Thursday, June 02, 2011

Demi korang aku sanggup...

Ya, sudi2lah korang membaca entry ini sebab sesungguhnya demi menjaga kebajikan para pembaca dan para pelancong dalam blog aku ini, aku sanggup...

Aku sanggup...

Aku sanggup...

Aku sanggup...

Ni apahal pulak sangkut ayat aku ni, kejap ye aku nak pergi betulkan memori aku ni, tiba2 je stuck.. Okay, dah elok balik dah.. Barulah lancar ayat2 cinta yang aku nak luahkan dalam entry ni.. Err, ada ke ayat cinta yang aku nak luahkan..?? Mungkin ada kot, tapi tak banyak lah..

ini bukan lah diri aku yang sebenar..
Jadi, masa untuk aku menyambung ayat di perenggan pertama tadi.. Alahai, lupa pulak ayat sambungannya.. Nampaknya korang takkan taulah apa benda yang aku sanggup lakukan demi korang.. Eh, janganlah marah aku, bukan aku sengaja nak lupa..

Ni semua gara2 keletihan yang melampau petang tadi lah.. Aku sampai rumah je terus mencari tempat landing untuk merebahkan diri.. Bila dah dapat tempat yang selesa, maka mata ini teruslah menjalankan tugas dia.. Apa tugas dia..?? Apa lagi, tidur jelah kalau dah penat..

Bangun2 je dah pukul 9, huish memang letih betul aku ni.. Tidur selama 3 jam diwaktu petang, sampai kemana entah maghrib aku..huhu. Kata orang kalau tidur petang tu boleh menyebabkan kita jadi tak pandai, betul ke..??

Tapi macam mana kalau yang sesekali tidur petang, atau yang macam kes aku ni lah.. Tertidur sebab penat, boleh tak sesiapa bagitau aku..?? Aku nak tau ni, nanti takdelah aku suka2 nak tidur masa petang.. Dah lah, aku tinggalkan entry ini dengan pertanyaan itu.. Selamat malam korang semua..^^

2 comments:

syrupmasin said...

tido ptg nikmat..haha :D

NURUL NADIAH MAMAT said...

sebab dah penat sangat tido je...cuma jangan amalkan selalu...x elok..syaitan suka bdamping dgn org yg suka tido pas asar...

solat mghrib qada' x nie...hee~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...