Friday, June 24, 2011

Pagi ini aku seorang menteri..

Salam buat mereka2 yang sudi menjawab salam ini.. Ye, benar lah apa yang korang baca di bahagian tajuk itu.. Pagi ini aku akan menjadi seorang menteri selama setengah hari.. Kenapa..?? Korang tak nak percaya dan tak percaya serta tidak mampu untuk mempercayainya..??

Tengok, dah berapa banyak perkataan percaya aku tulis tu pun korang still tak nak percaya..?? Takpelah, itu semua korang punya hal kalau tak nak percaya pun.. Hah, aku tau mesti dah ada sorang dua mula percaya kan..hehehe
tengah tulis list untuk hari ni..

Sebenarnya aku tidak lah menjadi menteri di jabatan2 tu.. Tetapi pagi ini aku akan sibuk sampai mengalahkan menteri itu sendiri.. Kalau menteri tu tak kalah, mungkin seri lah kot, tapi aku still juga nak menang..hehe. Kalau mengikut kan jadual aku pagi ini..

Pada pukul 8.30 sahaja aku perlu pergi ke sekolah menengah adik aku untuk menandatangani surat perlantikan aku sebagai Pengetua di sekolah itu.. Ala, aku baru nak tipu sikit, dah korang pergi percaya bulat2 macam donat tu.. Aku nak pergi sign report kad adik2 aku lah..

Lepas tu pada pukul 10.00 aku kena pulak pergi ke sekolah rendah adik.. Yang ini pulak aku kena datang sana adalah kerana aku perlu memberi ucapan kepada budak2 dekat sana sempena kempen anti dadah dan rokok.. Err, yang ini pun tipu jugak tau..hehe

Yang sekolah rendah itu pun aku kena pergi sign report kad adik aku jugak.. Dah lepas buat benda2 tu semua, aku kena pulak jumpa dengan tokey jual ikan.. Nak tanya dia kenapa dia tak jual ikan piranha, dah lama aku mengidam nak makan ikan tu..

Okay, yang last tu memang sah tipu so korang jangan lah percaya pada bahagian yang aku katakan tipu tu ye.. Err, aku baru perasan, kenapa aku tulis perkara yang aku nak buat ni dalam entry ini..?? Korang pun bukan nya nak amik kisah dan amik tahu di kedai Pak Manap..

Jadi, tanpa berlengah lagi, aku tutup lah entry ni sebab takut habis semua jadual aku hari ni aku tulis dalam etnry ini...hehe.. Owh ye, kan aku ada kata hari ni aku jadi menteri kan, sebab aku kata macam tu ialah kerana aku kena jumpa dengan orang2 ni lah..^^

3 comments:

farah wahedda said...

hahahhahaha ape laaaaaa....

Anonymous said...

jadi menteri untuk sehari..huhu..bagus tuh

Mawar Berduri said...

dengan ini.. saya ingin minta menteri tolong sain report card saya juga,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...