Thursday, July 07, 2011

Kau yang aku cinta..

Setiap malam aku merenung dada2 langit sambil memerhatikan bintang2 yang tidak pernah berhenti berkilau.. Sungguh indah ciptaan tuhan, sama juga dengan bagaiman indah nya wajah kamu.. Ketika pertama kali aku melihat wajah kau, sesungguhnya aku memang terpesona..

Ingin sekali aku aku memiliki diri kamu yang sungguh hebat itu.. Namun apakan daya untuk diri aku ini untuk memiliki kamu.. Aku hanyalah seorang lelaki yang masih belum mampu dan belum lagi bersedia untuk memiliki diri kamu itu..

Tapi aku percaya yang suatu hari nanti aku akan berjaya memiliki diri mu, dan tatkala itu sudah pasti kehidupan aku akan mula menjadi kehidupan yang sangat indah.. Sedang aku termenung itu, tiba2 muncul seorang lelaki berjubah putih menghampiri aku..

"Cintailah tuhan mu sebelum kamu mencintai hambanya.." kata lelaki berjubah tersebut.. Aku yang masih terpaku kerana terkejut dengan kehadiran lelaki itu tidak mampu berkata apa2.. Lidah aku menjadi kelu dan anggota badan ku menjadi kaku..

"Sesungguhnya cinta kepada tuhanmu itu akan membuatkan kamu lebih tenang.." sambung kata2 lelaki itu lagi.. Aku yang pada masa itu terdiam, tiba2 tertunduk dan terasa seakan2 tesentak dengan kata2nya itu.. Ya, aku baru tau yang selama ini aku lebih mementingkan dunia..

Selama ini aku lebih memandang kearah keduniaan berbanding di akhirat kelak.. Aku menyesal dan tanpa aku sedari air mata aku secara tiba2 sahaja jatuh dan mengalir kepipi.. Aku cuba untuk bercakap dengan lelaki itu, namun apabila aku pandang ke arah lelaki itu..

Dia telah hilang, tiada langsung tanda2 kewujudannya disitu lagi.. Aku terus terduduk sambil menangis kerana terkenang kan bagaimana aku dengan mudahnya melupakan tuhan aku.. Aku menyesal dan kini aku berjanji untuk tidak lalai dari melakukan segala suruhan-Nya..

P/s : Adeh, tadi nak tulis lain lepas tu jadi lain pulak..huhuhu

6 comments:

Jenny Pa-un said...

great entri..

wa tabik lah,,, memang wa selalu jenguk blog nie hehe

tia @ Ini Kisah Tia said...

ni memang lain ni . huhu :)

Anonymous said...

luahan hati tuh..jiwangs sikit..

myhatiku said...

da best entri!:)
cinta ilahi yg utama :)

Muhammad Izuan said...

nice n3. Post berkaitan: Cintailah Dia Sebelum Mencinta Sesama Makhluk

Alif Haris said...

bertaubatlah :) .. pintu taubat masih terbuka sebelum nyawa smpai ke krongkong ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...