Hai and salam buat korang semua yang sedang membaca entry ini tidak kira di rumah atau yang berada di mana2 tu.. Pagi ni aku nak story kan sikit satu kejadian yang berlaku malam tadi.. Kejadian benar yang memang ternyata bukan aku lah yang membuatnya..
Macam ni ceritanya bermula ye.. Malam tadi, ketika aku sedang sibuk bermain game angry bird, tiba2 aku asyik kalah je.. Lepas tu aku pulak yang jadi angry dekat game tu dan mengambil keputusan untuk tidak main game itu buat sementara waktu..hehehe
Err, bukan itu yang aku nak ceritakan walaupun ianya memang benar2 berlaku pada aku malam tadi.. Setelah selesai main game tu, tiba2 je pulak aku rasa macam nak tengok cerita movie.. Korang nak tau tak cerita apa yang aku nak tengok tu..
Yang pasti bukanlah cerita yang akan membuatkan mata korang jadi biru dan otak jadi kuning tu.. Cerita itu dah lama aku tinggalkan.. Entah kenapa aku rasa nak tengok cerita Paranormal Activity 2 pada pukul 2 pagi.. Aku pun dah tak tau nak buat apa, so aku buka jelah cerita tu..
Tengah2 syok aku melayan cerita yang aku tak berapa nak faham tu.. Maklumlah, cerita tu takde subtitle, so memang membuatkan aku lambat sikit nak fahamkannya..huhu. Tiba2 aku terdengar bunyi air dibilik air aku terpasang..
Pada saat itulah timbul perasaan curiga, lebih2 lagi baru lepas tengok cerita seram.. Aku perhatikan pintu tandas tu dan aku dapati ianya terbuka.. Ini bermakna tiada orang didalamnya, Dan lampu tandas juga tidak terpasang.. Jadi mengapakah ada bunyi air terpasang dan tertutup..??
Aku perhatikan pintu tandas tu melalui pandangan sisi.. Yelah, kalau nak pandang terus, takut pulak ada makhluk yang tak dikenali tiba2 terpacul depan mata aku.. Dalam area 1minit lebih, tiada sesiapa pun yang keluar dari tandas itu..
Selepas itu aku cepat2 menutup lappy aku sambil menutup mata sekali.. Ye, aku tutup mata sekali, bukan dua atau tiga kali tau.. Dan time itu jugalah babak seram dalam cerita seram tadi muncul di benak fikiran aku.. Adoi, memang kacau betul perasaan aku masa tu..huuhu
P/s : Tengah2 malam jangan lah tengok cerita seram sorang2, takut ada pulak yang teman kan..hihihi
7 comments:
hahah.suka ayat last skai.yeah,itulah moralnye.hee
heheh seram gak tuh..layan je citer seram malam2 buta baru syok..:)..kalau ada "orang" temankan,ajak dia men dota sekali hahaha
ish2 seram x?? hahahah
hayok
hayok
Bila tengok cerita seram malam2 buta, dah la sorang2 plak tuh.. Mula la terbayang benda bukan2.. Memang slalu nya macam tuh.. Hihi.. :P
eerrrrr tatoooottttt
hahaha .. lenkali tgk cite seram tgk waktu siang jew .. :D
Post a Comment