Monday, May 30, 2011

Akhirnya... (buat muka terharu)

Eh2, kenapa ni sampai nak kena buat muka terharu ni..?? Owh, sebab aku dah berjaya mendaki gunung Everest dalam masa sehari tu ye..?? Kalau lah ada yang tiba2 terfikir macam tu, korang salah tau.. Tapi aku tau memang takde orang yang akan fikir macam tu..

Jadi apa benda yang akhirnya ni..?? Macam ni, ini cerita petang tadi masa aku dalam perjalanan balik dari kedai.. Aku ikut jalan dalam, jalan yang sunyi dan dikelilingi dengan pokok2 kelapa sawit.. Tiba2 aku jumpa seekor naga.. Hehehe, tak lah itu tipu je, ini sambungannya..

bayangkan korang sangkut dekat jalan macam ni..huhu
Entah macam mana tiba2 motor aku mati pulak ditengah jalan yang sunyi tu.. Dahlah aku tengok jam masa tu dekat pukul anjing 7 lebih, kira dekat nak maghrib lah.. So, dengan rasa risau dan menggelabah tahap cencurut, maka aku cuba untuk  menge’start’ motor tu (ada ke menge'start')..

Setelah beberapa cubaan berani mati aku lakukan, motor tu still juga tak hidup.. Aku test lagi, dan beberapa cubaan lagi sekali, barulah hidup motor tu.. Lega betul aku masa tu sebab aku memang risau kalau motor aku mati dijalan yang sunyi..

Jadi aku pun balik ke rumah dengan memecut sepantas kilat.. Kalau kilat ada masa tu, kilat pun boleh kalah tau..hehe. So, itulah akhirnya yang aku bagitau dekat tajuk atas tu.. Terharu tak masa korang baca tu..?? Aku tak terharu tapi aku cuma lega je sebab dapat sampai rumah..hehe

Itulah cerita aku untuk malam ni, korang pernah tak mengalami kejadian yang seperti ini.. Kalau ada, korang bolehlah kongsikan bersama aku dengan mengemail kan cerita korang itu ke alamat yang tertera dikaca monitor komputer korang tu.. Tapi kalau korang nak cerita dekat ruang komen tu lagi senang sebenarnya..

P/s : Aku risau kalau kejadian tadi adalah disebabkan makhluk yang keluar pada waktu maghrib tu..huhu 

8 comments:

Muhd Aizie said...

nice =) hha .
dulu aku pernah kena jugak . aku drive. tetiba sekilas pandang mata aku ternampak ada makhluk tuhan paling seksi. terus aku beristifar... takut .

rj Etika said...

hahahaha...ingatkan akhirnya tu ape benda lah.
Tahniah diucapkan sebab selamat sampai rumah. Betul betul terharu. :')
Nasib baik awak selamat.

cucu umie said...

haha..xadlh bro..hang takot ad apa2 yg berlaku ker?? wakakak

Ini Kisah Tia said...

haa . dah sah2 makhluk tu ;)

alyajane said...

terharu gler lah bce entri anda haha terharu sampai gelak2 x sudah2 ahhaha

cik ina said...

dapat bayangkan betapa cuaknya muka masa tu..hehe..

☆ ★ e m m a N Y ☆ ★ said...

Haha,, sangat terharu..kekeke

Opah Kentang said...

ade orang nak tumpang apiz kot..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...