Salam kepada korang semua yang sudah bangun pagi, atau yang bangun tengah hari.. Kenapa takde kepada yang bangun petang atau malam, sebab aku rasa orang yang macam tu tak singgah kot baca entry aku ni..hehehe.
Kenapa ni, pagi2 lagi dah mengeluh panjang..?? Eh, macam mana korang tau yang aku mengeluh panjang, aku cuma berpeluh je sebab baru lepas main dengan adik2 aku ni.. Tapi kalau nak diikutkan dari tajuk tu, memang aku nak mengeluh kan something dekat korang ni..
Seperti biasalah, kehidupan aku sebagai blogger yang sudah mula kehilangan semangat berblogging nya ini sedang cuba menambahkan kembali semangatnya itu.. Namun ketika aku sedang menyusun semangat aku kearah yang lebih tinggi, maka ada sahaja halangan yang mendatang..
Bukan sahaja halangan, malah ranjau dan onak yang penuh dengan duri terpaksa aku lalui.. Tidak cukup dengan itu, lautan api juga aku terpaksa renangi semata2 nak menambahkan semangat berblogging aku ni.. Amboi, sedap betul aku ni menipu korang kan, sampai lautan api konon, karut je semua tu..
Maksud aku, aku kena merajinkan diri aku untuk melakukan aktiviti berblogwalking demi menambahkan semangat dan idea yang makin hilang ini.. Tapi sejak kebelakangan ni aku aku asyik jumpa je dengan blog yang mengandungi malware..
Bila aku buka blog yang ada dekat dalam shoutbox tu, maka akan adalah blog yang mengandungi malware.. Aku tak kisah kalau blog korang ada malware ke tak, tapi aku punya puak penentang virus tidak membenarkan untuk aku membuka blog tersebut..
Jadi nasihat aku disini ialah, korang rajin2 kan lah diri korang untuk check sama ada blog korang tu ada virus ke tak.. Cara nak check ada ke tak, mula2 korang buka blog korang tu guna komputer lain atau pun restart balik modem korang tu..
Lepas tu korang taip url blog korang dan masuk lah dalam tu.. Kalau tak dihalang oleh apa2, maka blog korang tu sihat walafiat lah tu.. Tapi kalau tak, korang kena pergi baca dekat entry aku yang ini untuk cuba membuang malware tersebut.. >> Entry ni..
P/s : Takziah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Selangor tu..
2 comments:
BETULBETUL .
alhamdulilah, blog ayie okay shje..kalau taip url ponboleh shje masuk.. okay lg kot..tpy stkt nie ayie xjumpa lg blog yg ad malware..
Post a Comment