Okay, macam biasalah aku ni kalau masa first entry tu tak mengarut memang tak sah.. Tapi itu tak mengapa sebab ia membolehkan aku untuk memanjangkan ayat dalam entry.. Kali ni apa benda pulak yang aku nak story kan ni..??
Err, sebenarnya bukan story pun.. Just satu kemusykilan sahaja yang tiba2 melanda diri ini pada saat aku sedang bersarapan pagi.. Macam apa yang korang baca dekat tajuk diatas tu, bila entry korang itu tidak mendapat sebarang komen, agak2nya apa masalahnya..
Aku pun sebenarnya masih lagi didalam proses mengkaji hal ini.. Namun begitu ada jugak lah beberapa keputusan atau inferens yang aku dapat dalam kajian itu.. Ini antara sebab2 mengapa entry korang tu tak dapat komen dari orang lain..
* Entry panjang sangat sampai kalau nak buat novel pun boleh..
* Tiada persoalan / pandangan yang boleh di kongsikan dengan orang lain
* Tak faham tujuan entry tu
* Penulisan yang tersangatlah skema sehinggakan orang rasa macam membaca kamus pulak..
* Ada masalah dengan tempat komen (orang tak boleh nak komen)
Aku rasa cuma itu jelah antara sebab2 yang dapat aku kesan sepanjang kajian ini dilakukan.. Kalau korang rasa macam ada benda lagi yang nak ditambah, di persilakan dengan segala hormat.. Aku nak pergi tengok tv kejap, cerita apa yang ada masa pagi2 ni..hehe
P/s : Aku lupa pulak nak wish selamat hari guru semalam..hehehe
6 comments:
bukan taknak komen, tapi taktau nak komen ape..sbb yg nak dikomen pun, hang dh tulis kat entri hang...cek speechless~
HEHEHEH SALU NYE YG CMTU, ORG YG BARU NAK PI BLOGGING2 NI
no komen.... terasa i... :P
cam termasuk jer dalam salah satu tu.. hehe.. kadang2 no need comment pun... ada org menulis bukan kerna follower
selalu tgk dekat ruang komen tu, kalau lps blogwalking..byk la komen..tapi kalau tak bw..xbyk pun..huhu..tp tulisan dan isi pn penting jugak sbnrnye..kalau tulisan pn susah nk baca..warna terang etc..org pn mls nk baca..mcm mana nk komen kan..huhu..tp blog ni ok je rasanyaa.tulisan besar..bckground putih..jelas je nk baca..hee :)
penulisan kat blog Tia skema ek . hehe ;)
Post a Comment