tiba2 masa tengah2 malam tu korang terdengar bunyi loceng orang jual aiskrim.. Bukan bunyi loceng basikal tau, ada beza dekat situ.. Masa time tu aku memang dah mula cuak, nak tengok celah2 tingkap rasa macam tak mampu pulak..

So, aku mengambil keputusan yang aku rasa memang patut aku buat time tu.. Iaitu tutup lappy aku dan cuba melelapkan mata ni.. Aku malas lah nak ceritakan dekat family aku, so aku just cerita dekat dalam blog ni.. Kalau korang berada pada keadaan tu, korang buat tak macam apa yang aku buat tu..??

P/s : Tak dapat nak post entry untuk petang tadi sebab tak boleh login blogspot..huhu

3 comments:

Unknown said...

memang gile ahhhh . bunyi loceng tetengah malam . Tia lak bunyi cakar2 . perhhh . Tia terus kejutkan adik Tia sebab masa tu memang dah on time dia suruh kejut ..

farah wahedda said...

perrhhhh gile kot..kalau farah dekat hostel ni selalu denga orng tarik kerusi hurmm

inche hlovate said...

laa nape tak tahan org jual askem tu?? kalo tak boleh dapt makn askem free hihi..kalo sya tak payh tutup lptop da terus je tidur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...