Okay, tadi ketika aku sedang berjalan2 di dunia blog sambil menghirup udara yang tak tau lah bersih ke tidak ni.. Eh, macam mana aku boleh hirup udara dalam dunia blog ni..?? Ah, abaikan jelah benda tu sebab ianya tidak penting langsung terhadap ekosistem alam ini..
Time2 berblogwalking tadi, aku ternampak lah ada beberapa orang blogger termasuk blogger yang famous macam A Famosa tu.. Err, aku bukan nampak blogger tu tau, aku cuma nampak dalam blog dorang ada buat entry tentang kehilangan list follower dorang..
Apakah yang telah terjadi kepada list2 follower korang itu semua..?? Okay, meh sini aku bagitau dekat korang semua ye.. Tadi aku ada juga tanya dekat member2 aku, dan lepas aku tanya tu barulah aku tau mengapa masalah ini boleh berlaku..
Sebenarnya pihak blogspot sedang mengalami krisis atau pun masalah yang sangat jarang dorang hadapi.. Mereka telah diugut oleh seseorang supaya menutup satu blog yang ada di Malaysia ni.. Blog itu adalah antara blog yang disyaki mempunyai maklumat sulit kerajaan di sekitar Asia ini..
Oleh kerana pihak blogspot tidak mahu melakukan perkara yang sedemikian, maka orang tersebut telah mengambil keputusan untuk menghilangkan beberapa langkah untuk mengugut.. Cara orang itu ialah dengan menghilangkan beberapa widget follower dari blog lain..
Tambah kawan aku lagi, kalau blogspot berdegil juga.. Maka blog2 tadi akan di hapuskan dengan segera tanpa sebarang amaran kepada pihak blogspot mahu pun blogger itu sendiri.. Korang nak tau tak blog siapakah yang wanted sangat tu sampaikan ada orang suruh blogspot tutupkan blog tu..??
Kalau nak tau, korang klik lah link blog ini :
Blog Wanted
12 comments:
Salah seorg yg terkena . Bengang gilaa bila tak dpt tgok list followers -,-"
eh betol ke mcm tu kisah nye ahaha..
** aku tertipu dgn blog wanted hahaha **
patut lah sejak satu malam semalam senarai widget followers aku hilang hurm..
cik beskod : err, sebenarnya cerita tu tak benar pun, ia hanya rekaan sahaja..hehehe
haha ini adalah kesah dongeng arpizz ;p
hahaha great work bro~!
dah baca komik atwr #4?
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html
huhuhu..untunglah jalo benar..nasib baik tak betol..kehkeh
hahahahha .. ni mst rekaan semata2 .. hebat betul cerita smpi mengugut dgn menghilangkan widget followwer hahaha
btw ko rupanya wanted ye .. meh p balai .. haha
errr..sabar je lah..myhatiku punye follower pun invisble :(
bako je la blog wanted neyh :D
hahahah saiko ko punye citer neh..dongeng habis..heheh
OK, :P
hahahha...XD
followers aku yang tiba2 hilang tu akan kembali balik ke tak? risau ni.. dah la followers skit, lagi bertambah sikit bila refresh berjuta kali pun ttp tgl 6 je.. huhuhuhu pdhal 25 ke 26 macamtu la setakat yang terakhir aku tengok.. please help me....tenangkan jiwa kacau aku ni..
Post a Comment