Tuesday, July 05, 2011

Bila penegur, tak macam penegur..

Salam dan selamat pagi petang, malam, tengah malam dan pada waktu yang korang tengah baca entry ini.. Ketika entry ini dicoretkan (maksud aku ialah ketika ditaip).. Aku terfikirkan sesuatu yang menarik bagi aku untuk aku pertanyakan kepada korang semua..

Apa benda yang aku nak tanya..?? Ala, korang baca je bahagian tajuk tu, itulah topik yang aku nak tanya dan bincangkan.. Aku ingat lagi hari itu, masa itu cuaca agak redup.. Sambil ditiup dengan angin sepoi2 bahasa omputih.. Err, nampaknya macam tersalah ayat pulak aku ni..T_T

Macam ni, masa aku menjalankan misi berblogwalking.. Tiba2 aku termasuk dalam satu blog ni, kalau aku tengokkan.. Itu macam blog baru lagi, tapi entah lah sebab aku pun cuma tengok dari jumlah entrynya sahaja.. Aku baca entry2nya, dan ia berjaya membuatkan aku melekat lama dekat situ..

Tapi malangnya, aku bukanlah tertarik sebab suka.. Yelah, macam mana nak suka kalau dalam blog itu berkisarkan perasaan ketidak puasan hatinya.. Habis semua ayat2 mencarut dia keluarkan dalam blog itu.. Kalau lah perkataan mencarut tu ada 10 je, dalam blog tu mungkin boleh jumpa 20 kot..hehe

Dan apa yang peliknya, dia kata yang niat dia cuma nak menegur sahaja.. Boleh ke menegur dengan menggunakan bahasa macam tu..?? Ada yang jenis lain pulak, dia kata yang dia benci dengan orang yang memalukan bangsa..

Tetapi bila check entry2 dia yang lain, ayat2 dia tu pun memang dah memalukan bangsa.. So, hanya satu je persoalan yang bermain di fikiran aku ini.. Apakah dengan menggunakan perkataan kesat dan maki hamun itu dapat memuaskan hati yang tengah marah..??

Kalau ye pun nak buat entry atau blog yang macam tu, silalah privatekan.. Bukan apa, takut bila budak2 yang baca ayat2 macam tu.. Bukankah ia akan membuatkan mereka fikir yang ayat2 itu adalah ayat yang boleh digunakan dalam percakapan harian..

Aku tak tujukan entry ini kepada sesiapa pun.. Tiada langsung niat aku nak mengaibkan sesiapa, aku cuma tertanya2 apakah sudah tiada lagi budi bahasa yang kita belajar di sekolah dulu..?? Atau, orang2 ini hanya mahukan publisiti murahan (kalau tak murah pun, mungkin sedang2 je kot..hehe)

P/s : Bila aku jumpa blog2 yang macam ni, profile blogger tersebut mesti menggunakan nama samaran..betul tak..??

3 comments:

Damn Nations said...

Heheh shuk ada jumpa satu blog ni. nak sampaikan mesej berguna tapi bahasa memang teruk sanagt. memalukan bangsa.. tapi shuk saja support dia. Ada jugak kebaikan drpd kata2 jujur tu.. Cuma memang meluat baca bahagian mencarut maki tu le.. mesej tu ada...

mykhalis said...

sebab bukan apa..dia tak berani kott..

myhatiku said...

sukar nk menerima org yg suke maki hamun neyh..he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...