Hah, gerangan siapakah yang degil itu..?? Hehehe, sudah semestinya diri aku ini yang kadang2 je degil nya.. Tapi tak tau lah kalau korang pun sama degilnya juga.. Meh sini aku nak ceritakan kisah disebalik tajuk yang berada diatas tu..
Macam ni, malam tadi aku telah melantak beberapa biji durian.. Ya, malam tadi aku makan buah durian.. Akhirnya dapat juga aku makan buah tu, sekarang ni dah takde lah perasaan jelez dengan korang2 yang dah makan buah tu..
macam ni minum dari pangsa durian tu - sumber gambar |
Kalau tak selama ni aku cuma baca jelah cerita2 korang yang korang tengah makan raja buah tu.. Okay2, kembali kepada cerita semula.. Apabila lepas makan tu, maka aku pun duduk lah sambil melayan tv.. Nak tengok blog takde mood pulak malam tadi..
So, blog ini pun terpaksa diabaikan untuk malam tadi.. Nak dijadikan cerita, ibu aku selalu pesan yang bila lepas makan buah durian ni, kena minum air masak dalam kulit durian tu.. Oleh kerana time tu aku terlalu fokus ketika tengok tv, maka aku pun lupa nak ikut nasihat tu..
So, apabila nasihat tidak di turuti.. Maka pembalasan pun mula memunculkan diri.. Sepanjang malam aku tak dapat tidur akibat badan ni mengalami kepanasan.. Habis satu botol air sejuk aku minum, tapi still juga badan ni rasa bahang..
Akhirnya, selepas mandi sekejap.. Panas pada badan tu pun mula beransur kurang, dan aku pun dapat lah tidur sekejap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.. Oleh itu, moral untuk cerita ini ialah jangan lah terlalu banyak sangat makan durian, nanti badan jadi panas..
Kalau korang ada moral yang lain, boleh je selitkan dekat bahagian komen tu.. Yelah, mana lah tau kalau ada adik2 yang sedang tercari2 moral bagi cerita si kancil dan buaya..hehehe. Dah lah, aku nak pergi tengok durian semalam ada lagi ke tak..
P/s : Kata ayah dan ibu aku, dulu aku tak minat durian.. Tapi sekarang dah jadi hantu durian pulak..hehe
2 comments:
ayie tidak boleh makan durian bnyk sgt gak..kang tibe2 nty mula ah rase pening...
eeeeeeeeeeeeeee kat sarawak xde plak huhuhu.. takp2 nanti nak ajak mak g dusun tgok durian ade x tanda2 nak berbuah..
Post a Comment