Monday, May 16, 2011

Tension betul aku dengan musang berapi ni..

Salam buat readers yang ada dekat luar tu.. Dah petang rupanya, aku baru je nak update first entry untuk hari ni.. Maaf lah kalau2 ada antara korang semua ni yang menunggu dan menanti entry2 terbaru dari aku ni.. Pagi tadi aku sibuk, so bila balik je terus tertidur, ni pun baru je bangun..

Err, ada sesapa ke yang baca ni..?? Kalau takde aku nak sambung tidur balik ni..hehe. Okaylah, aku pun tengah takde mood nak memanjangkan ayat dalam entry ni.. Antara faktor yang menghilangkan mood aku ni ialah tentang problem aku dengan musang berapi ni..

Aku nak nyatakan lagi sekali, aku ada problem dengan musang berapi je, kalau musang berekor sembilan tu aku takde kene mengena langsung tau.. Kenapa aku ada problem dengan musang berapi ni..?? Ish, payah pulak nak menaip musang berapi ni, panggil firefox je lah..

Sebenarnya firefox dalam lappy aku ni malas lah, lagi rajin firefox yang dulu.. Dulu aku gunakan firefox 3.6 tu, okay lah juga, takde apa2 problem.. Ni bila aku upgrade ke firefox 4, alahai rasa macam nak gigit je lappy aku ni..

Macam mana aku tak rasa macam tu, sebabnya aku baru je bukak 2 tab, tiba2 je jadi not responding.. Kalau nak tunggu elok balik, aku terpaksa lah tunggu dalam area subang 1 ke 2 minit.. Aku dah lah malas nak tunggu ni.. Korang mesti nak suruh aku guna chrome kan..??

Aku bukan tak nak guna chrome tu, tapi aku dah rasa sebati dengan firefox ni.. Dari mula mengenali internet aku dah menggunakan dia, so mestilah ada sentimental value dekat situ.. Mesti korang rasa macam nak lempang aku kan, siap ada sentimental value dengan firefox lagi, gila ke apa aku ni..

Okay lah tu, tak perasan pulak dah terpanjang entry ni.. So, korang ada tak mengalami kejadian sebegini..?? Kalau takde aku nak gunakan balik lah firefox 3.6 tu..

P/s : Sekarang ni tengah tahan diri dari gigit lappy..huhuhu

6 comments:

alien said...

guna IE la baru ol skool
hehe

cucu umie said...

ayie xpernah guna firefox..tak thu kenapa sebb memang xmint pon..lg selesa gunakan ghrome..cube ah try bro..xsalah beralih angin pon..

ukhti syikin said...

chrome best giler.. kat lappy boleh ler guna. kt pc guna musnag berjanggut ni gak

cik ina said...

baik guna chrome..x dak mslh punya.

ADAM said...

Chrome better skit...skit jer

tia @ Ini Kisah Tia said...

haha ! baru nak suruh pakai chrome . dah kalau sebati takleh nak watpe lah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...