Friday, June 03, 2011

Inilah kisah yang sebenarnya...

Wah, macam ada pengakuan berani mati je dalam entry ini.. Apakah aku nak bongkarkan siapakah diri aku ini..?? Eh2, nak bongkar apa lagi, dah terang2 nama blog ni Arpiiz itu nama ku, nak bongkar apa lagi..?? Owh, hampir terlupa pulak, Salam pagi korang semua yang sedang membaca entry ini..

Aku sendiri tak tau sama ada korang perasan atau tidak yang sejak 2-3 hari ni aku tak datang pun membalas komen korang.. Bukan aku sengaja nak berbuat sedemikian, tetapi ada satu masalah yang sedang aku hadapi.. Siapa berani teka apakah masalah aku itu..??

Apa, nak aku bagi jawapan ABC..?? Err, kalau macam tu malas lah aku nak suruh korang teka..hehe. Aku ceritakan lah ye.. Sebenarnya dah 3 hari aku mengalami masalah internet dirumah aku.. Aku tau yang korang mesti bosan membaca alasan yang sama je kan..

Tapi apa yang boleh aku buat, dah memang dekat rumah aku tu takde internet nak buat macam mana.. Puas aku telefon pihak TM, tapi jawapan yang aku terima ialah "Pegawai perkhidmatan kami sedang sibuk".. Ni yang rasa macam nak bakor je TM Point yang ada dekat rumah aku ni..hehe

Err, harap2 kak mina tak marah lah ye kalau saya cakap benda ni..hehe. Entry ni pun sebenarnya aku tulis dari semalam lagi, so aku tak tau sama ada sekarang ini internet dekat rumah aku tudah elok ke belum.. Jadi disebabkan aku takde intenet, maka aku tak dapat nak pergi membalas komen korang tu..

Entry2 semalam pun aku sebenarnya aku dah tulis sehari sebelumnya, maksud aku kelmarin lah.. So, tugas aku hanya pergi CyberCafe dan postkan mengikut waktu yang biasa aku postkan.. Owh ye, ada lagi satu kisah dan cerita yang aku nak bagitau dekat korang ni..

Semalam aku dapati yang aku telah terima BE dari pihak Nuffnang.. Ala, jangan lah nak buat muka jelez, muka bosan, aku tau yang korang nak buat muka macam tu..hehe. Semalam aku dapat 2 BE dan aku harap korang perasan lah ye..

BE pertama ialah iklan DiGi Super Reload Youth yang diletakkan di bahagian atas entry tu atau bahasa mudahnya iklan Large Rectangle la.. BE yang kedua pulak ialah iklan dari M&M Vote & Win yang diletakkan pada bawah header aku ni..


Andai kata korang berminat dengan iklan2 tu, korang klik je tanpa perasaan malu dan rasa bersalah.. Sebab kalau korang buat macam tu, korang juga yang dapat info (dan aku dapat duit..hehehe).. Okaylah, itu jelah benda yang aku nak tulis dalam entry ni.. Salam Jumaat buata semua pembaca..^^

1 comment:

Sunah Sakura said...

tak kire tak kireeeeeeeeeeee!! cepat balas komennnnnnnn!!!! hahahahha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...