Sunday, June 26, 2011

Berita terbaru..

SELANGOR : Pemilik kepada blog Arpiiz Itu Nama Ku telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari dunia blog ini. Ini kerana pemilik blog ini sedang menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan beliau terpaksa mengambil keputusan sebegitu..

Hal ini telah disahkan sendiri oleh setiausaha beliau iaitu Cik Tifa Lockhart ketika ditemui di syarikat Arpiiz Itu Nama Ku. Katanya bahawa, pemilik blog ini memerlukan ruang dan masa untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya itu..

"Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi itu dengan kadar segera. Kami juga berharap agar para pembaca tidak akan percaya dengan khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa pemilik blog itu sudah bersara.." kata Cik Tifa Lockhart.

Bila di tanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh pemilik blog itu. Beliau tidak mahu mengulas soalan itu dengan lebih lanjut. Tambahnya lagi, diharapkan para pembaca blog itu tidak akan terkejut apabila melihat blog itu tidak dikemaskinikan dengan entry-entry yang baru..

Macam mana..?? Agak2 korang kalau cikgu BM korang baca entry aku ni, dia boleh bagi markah penuh tak..?? Aku sebenarnya nak rehat kejap dari dunia blog ni, tapi entah kenapa rasa macam berat pulak nak buat benda tu..huhu

P/s : Lama tak masukkan Cik Tifa ni ke dalam entry..

7 comments:

miss A said...

wah2 ade bakat nie nakjdi penulis berita ehhe

Syuxer said...

skema punya ayat..:).
mesti BM kaw2 tinggi cikgu bagi markah

restla bro..bagi rileks dulu baru terjah balik dunia blog..:)..

Mawar Berduri said...

aku sudah berehat semalam.. semalam tapi tidak sampai 24jam.. kerana ada orang menanya mana hilangnya blog dan fesbuk..

lalu,

aku membuka kembali.


sebenarnya, aku turut penat.

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhh~ menarik gak buat camni kan? hehehe...

rehat la 2-3 hari...hehe..

tia @ Ini Kisah Tia said...

huiyooo . jadi penulis akhbar lah :)

Muhammad Burn said...

hmm... bleh bg A plus plus... hehe

A retarded kitty said...

ni nak kena babab, mana boleh tulis entry-entry dalam karangan BM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...