Huih, kali ni bunyi misteri dalam tandas pulak.. Kalau sebelum2 ni aku ada cerita bunyi misteri masa exam, masa tengah malam.. Banyak lagilah entry tentang bunyi misteri dalam blog aku ni, kalau korang nak baca korang boleh lah pergi search atau cari dekat post2 aku yang lepas..
Tapi untuk cerita ni adalah cerita dari kawan aku, aku jumpa dia petang tadi sebab lama tak jumpa.. So, demi tidak membuang masa, aku terus ceritakan lah dekat korang.. Ceritanya macam ni, eh sebelum tu korang buat2 lah seram, nanti baru feel..hehehe
Masa tu dia dah lambat pergi ke kelas, kelas pulak masa pukul 8.00 malam.. So dia pun mengambil keputusan untuk membawa kereta myvinya itu.. Apabila sampai sahaja di perkarangan fakulti dia tu, maka dia pun dengan tergesa2nya berjalan menghala ke arah kelas yang sememangnya telah bermula..
Tapi entah kenapa tiba2 perut dia terasa sakit pulak, rasa macam memulas2.. Jadi dia pun berlari lah kearah tandas dulu sebelum masuk ke kelas.. Jadi masa dalam tandas tu, korang tau lah apa yang dia buatkan, takkan lah itu pun aku nak cerita juga..
Tiba2 lampu tandas tu berkelip2, jadi kawan aku ni dah mula cuak lah kan.. Entah macam mana tiba2 dia terdengar pulak macam ada suara perempuan dalam tandas sebelah.. Pelik lah dia, macam mana boleh ada suara perempuan dalam tandaas lelaki..
Kata dia yang masa tu dia fikir ada orang buat projek lah tu.. Jadi dia pun cepat2 lah keluar dari tandas dan sebelum dia keluar tandas tu, sempat lah juga dia berdehem sambil mengetuk pintu tandas sebelah tu.. Sambungnya lagi, tiba2 je dia rasa macam nak tengok betul ke ada orang buat projek..
Jadi dia berdiri tidak jauh dari luar tandas sambil menunggu dengan penuh sabar.. Tiba2 korang nak tau tak apa yang dia nampak, dia kata yang dia nampak...
Dia nampak...
P/s : Entry ni memang sengaja aku buat cerita tergantung sebab aku memang suka..hehehe
8 comments:
lempang gak . haha ><
aish saspen nie huhu tgu bile la nak habis cter nei hehehhe
haha..cehhhh..meresappp je bance sampai habis..haha
aish, bt suspen jeah ko nie..aduyai...
Dia nmpk aper? alaaaaaa,haha.
saspen lorh
suspen je ! nak sambungannye !
ending mantap, buat org berfikir...asyik nak kena suap je kan
nice blog :)
Post a Comment