Tuesday, May 03, 2011

Menunjukkan identiti..

Salam pagi korang semua.. Korang dah bangun tidur ke belum ni..?? Kalau belum cepat2 pergi bangunkan diri sendiri tu.. Tapi kalau korang tak bangun macam mana korang nak baca entry ni,betul tak..?? Ni apahal aku pagi2 lagi dah bangun buat entry ni..??

Ala, biasalah kalau pagi2 ni ada mood nak menaip sesuatu diatas helaian kertas putih ini.. Err, blog ada helaian ke..?? Ah, abaikan jelah apa yang telah aku carutkan diatas tu.. Eh, bila masa pulak kau mencarut ni arpiiz..?? Betul juga tu, bila masa pulak aku mencarut..??

Yelah2 aku sudahi repekan aku ini dengan tasbih kifarah.. Kini aku mulakan topik perbincangan aku ini dengan tajuk "Menunjukkan Identiti..".. Siapa yang nak tunjukkan identiti..?? Satu persoalan yang korang mesti timbulkan dalam kepala korang, kalau tak nanti aku yang timbulkan sediri..

Begini maksud aku, seorang blogger mempunyai pilihan untuk menunjukkan identiti dia yang sebenar dan boleh juga untuk menyembunyikannya.. Aku dah jumpa banyak blogger yang menunjukkan identiti dia, tak kurang juga yang sembunyikan dengan menamakan dirinya dengan nama yang lain..

Jadi disini aku nak tanya dekat korang semua, apakah patut semua blogger menunjukkan identiti dia yang sebenar atau mencipta satu watak yang mewakili diri mereka.. Jawapan terpulang kepada diri anda, jadi andalah yang tentukan.. Eh, dah macam rancangan realiti pulak..huhuu

Macam aku sendiri, aku sendiri tak tau sama ada aku ni dikira sebagai blogger yang menunjukkan identiti atau tidak.. Kenapa korang tanya..?? Sebab bagi yang perasan, aku teramat jarang meletakkan gambar yang ada pada/wajah diri aku.. Semua gambar tu aku curik dari google.. (pakcik google jangan marah ye..^^)

P/s : Dalam dilema sama ada nak tunjukkan diri yang sebenar atau tidak..huhuhu

6 comments:

farah wahedda said...

terpulang pada individu...alaa lau nk menunjukkan diri pon apa salhnye kan ehehe

amir aizat said...

ohh gmbr arpiiz kt tepi ni pon google jugak ea..hehe

Arpiiz said...

farah : hmm, gitu ye..^^

amir : hehe, ce teka, ce teka..

NOOR FATIN said...

saya letak je nama saya. hehehe malas pulak nak fikir nama samaran ni :P

Telaga Jernih said...

terpulang pd blogger tu..kalau akak suka tonjolkan diri..hehe~

cik ina said...

kalo yg bnyk letak gambar sndiri tu,tunjuk identiti lah.tak apa.terpulang pd keselesaan msing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...