Thursday, June 02, 2011

Dah2, tak payah tanya lagi...

Amaran, entry ini mungkin akan dipenuhi dengan ayat2 tipu tahap dewa walaupun penulis entry ini tidak tau macam mana tahap dewa itu..

Wah, awal2 lagi dah bagi amaran ni.. Bahaya betul entry kali ni ye, korang kena berhati2 time baca ni sebab takut korang pun akan tertipu dengan ayat2 tipu aku ni.. Owh, lupa nak ucapkan salam dekat korang.. Assalamualaikum dan selamat pagi korang semua..

Arpiiz, dimanakah menghilangnya entry awak semalam, puas saya tunggu awak update, tapi malangnya saya tak jumpa pun entry terbaru awak semalam.. Itulah antara kata2 yang aku dapat bila aku tak update entry sehari dan semalamam..huhu

Aku tau yang korang memang akan tanya kenapa, jadi apabila aku ada mood nak bagitau ni, maka aku bagitau lah.. Semalam aku tak dapat nak update entry sebab aku sibuk nak menyiapkan model kapal terbang dan kapal selam aku yang pertama..
inilah kapal selam aku..hehe

Lepas dah siap tu, aku kena pulak pergi belayar di laut cina selatan sebab aku kena pergi mengkaji hubungan diantara ikan jerung dan ikan salmon.. Dah habis membuat ujikaji, aku pergi pulak ke dunia bawah laut, jumpa dengan puteri duyung, tiba2 dia ajak dinner pulak..

Bak kata orang, rezeki jangan ditolak.. Maka aku pun terima lah pelawaan dia, huish makanan dekat sana memang amat sedap.. Kalau aku ajak korang makan dekat situ, mesti korang tak nak balik dekat dunia darat sebab kelazatannya jauh berbeza..

Hah, aku dah nampak air liur korang meleleh tu, cepat pergi lap.. Nanti kalau member korang nampak, kan segan.. Lepas dah dinner dengan puteri duyung, aku jumpa pulak dengan member aku, Nira Denish dan Farish Kamal..

Dah2, aku malas lagi nak buat ayat2 tipu.. Hope korang tak tertipu lah dengan cerita yang aku bagitau tu ye.. Kalau ada juga yang tertipu, aku tak tau lah nak cakap apa.. Korang sendirilah yang cakap sorang2.. Aku nak pergi betulkan beberapa masalah yang sedang aku hadapi ni..huhu

P/s : Kalau ramai yang tanya, baru aku buat entry bagitau kenapa aku tak update seharian semalam..

2 comments:

~SYAZ~ said...

hehehe..
nampak beno menipunya..
jumpa duyung ea??
keh3.. :D

alyajane said...

patot lah xde entry dari blog nie kat dashboard hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...