Laa, ni apahal pulak dengan ko ni arpiiz oii.. Ko mengalah sebab apa ni, takkan sebab berebutkan sebijik guli dengan budak 5 tahun kot, atau sebab ko kalah lumba lari dengan seekor kucing.. Kalau setakat itu je lebih baik ko buat entry lain jelah...
Err, sebenarnya macam ni ceritanya.. Aik, awal2 perenggan lagi dah terus nak ceritakan benda yang sebenarnya ni.. Rasanya ini bukan diri aku yang menulis ni, mungkin untuk entry ni, sebahagian diri aku yang lain menaip di entry ini..
Alahai, apa benda yang aku mengarutkan ni..?? Ni yang malas nak menaip ni, sebab asal taip je, maka akan bertebaran lah idea2 merepek ni diruang kepala otak aku ni.. Hope korang layankan jelah segala benda2 repekan yang aku tulis dalam semua entry aku ye..
Okay2, macam ni ceritanya, semalam aku ada cakap yang internet dekat rumah aku tu tak boleh digunakan.. Dan sekarang ni problem tu dah okay dah.. Rupanya bukan orang curi kabel, tapi ada penaik tarafan dekat kawasan rumah aku tu.. Tapi kali ni masalah lain pulak yang datang dekat aku sekarang..
Masalahnya ialah lappy aku pulak tak boleh detect internet.. Bila aku connect je, dia tulis “Limited access”, komputer utama dalam rumah aku ni okay je pulak.. Adoi, pening aku memikirkan cara2 yang sepatutnya boleh menyelesaikan masalah ini..
Biasanya aku kalau masalah2 macam ni, boleh je aku selesaikan sendiri.. Tapi untuk yang ini aku terpaksa mengaku kalah.. Aku terpaksa akui yang ilmu aku tentang bab2 komputer ini masih cetek lagi, mungkin tak lebih paras ibu jari kaki je kot..huhu
Jadi sebagai alternatif lain, aku kena lah bertapa di gunung Kinabalu selama 7 tahun.. Okay itu memang sah lah nak menipu kan, nampaknya esok aku kenalah pergi ke kedai komputer supaya masalah ini dapat diselesaikan..
P/s : Aku nak guna komputer rumah ni pun kena tunggu giliran tau..huhu
6 comments:
laa , awat kena tunggu giliran ? ramai yang guna ka ?
relax sat..kang esok dh okay boleh blogwalking and update puas3x..haha
hahaha. modem terbakar?
eh bukan, salah setting kot bhai. huhu. semoga kedai komputer tutup esok. hahaha.
gurau je. :)
masalah lappy la pulak...ni sebab komputer kat rumah tu limitkan IP address rasanya..berapa user je boleh pakai.. tapi tak tau lah, tanya je tauke kat kedai esok ye..
sy punya wifi kat tmpat sy blajar slalu x dpt detect internet. urgghh geram kdg2..
Post a Comment