Sunday, July 10, 2011

Kereta api berhantu.. (Part 3)

... Sambungan dari Kereta api berhantu.. (Part 2)

... Apabila Kamal membuka mata dan mendongak ke atas.. Alangkah terkejutnya dia bahawa yang berada dihadapannya itu bukan nya manusia tetapi satu lembaga yang berbentuk seorang perempuan.. Makhluk itu sedang terawang2 tanpa menjejak kan kakinya ke lantai..

Dengan rambutnya menggerbang dan matanya yang kosong itu sudah cukup untuk menggambarkan kengerian wajah lembaga tersebut.. Namun entah mengapa mata Kamal tetap terpaku memandang wajah lembaga itu.. Kemudian Rina bangun selepas makhluk itu berhenti menjerit..


Selepas beberapa saat Rina memandang kearah lembaga tadi, dengan tiba2 sahaja makhluk itu hilang diiringi dengan satu kepulan asap hitam.. Keadaan kembali seperti sedia kala semula dan gerabak kereta api itu masih lagi berjalan membelah kabus malam..


Walaupun gangguan dari makhluk tadi dah hilang, namun Kamal masih lagi tercengang dan tidak mampu lagi berkata apa2.. Setelah dikejutkan oleh Rina beberapa kali barulah Kamal sedar dan boleh berkata2 semula.. Lantas Kamal bertanya kepada Rina, apakah benda yang mengganggu tadi..


Rina pun menceritakan kepada Kamal apakah benda itu dan sejarah kereta api ini.. Menurut Rina, kereta api ini sebenarnya telah lama tidak wujud lagi.. Semuanya berlaku pada tahun 1955, kereta api ini telah terjatuh ke dalam gaung lantas mengorbankan kesemua penumpang iaitu 132 orang..


Disebabkan pada masa itu kerajaan tidak mempunyai kemudahan yang lengkap, maka operasi untuk mencari mangsa dihentikan selepas seminggu.. Maka, setiap kali bulan 6 pasti kereta api ini akan muncul dan barang siapa yang menaikinya, pasti akan turut terkorban ke dalam gaung itu..


Tambah Rina lagi, makhluk yang datang tadi ialah antara roh2 yang tidak tenang.. Kamal terkedu ketika mendengar penjelasan Rina.. Tiba2 Kamal tersedar, lantas dia bertanya apakah Rina juga menjadi mangsa terhadap kereta api ini..


Rina mengangguk lemah, dan tanpa disedari.. Satu titisan air mata Kamal telah mengalir di pipinya, dibiarkan sahaja air mata itu.. Tak sanggup lagi rasanya dia untuk berhadapan dengan kawan baiknya dahulu yang kini telah pun tiada.. Tiba2 Rina mengajak Kamal kearah pintu gerabak tersebut..


Katanya jika Kamal mahu selamat dari mati didalam gaung itu, dia kena melompat keluar dari kereta api itu.. Kamal berasa tidak sanggup hendak meninggalkan Rina.. Jika Rina terus berada didalam kereta api itu, kemungkinan besar dia akan menjadi seperti makhluk tadi., kata Kamal didalam hatinya..


Setelah Kamal berfikir dengan masaknya, maka dia mengambil keputusan untuk melompat keluar dari gerabak itu.. Kamal terjumpa sebatang besi lantas memukul cermin pintu itu dan cuba mengumpil pintu tersebut....


... bersambung.


P/s : Lepas ni yang part ending, korang tunggu ye..hehe. Eh, korang nak tak fikirkan apakah ending cerita ni..??

5 comments:

Jenny Pa-un said...

mesti kamal tarik rina lompat sama kelaur dari kereta api tu nanti kot then rina kembali hidup huhuhu.. cewah .. x logik tol ape yg aku komen nie ahhaha,, btw x sbr nie nak tau kisah last hehhee.. atau kah ape yg kamal alami itu hanyalah mimpi ngeri ketika berada di dalam kereta api hehehhe

syuxer said...

seram--sedih--saspens..good cerita..:)..

aku rasa kamal n rina jugak akan terjun sama2..heheh..

myhatiku said...

semuanya adalah mainan mimpi semata-mata..aha:D

Sunah Sakura said...

dia tinggalkan je rina tu.. rina kan da tak idup dah...

Damn Nations said...

Wah menarik! persoalan terhadap rina terjawab! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...