Tuesday, May 10, 2011

Cara mudah korang nak update blog walaupun takde idea (round 2)

Entry ini merupakan kesinambungan bagi entry "Cara mudah korang nak update blog walaupun takde idea" yang pernah aku lahirkan dahulu.. Eh, aku ni lelaki tau, korang jangan fikir bukan2 bila aku tulis ayat lahirkan tu.. Ish, baru perkataan macam tu korang dah start fikir lain dah..hehehe

Bagi mereka yang masih belum baca entry tu, korang boleh lah pergi belok ke kiri dan terus, bila nampak rumah warna kuning... Err, maaf, kesilapan ayat pulak tadi, korang boleh lah pergi klik terus dekat link yang aku bagi atas tu.. Untuk mereka yang belum baca je, kalau dah baca pun boleh je klik kalau nak..^^

Tanpa aku membuang kan tenaga dan masa untuk korang baca segala lalutan dan carutan(err, bila aku mencarut),aku teruskan kepada tujuan entry ni.. Bila korang dah takde idea, korang still boleh buat entry2 yang macam ni pulak..

* Join contest, giveaway, review..
= Ala, masa korang buat blogwalk tu, korang mesti jumpa blog2 yang buat macam apa yang aku tulis tu kan.. So, kalau korang pun tengah blank takde idea nak tulis, korang join je mesti akan terhasil satu entry..

* Korang review blog orang..
= Korang pergi tengok dekat satu blog yang korang suka singgah, lepas tu korang buatlah satu entry tentang ke'best'an blog tu.. Nanti kalau blogger tu perasan, dia pulak review blog korang..

* Ceritakan kegunaan satu objek..
= Tak paham..?? Macam ni, korang buat satu entry tentang kegunaan meja.. Even orang dah tau, tapi korang buat je macam tu.. Nanti bila time korang menaip tu, mungkin idea korang akan mencurah2 datang..

* Melalut tak tentu pasal..
= Okay, ini merupakan cara aku.. Bagi mereka yang selalu singgah blog aku tau lah, kalau entry aku tu banyak merepek and takde tujuan, itu tandanya aku tengah takde idea.. Tapi dorang tau ke yang aku takde idea masa tu..??

Setakat ini sahajalah cara2 atau tips2 yang dapat aku fikirkan petang ni.. Kalau korang ada apa2 yang nak ditambah, sila halakan point mouse korang tu kearah tempat komen.. Kalau korang takde idea nak bagi komen pulak, err, aku tak tau nak bagi cara yang macam mana..hehe

P/s : Biasa kalau aku tak update, kemungkinan paling besar masa tu ialah aku mesti tengah sibuk atau tengah malas..^^

6 comments:

Akunyer said...

waa menarik menarik..leh apply nih.. ;)

Lel@k! M!$tEr! said...

tul gak tu... kadang2 melawat blog org pun kita ada idea nak tulis.. x pun kita komen la n3 orang.. cam LM buat nie

diarisatuhari said...

haha..sebat tips orang...XD....

Ferfarfer said...

hehe i akan join challenge. so akan ada idea nak wat entry

Unknown said...

haha ! semua boleh pakai ni ;)

anik kina said...

menarik la...ajar lg yg lg menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...