Sunday, July 17, 2011

Sekali lagi aku sudah terlepas pandang..

Salam dan hai kepada para readers..

Apakah perkara yang telah aku terlepas dan aku lepaskan dari pandangan mata aku ini..?? Ye, itu lah satu misteri yang perlu korang rungkaikan secara terperinci.. Aku tak kisah kalau korang nak upah detektif untuk menyiasat ke, lantak korang lah..

Yelah2, aku bagitau lah ye.. Sebenarnya macam ni, macam yang korang tau lah kan.. Sejak kebelakangan ini aku jarang update entry.. Bukan aku sengaja untuk melakukan perkara sedemikian, tapi entah lah.. Bila aku pandang blog ni je, aku terus takde nafsu..

ni sebab terlepas pandang lah ni..
Sedangkan sebelum ni, kalau aku bukak new post je.. Mulalah nafsu serakah ni naik mencanak2 sampai ke tahap maksima, sehinggakan aku sendiri tidak dapat untuk membendungnya.. Takkan ada orang sihir aku supaya tak bernafsu dengan blog kot..??

Err, sebelum ada orang yang berfikiran jauh menyimpang atau tersalah tafsir dengan ayat aku diatas tu, baik aku bagitau awal2.. Maksud nafsu yang aku cakapkan tu ialah nafsu untuk aku menaip, bukan nafsu yang korang selalu bayangkan tu..

Aku tau korang selalu bayangkan tentang nafsu makan je kan (pura2 buat tak tau..hehe).. Alamak nampaknya aku sendiri telah jauh tersasar dari matlamat entry ni.. Sebenarnya aku terlepas pandang jumlah follower aku ni.. Dari dulu lagi aku tunggu nombor2 yang menarik, tapi tak dapat2..huhu

Nombor yang aku nantikan ialah 999, tapi takpe la kalau dah terlajak pun.. Bak kata pepatah aku, terlajak perahu boleh diundur, terlajak nombor follower terima kasih banyak2 ye..hehe. Siapakah yang memegang nombor bertuah tu..??

Okay, yang nombor aku nantikan itu ialah blogger Kie (Aku bagi link blog dia yang dah lama lah ye..hehe)
Yang berada di angka 1000 ialah Aseta, dekat profile dia takde link, tapi nasib baik dia bagitau dekat shoutbox.. (sila letak link blog di profile anda ye..)

Itu jelah benda yang aku terlepas pandang.. Aku tak nak ucap terima kasih dekat dorang berdua, tapi nak ucapkan thanks banyak2 dekat korang semua yang sudi follower blog yang entah apa2 ni..huhu. Nak nangis terharu ni..sob.. sob..

P/s : Sori, aku tak sempat nak crop gambar sebab aku dah nak keluar ni..huhu

3 comments:

Ermizi Muhamad said...

buat suspen jeee ! urgh

amal said...

wowww..999.. :))) maknanya,followers arpiiz pun dah semakin ramai..tahniah,arpiiz !! :)))

Jenny Pa-un said...

tahniah kerana berjaya merangkul anugerah hahah cewah hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...