Arghh..!! kenapa lah petang2 ni ada orang yang nak mengganggu kententeraman dan keharmonian hidup aku ni.. Tak boleh lah nak biarkan aku mendapatkan tidur petang yang lena.. Eh2, kenapa dengan aku ni, pagi tadi dah merungut, ni petang pulak nak merungut lagi.. Apa cerita ni..??
Okay sebenarnya aku tengah tension dengan makhluk allah yang macam ni.. Yang macam mana..??Yang jenis tak reti guna telefon.. Aku tau yang korang sebenarnya nak tau ceritanya dari awal kan.. Yelah aku ceritakan satu hikayat ni..
Tadi masa aku sedang lena tidur dengan bermimpi kan yang aku telah berjaya menjadi seorang jutawan, bukan setakat jutawan, malah lebih lagi.. Tiba2 telefon berbunyi (baca macam lagu wonderpet tu), maksud aku telefon rumah aku berbunyilah..
Aku pun angkat lah nak menjawab panggilan tu.. Tapi malangnya tiada suara, mungkin panggilan terputus.. Okay, takpelah sebab aku fikirkan macam tu.. Lepas tu berbunyi lagi sekali telefon aku tu and aku angkat lagi sekali.. Pun still panggilan terputus..
Kemudian aku tunggu disisi telefon tu kalau2 berbunyi lagi.. Memang betul apa yang aku jangkakan, telefon tu berbunyi dan dengan sepantas kilat dan cahaya, maka aku mengangkat untuk menjawab panggilan itu lagi sekali.. Yeah, memang aku dah mula rasa macam nak maki hamun orang yang buat macam tu..
Kenapa..?? Sebab aku angkat dengan kepantasan sebegitu pun, still panggilan terputus.. Memang sah lah itu tandanya orang nak main2.. Aku amik keputusan untuk cabut je wayar telefon tu, baru puas hati.. Lantaklah lepas ni kalau2 sapa nak telefon tak dapat..
Kalau dia buat macam tu dekat handphone memang aku call and sumpah2 je orang tu.. Tapi hakikatnya aku takkan buat macam tu pun sebab buang kredit je nak call balik.. Jadi nasihat aku kepada mereka2 yang batak dengan telefon ni..
Tak payah lah nak buat benda2 yang macam ni, menyusahkan orang je tau.. Kalau korang buat macam tu, manalah tau orang tu boleh trace balik.. Memang panas lah telinga mendengar cacian orang tu.. Kalau tak pun, nanti orang lain yang akan buat benda yang sama dekat korang..
3 comments:
Hahaha , sabar broo . Sabarrr :D Hihi . Pergi lah tidur balik ;)
sabor loh..biaselah memang xad line kot tmpt dia..tu yg asik terputus tu..kuikui btw, smbunglh blik wayar talefon itu
alaa orang tu mali kot dnga suara arpizz hahaha
Post a Comment