Monday, May 23, 2011

Malam ni aku terpaksa...

Aku nak mintak maaf lah dekat korang semua ye, terutama korang yang tengah baca entry ni.. Eh, kenapa aku tiba2 mintak maaf ni, apakah aku sudah mula insaf tidak mahu mengenakan para pembaca blog aku ni lagi..?? Kalau ada lah yang berfikiran begitu, korang lah pulak yang kena mintak maaf..

Kenapa pulak..?? Sebabnya apa yang korang fikirkan tu memang salah, aku cuma akan berehat sebentar bersama kitkat dari membuat entry yang macam tu untuk malam ni je.. Aku sendiri tak tau kenapa dengan aku malam ni.. Aku rasa yang malam ni aku kena berehat lah deri menghadap blog..

Jari and pergelangan tangan aku ni tiba2 sakit pulak.. Nak menaip entry ni pun rasa pedih sangat sampai mengalir air mata aku.. Okay, itu tipulah kan sebab aku cuma rasa sakit je bila jari aku ni menekan papan kekunci lappy ini..

So, malam ini aku hanya akan menutup lappy aku ni lebih awal dari biasa.. Kalau mengikut dari perkiraan aku ni, masa korang baca entry aku ni, aku telah pun menutup mata sambil berbaring diatas sofa.. Kalau ada yang nak tau, aku sebenarnya tak tidur dalam bilik..

Bilik aku tu adik aku pulak yang conquer, mentang2 lah masa tahun lepas aku kena duduk hostel.. Bila aku balik je dekat rumah, aku tengok katil tinggal satu je.. So, aku mengambil keputusan untuk tidur diruang tamu, boleh bangun awal dari orang lain..

Okaylah, tadi kata jari sakit lah, tak boleh nak menaip lah.. Tapi dah sampai 6 perenggan dah, apa lah aku ni kan.. Yelah2, aku nak tutup lah entry ni tapi sebelum tu aku nak ucapkan lah selamat malam dekat korang semua..^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...