Saturday, July 09, 2011

Jom join BERSIH..

Salam kepada reader2 dan para pembaca serta kepada sesiapa pun yang berada di luar tu.. Pada pagi yang indah ini, apakah yang korang sedang lakukan..?? Adakah hanya duduk sambil menghadap tv selama 24 jam setengah..?? Atau masih lagi lena dibuai oleh buaian mimpi..??

jangan salah faham ye, aku nak bersihkan rumah je..hehe
Kalau pada pagi ni korang tak buat apa2, meh sini aku nak ajak korang join BERSIH ni.. Bukan apa, benda ni untuk kepentingan kita juga.. Kalau bukan untuk masa sekarang, mungkin untuk masa depan.. Tapi aku rasa kita memang perlukannya sekarang..

Laa, korang takut polis tangkap ke.. Kenapa pulak polis nak tangkap, takde maknanya polis nak tangkap.. Kalau ada polis yang tangkap juga, itu tandanya dia takde kerja lain lah tu.. Tapi aku tak percaya lah yang polis akan tangkap kalau korang join..

Sepatutnya dengan polis2 sekali join benda ni sekali tau.. Yelah, benda elok takkan kita tak nak ajak orang lain ikut sama.. Sepatutnya dorang tu pun ikut sekali untuk join BERSIH ni.. Baru lah masa depan kita terjamin selamat..

Okay, dah ready ke belum nak join ni.. Kalau dah ready, jomlah kita pergi BERSIHkan halaman rumah kita.. Yelah, kalau hari2 biasa kita bersihkan halaman dengan menyapu.. Hari ni, apa kata korang bersihkan dikawasan2 lain, contohnya atas bumbung ke..hehe

Sambil tu tengok lah kalau2 ada pulak nyamuk bertelur dekat kawasan bertakung.. Boleh bunuh dia sebab takut kena penyakit.. Okay, aku nak pergi siram pokok bunga dulu.. Korang dah siram ke belum pokok bunga korang..??

P/s : Kenapalah kerajaan sibuk2 sangat tak bagi buat perhimpunan tu ye..??

9 comments:

cik Beskod said...

baru je habis bersihkan bilik tidur hahaha

ika said...

=.=" okeep entry nie mmg sengal~ haha~

FaTinFiRDaUs said...

jom sama sama join BERSIH! haha

mykhalis said...

itula pasal. takut bebeno nak bagi..ishh

cucu umie said...

sudah siap laksanakan pon..huhuhuhu

Shuk_ArChie said...

Malaslah nak join bersih! huahaha..

Muhammad Burn said...

tolong bersihkan akuarium aku. bley? ape pun tak bley... haha

alif haris said...

okay jom2 bersihkan diri .. p mandi la ..hehe :D

Nur Hani said...

salam, saya setuju dengan apa yg diperjuang kan cuma mahukan sedikit rasa tanggungjawab pihak bersih dan patriot untuk tidak lakukan demo di jalanan. menyukarkan rakyat dlm tugas harian mereka.

bukankah apa yg diperjuangkan untuk memudahkan dan kesenangan rakyat?

tp lain jadi nya pagi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...