Friday, July 22, 2011

Jumpa duit di tepi jalan..

Salam dan hai kepada readers serta para pembaca semua..

Apa hal lah dengan aku ni.. Jumpa duit tepi jalan pun nak ceritakan dalam blog ke..?? Apa boleh buat, dah idea lain takde nak singgah.. Lagi pun benda ni baru je terjadi dekat aku, so aku ceritakan jelah dekat sini.. Ada sesiapa yang amik kisah ke dengan apa yang aku akan ceritakan ini..??

Macam ni, semalam malam aku keluar kejap sambil jalan2 menghirup udara malam yang dingin.. Sambil menunggang motor pada kelajuan area 40 ribu km/jam.. Aku pun memandang lah ke dada langit untuk mencari binantang, eh silap pulak.. Maksud aku bintang lah..

Sedang aku mencari2 bintang yang menyorok di balik awan, tiba2 aku terdengar seakan2 bunyi benda terjatuh.. Aku pandang ke belakang untuk melihat apakah benda yang jatuh itu.. Aku tak nampak apa2 disitu melainkan kegelapan sahaja..

Aku patah balik (u turnlah tu) dan sekali lagi cuba mencari apakah benda yang menghasilkan bunyi tadi.. Korang nak tau tak, aku terjumpa beg duit.. Ye, aku tau memang agak mustahil untuk dompet itu menghasilkan bunyi tadi..

Aku tanpa berfikir panjang, pulang dan membawa dompet itu sekali.. Apabila dirumah, aku lihat didalam dompet itu, tiba2 satu kemusykilan melanda diri aku.. Dalam dompet itu tiada kad pengenalan, yang ada hanyalah kad sim dan duit sebanyak RM 150..

So, nak tanya korang semua ni.. Apakah yang patut aku lakukan sekarang ini..?? Adakah aku perlu menggunakan duit2 itu atau simpan duit tu masuk dalam tabung..?? Hahaha, sebenarnya kalau korang tak nak jawab pun tak mengapa sebab soalan macam tu patutnya budak kecik je yang tanya..

P/s : Boleh tak aku nak beli laptop guna duit tu..hehehe

3 comments:

Unknown said...

alamak..cukup kot nak beli laptop rm150 tu..

Alif Haris said...

hahaha .. ko boleh buat beli RAM baru bro .. :D

tia @ Ini Kisah Tia said...

perghhh . banyak tuuu . mesti kesian dekat orang yang kehilangan tu kan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...