Sunday, May 08, 2011

Wahhh..!!! Penatnya....

Entry ini ditaip dengan penuh kepenatan.. Ini semua akibat daripada pertarungan antara aku dan raksasa mata 8 dan berkaki 5.. Agak susah juga nak melawan makhluk tuhan yang paling seksa tu..hehehe. Adeh, nak mengarut pun rasa penat ni..

Sebenarnya aku baru je mengemas rumah.. Ek eleh, baru kemas rumah dan penat.. Wei, aku bukan kemas biasa tau, aku kena mengangkat katil2, almari2, estet2.. Eh, apahal estet ni boleh masuk pulak..?? Senang cerita hari ni aku kena mengalihkan perabot lah..
inilah bukan ruang tamu rumah aku..hehe

Ini semua gara disebabkan perabot lama tu sudah menunjukkan belang keuzuran, almari adik aku tu dah berapa kali roboh.. So, oleh kerana hari ni perabot baru dah datang, maka perabot lama perlulah dikemaskini kan.. Itu baru cerita tentang perabot, belum cerita tentang barang2 dalam almari tu..

Korang nak aku cerita tak..?? Takpe, korang sebenarnya memang bertuah dapat membaca blog aku ni, sebabnya walau pun korang tak nak aku ceritakan, aku tetap nak cerita..hehe. Seperti biasa, bila barang2 dalam almari tu dikeluarkan, maka akan jumpalah segala harta2 peninggalan kita dulu..

Tapi oleh kerana hanya almari mak and adik aku yang kena punggah, so hanya barang2 lama dorang jelah yang berjaya dijumpai.. Eh, mak aku panggil tu, kena angkat almari lagi satu pulak.. Malam ni kalau aku masih mempunyai kudrat dan tenaga aku update dan singgah blog korang ye..^^

6 comments:

Lel@k! M!$tEr! said...

emmm wah2 dapat almari bari tengah2 bulan nie... malasnyer nak kemas rumah, dah 3 minggu ditinggalkan..

Xyz said...

lahh ingatkan tu bilik arpizz. hehehe

Sukahatiadam said...

wei... aku rasa macam tengok tv pula.. sebelum rancangan nak mula mesti dihidangkan ngan iklan dulu.. blog hang sama ja..

janganlah pula kalau aku p rumah hang, hang hidangkan dengan broucher, pamplet, flyer iklan dulu baru mau layan aku ..

btw.. keep it good work..banyak tul entry..tak terpollow pula. terus bintang aku dok senyap tak mau bicara

Sukahatiadam said...

Kalau rasa best, boleh je komen dekat sini..^^

dah rasa best ni.. so better hang approve comment aku tadi dan komen ni

amal said...

setuju dgn komen adam..hehe..dia tulis kena ada iklan dulu..

Unknown said...

arpiiz kan kuat . ngee ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...