Sebenarnya kejadian tanah runtuh tu memang ada kaitan dengan diri aku.. Tapi aku bukan sengaja, ia cuma kebetulan je.. Okay, meh sini aku ceritakan yang sebenarnya, hope dengan apa yang aku ceritakan ni akan mengurangkan rasa bersalah aku ni..huhuhu
Ketika waktu kejadian itu, aku tengah berjalan2 disekitar sambil menghayati alam yang terbentang luas ini.. Tiba2 aku tersepak seketul batu entah kenapa aku rasa macam nak sepak je.. Selepas sahaja aku sepak batu itu, tiba2 berlaku tanah runtuh..
Time tu aku memang dah cuak gila dah, bukan setakat cuak gila tapi dah lebih lagi.. Masa tu aku sempat jugalah tengok macam mana tanah tu runtuh sehingga menyebabkan rumah2 dibawahnya ditimbus.. Tanpa memikirkan apa2, maka aku mengambil keputusan untuk melarikan diri..
Semalam aku singgah melihat tempat kejadian tanah runtuh itu, dan nampaknya kesan2 rumah yang hancur memang masih ada lagi.. Aku kesian melihat apa yang berlaku, jadi aku mengambil keputusan untuk menceritakan benda ni dalam blog ni..
gambar dari blog cikgu dahlia |
Err, sebelum tu aku nak bagitau dekat sini.. Rumah2 yang hancur itu adalah rumah semut tau, atau orang panggil sebagai sarang semut.. Tanah runtuh yang aku maksud kan pulak ialah timbunan tanah merah yang berada di tepi jalan tu..hehe
P/s : Entah kenapa entry ni aku rasa macam tak best pulak, mungkin sebab sakit kepala kot..huhu
5 comments:
dah blh agk dh.. kalau baca entry apiz nih mmg kena hati2.. huhu
MAKAN PANADOL :)
lol . hahaa ..
so u ade kat sana lah mase kejadian..?
tepon polis , sbb nak amik u puye statment
Kena careful kalo bca ne..^_^
Post a Comment