Apa..!! Biar betul dengan apa yang arpiiz tuliskan ni.. Kenapa pulak dia dah tak boleh berblogging ni..?? Ala, kalau macam ni dah tak best lah lagi, aku minat giler dengan blog dia tu.. Kalau dia dah tak buat entry lagi, mau naik sawan aku nanti..huhu
Hahaha, okay itu cuma ayat perasan dimana aku sendiri perasankannya.. Tapi agak2 ada ke yang jadi sawan kalau aku dah tak update entry lagi ni..?? Err, kalau ada nampaknya aku kenalah meneruskan menaip untuk blog ni..
Okay, kita berbalik ke rumah tajuk yang korang baca dekat atas tu.. Sebenarnya apa yang korang baca tu memang betul, aku dah tak boleh nak berblogging lagi kerana aku terpaksa meneruskan tanggungjawab aku kepada negara ini..
Aku akan pergi berhijrah ke negara Parsi sana kerana aku kena merisik negara dorang.. Aku mendapat info bahawa dorang bela seekor raksasa yang mampu memusnahkan satu negara.. Ish2, tak sanggup pulak untuk aku meneruskan penipuan ini..
Ini yang betul punya, sebenanya internet dekat rumah aku tak boleh digunakan.. Jadi buat masa ni aku tak dapat lah meneruskan sesi berblog bagai ni.. Punca berlaku mengapa internet rumah aku ni takde mungkin disebabkan berlaku kecurian kabel telefon..
Itu aku tak pasti lah, tapi kalau betul lah.. Time ni lah masa untuk menyumpah seranah orang yang melakukannya..hehe. Nak menyumpah2 pun kena ada masa juga2 tau, korang ingat bila2 masa je boleh buat kerja terkutuk tu.. Jadi itu jelah yang aku nak bagitau..
Lagi satu nak bagitau, kemungkinan untuk aku tidak menjalankan aktiviti blogwalking amatlah tinggi.. Tapi aku harap korang singgah lah juga baca entry2 yang telah aku jadikan autopost nanti ye..
P/s : Ini pun guna komputer dekat cc, sebab dah gian sangat nak berblogging ni..hehe
4 comments:
nak komen kejap..hehe..lama x menjenguk sini. :)))
sbenarnya farah la yg curik kabel umah arpizz tu hahahahhhaha caye tak caye tak
kuikui..alamak ad orang cri kabel kat umah hang ker?? kecian deh loh..kuikui xper2 incya-Allah kiteorng fham
haha ! lawak lah si arpiiz ni ..
Post a Comment