Tuesday, May 10, 2011

Macam mana nak jadi seorang spammer..??

Salam buat korang semua especially untuk readers blog dan readers entry ini.. Pagi ini walau pun jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih, ada something yang aku nak bincangkan dengan korang semua.. Ini berkaitan dengan dunia blog je, bagi yang takde blog, boleh pergi buat blog..hehehe

Macam apa yang korang baca dekat tajuk atas tu, "Macam mana nak jadi seorang spongebob..??" Eh, apahal pelik tajuk aku tu..?? Owh, spammer rupanya, macam mana boleh silap taip ni..?? Ye, itulah benda yang aku nak bincang kan ni..

Apa itu spammer..?? Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, spammer ialah..... Err, aku tak cari lagi maksud tu melalui kamus..hehe. Tapi aku memang malas nak cari pun.. Kalau aku cari nanti tak dapat lah aku nak tanya dekat korang..

Aku sebenarnya tak tau maksud spammer dalam bahasa tamil mudah, so boleh tak korang jelas kan kepada aku serba sedikit, tapi kalau banyak pun okay juga.. Tapi harus diingatkan, jangan ada sesiapa pun yang bagitau aku apa maksud span, sebab kalau itu aku dah tau lama dah..^^

Kalau ada sesiapa yang pernah buat entry tentang spammer ni, korang boleh lah postkan dekat alamat rumah aku.. Eh, apahal pulak aku ni nak menyusahkan korang pulak kan.. Korang bagi je link entry korang tu dekat tempat komen aku ni, nanti bolehlah aku and blogger2 lain singgah..

Last benda aku nak tanya.. Adakah spammer ni menyusahkan korang dan adakah menjadi spammer ni menguntungkan korang..?? Paham tak soalan aku tu..?? Kalau tak paham, korang boleh ulang balik ayat aku tadi sehingga korang lebam paham..

Mesti korang tertanya2 kenapa aku suka buat entry pertanyaan macam ni.. Kalau nak tau, nantikan entry yang aku akan buat demi menjawab persoalan korang tu..hehe. Eh, aku baru perasan yang tajuk tu macam takde kene mengena dengan entry ni, korang tak kisah kan..^^

6 comments:

KUREKURE COMEL said...

owhhh...kdg2 spammer ni jahat..suka bwk virus..benci..

sarah mohamad said...

spam ni mudah kata menyusahkan orang jelah. hiks

Ayu Rashidi said...

ish3..baru nk blajar spam skali die pn xtawu.:)

Ini Kisah Tia said...

kalau spam dalam emel , memang bahaya . dalam emel selalu bagi dokumen yang mesti didownload . jangan sampai tertipu . ada yang dah kena virus sebab spam tuh ..

mykhalis said...

sampai sekarang definasi spammer tak jelas

Siti Hajar Masri said...

x suka spammer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...