Friday, June 17, 2011

Pagi2 jumaat ni..

Salam Jumaat korang semua, tak kisah lah kalau korang baca entry ni masa hari sabtu or hari2 lain ke.. Aku still juga nak ucapkan salam Jumaat dekat korang, boleh ke tak ni..? Ala, mesti boleh punya lah kan..

Pagi ni takde benda yang aku nak storikan, aku rasa aku nak biarkan je jari aku ni terus menaip tanpa aku fikirkan ayat yang akan keluar di entry ini.. Tapi kalau aku biarkan macam tu, mesti ayat2 yang korang sendiri bahkan aku pun takkan faham akan tertaip didalam entry ini..

Jadi lebih selamat kalau aku paksa juga memerah otak ini demi mencari sesuap nasi.. Eh2, buat apa sesuap nasi, tak kenyang lah kalau sesuap je, kan lebih baik kalau mencari seperiuk nasi ke..hehe. Hei, tengoklah apa yang dah jadi bila aku biarkan jari aku menaip dengan sendirinya..

Begitulah juga dengan manusia.. Kalau dibiarkan manusia itu sendiri, maka akan sesat lah dia.. Jadi sebab itulah diberikan panduan iaitu Al-Quran dan Sunnah.. Ditambah lagi dengan adanya akal dan iman, supaya kita lebih memahami dan mengahayati kehidupan dialam ini..

Alamak, tiba2 mood untuk berceramah muncul dalam entry ni.. Ini sesuatu yang jarang berlaku ni, mungkin sebab pagi2 jumaat ni kot..hehe. Okaylah, aku nak pergi siapkan satu kerja aku yang memang sengaja aku tangguhkan semalam..

P/s : Yang lelaki nanti jangan lupa pergi sembahyang jumaat tau..hehe

6 comments:

Unknown said...

haha..elok la ceramah hari jumaat nih..slmt hari jumaat :)

Jenny Pa-un said...

betol2 hehe

Mawar Berduri said...

betullllllll....

Arpiiz said...

syrupmasin : ye, selamat hari jumaat..^^

Arpiiz said...

miss A : yay, ada orang yang setuju..^^

Arpiiz said...

mawar berduri : hehe, ada lagi orang yang setuju..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...